Baru-baru ini akhbar Utusan Malaysia melaporkan rungutan Presiden Majlis Pemuafakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan yang meminta lagu tersebut diharamkan kerana membawa unsur negatif serta boleh mendorong remaja lari dari rumah.
Berikutan rungutan itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menentukan sama ada lagu tersebut wajar diharamkan ataupun sebaliknya. Lagu tersebut akhirnya diharamkan penyiarannya.
Berikutan rungutan itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menentukan sama ada lagu tersebut wajar diharamkan ataupun sebaliknya. Lagu tersebut akhirnya diharamkan penyiarannya.
Lagu nyanyian Zizan Razak dan Kaka itu diterbitkan oleh syarikat rakaman Warner Music dan telah dipasarkan pada Februari lalu. Dalam kenyataan tersebut, Malique turut menjelaskan maksud dan bagaimana lagu Bawaku Pergi itu dicipta.
Sungguhpun begitu, Malique dalam kenyataannya itu turut menuntut keadilan dari pihak kerajaan supaya dia dibicarakan dahulu sebelum mengambil keputusan yang dianggap drastik sebegitu.
KENYATAAN MALIQUE
"Pada tahun 2008, saya menulis lagu Pergi Jauh untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu Bawaku Pergi sebagai susulan kepada lagu Pergi Jauh."Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari sudut pandangan seorang isteri kepada suaminya."Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet atau Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, 'puncak dunia kita duga'. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya."Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatakan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua 'pentafsir profesional' gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, 'pergi lebih lama, pergi lebih jauh'."Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya."Saya gemar mengembara, dalam dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja," luahnya dalam kenyataan tersebut. ( www.murai.com)
lagu x dinafikan ada kesan kepada pendengar. buatlah lirik2 yang benar2 jelas maknanya agar x disalahertikan ya..
BalasPadamitu kata pencipta ... tapi apa pula fikiran pendengar .... jika begitu terangkanlah liriknya agar tidak disalah tafsir
BalasPadamjika mereka bertanggungjawab mereka akn fikir tanggapan org len..
PadamSalam, apa yang tersurat mungkin tidak sama dgn apa yang tersirat... appun jika seseutu seruan yang tidak baik yang mempunyai kesan tersendiri eloklah di haramkan...
BalasPadamLirik lagu memberi berlainan kepada orang diluar sana menafsirkan. Mungkin ada kegagalan tersebut untuk memahami bait-bait lirik mengundang kontroversi.
BalasPadamDia nak meyalahkan orang tidak memahami liriknya sebagai kurang matang. Sedangkan dia tidak ambil peduli tentang permasalahan remaja kini. Adakah jika kita menolak lirik lagu ini wajar dikatakan golongan bodoh? Saya sebagai seorang ibu sangat2 membantah lagu ini yang sering berkumandang di radio.. Macam orang kurang akal saban hari menyiarkannya sedangkan ramai remaja kita yang lari ikut kekasih atau kawan2, termasuk ke Lombok, ke Thailand. Bukan dia sahaja yang tidak sensitif malah yang menyiarkan lagu ini di radio pun seharusnya rasa bersalah. Mohon maaf tuan punya blog... saya agak emosi dlm hal ini memandangkan saya juga punya anak2 yg meningkat remaja.
BalasPadammengapa lagu indon yang berunsurkan peluk dan cium x di haramkan...dan mengapa lagu inggris yang berunsurkan kegiatan remaja bersuka ria diwaktu malam contoh pergi ke Club..kerajaan x haramkan....
BalasPadamAssalam..
BalasPadamFikiran penulis pastinya tak sama dengan fikiran remaja yang mendengar maksud lagu tersebut, tafsirannya juga berbeza. Elokla diharamkan jika bawa kesan negatif.
salam..pemikiran remaja kadang2 cuma untuk berseronok dan tidak berfikiran jauh.lebih baik diharamkan jika membawa kepada masalah sosial.bukan untuk menghukum tetapi sebagai iktibar kepada penggiat seni supaya lebih berhati-hati dalam berkarya.
BalasPadamHehehe...simboliknya lirik lagu tu yekk...tu la, len kali nak buh lirik biar yg jangan mudah disalah ertikan...baru la tak jadi masaalah.
BalasPadam