LIVE Barcelona Vs Bayer Leverkusen UEFA Champions League | Round 16 2nd Leg

Juara bertahan, Barcelona memenangi pertemuan pertama di Leverkusen dengan jaringan 3-1, hanya melepaskan lima gol dalam 13 perlawanan La Liga musim ini di tempat sendiri. Kelab itu cuma bolos dua kali sahaja dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Bayer Leverkusen berdepan misi sukar dalam usaha mereka mencari tiga gol tanpa balas di tempat lawan apabila bertemu Barcelona di Nou Camp dalam perlawanan kedua secara timbal balik, jika berhasrat melayakkan diri ke suku akhir Liga Juara-Juara.

 
Untuk perlawanan kedua secara timbal balik Barcelona vs Bayern Laverkusen ini anda boleh saksikan secara langsung LIVE di Astro ESPN 812 jam 3:30 pagi
 
Salah satu alasan utama mengapa lawan sukar menjaringkan gol ketika berdepan skuad bimbingan Pep Guardiola adalah,  pemain Barcelona berjaya mengawal kira-kira 70 peratus penguasaan bola dan menyukarkan lawan merencana permainan sendiri (sumber: www.fcbarcelona.com).

Kesukaran kelab dari Jerman itu ditambah dengan fakta bahawa Barca tidak pernah kalah dalam 13 perlawanan Eropah di tempat sendiri sejak Oktober 2009 dengan 11 menang dan dua seri. Sebaliknya Leverkusen tidak pernah mengecapi kemenangan dalam pertandingan Eropah semenjak sedekad lalu.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Mac 08, 2012

5 Komen:

  1. saya bukan penyokong Barca tapi terpaksa mengakui kahikat yg Barca adalah pasukan yang sangat bagus!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm..Barca memang tengah mantop masakini
      tapi ...bola itu bulat..macam-macam boleh
      terjadi..jangan jadi macam Indonesia vs Bahrain
      tempohari sudah...he he.

      Padam
  2. pasti kemenangan milik barca :)

    BalasPadam
  3. Memang nampak berat sebelah tu
    Barca memang tiada tandingan di eropah

    BalasPadam
  4. Sallam En Zul,

    Saya tak tau apa2 sebab saya tak pernah tengok bola.
    satu ketika saya adalah peminat bola, tapi bila selalu berebut channel dengan anak2 saya jadi boring hehe...

    BalasPadam