Lady Gaga Dikatakan Membawa Pengaruh Homosexsual Di Korea Selatan



Korea Selatan mengenakan sekatan kepada golongan remaja di bawah umur 18 tahun dari menghadiri konsert "The Born This Way Ball" oleh artis popular Amerika Lady Gaga, yang dijangka diadakan di Olympic Stadium di Seoul pada 27 April 2011 nanti.

Pada mulanya konsert itu di beri rating 12 tahun ke atas oleh Korea Rating Board yang kemudiaannya di naikkan kepada umur 18 tahun ke atas."Pihak kami menghormati keputusan pihak Korea Rating Board tersebut" itu kata penganjur konsert, Hyundai Card.

Tiket yang telah dibeli oleh mereka yang tidak layak, akan di pulangkan wang semula oleh penganjur. Lady Gaga dianggap oleh setengah golongan yang kuat beragama di Korea, boleh menjadi pengaruh budaya songsang termasuk homoseksual kepada golongan muda.(Sumber: AFP)

NOTA: Jika di Korea Selatan pun sudah ada kerisauan golongan beragama mereka dengan pengaruh Lady Gaga ini pada remaja mereka, bagaimana dengan kita semua? Tidak kah anda risau jika satu hari nanti Lady Gaga mengadakan konsertnya di Malaysia. Apa komen anda? Saya sudah lama risau bukan sahaja jika Lady Gaga datang ke sini, video klip lagu beliau sahaja sudah buat saya risau bila tertonton.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Mac 31, 2012

4 Komen:

  1. ssh bila ade pihak kita sendiri yang agung2kan kebebasan seni karya..

    BalasPadam
  2. Salam
    Artis yang dah sah2 gay pun dibenarkan di negara kita
    Siapa pun boleh tu
    Huhu

    BalasPadam
  3. Anak muda mudah sahaja terikut-ikut apa yang dilakukan artis idola mereka tanpa berfikir panjang.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama04 April, 2012

    tak boleh tukar ker... "anak muda mudah sahaja terikut-ikut apa yang dilakukan junjungan kita nabi Muhammad s.a.w" ..... aaarrrgghh... kat media skg... byk psl dunia artis..dunia politik yg kotor... aarrhrhhhgg!!! malaysia..malaysia....

    BalasPadam