Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Lions XII sebagai bekalan untuk dibawa ke Stadium Jalan Besar, Selasa depan.
Kelantan menepati ramalan apabila mencatatkan kemenangan mudah 3-0 ke atas wakil tunggal dari kelab FAM, SPA FC dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Gol Kelantan dijaringkan ketua pasukan, Badhri Radzi pada minit ke-45 dan dua lagi jaringan dicipta Mohd. Norfarhan Mohd, di minit ke-56 dan 81.
Dalam satu lagi perlawanan, Kedah gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan T-Team di Stadium Darul Aman.
KEPUTUSAN PENUH:
Kelantan 3 - 0 SPA FC
Terengganu 1 - 0 Lion XII
Kedah 0 - 0 T-Team
NOTA: Perlawanan suku akhir kedua akan diadakan pada 27 Mac ini, menyaksikan Kelantan akan menjadi tuan rumah kepada SPA FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV manakala Sang Kenari terbang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bertemu tuan rumah T-Team manakala Lions XII melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Jalan Besar.
kelantan menepati ramalan
BalasPadammengganas malam td :)
Bergaya Red Warrior
Padamkali nih nampak gayanya
he he..Tahniah weh!
Peluang cerah untuk mara ke peringkat seterusnaya! :D
PadamHebat dan tahiah pada Red Warrior!
BalasPadamdiharap kelantan malam ini pada suku akhir kedua
BalasPadam