Kraftangan Malaysia sekali lagi akan menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan 2012 (HKK2012) yang akan bermula pada 21 Mac hingga 2 April 2012 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Penganjuran kali ke 10 tahun ini memaparkan konsep 'Pop Art' dengan mengetengahkan pembaharuan dalam penganjuran. Orang ramai dijemput datang beramai-ramai dan masuk adalah percuma.
Objektif penganjuran Hari Kraf Kebangsaan adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam membangunkan industri kraf negara serta meningkatkan pendapatan usahawan kraf dalam negara, sekaligus menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Jika 2011 menampilkan kesenian songket, Hari Kraf Kebangsaan 2012 kali ini menampilkan tema "Kraf Penjana Ekonomi Rakyat" yang membawa maksud produk kraf bukan sahaja dapat digunakan untuk kegunaan harian malah ia boleh dijadikan satu perniagaan yang dapat menghasilkan pendapatan serta menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara, sekali gus dapat memakmurkan rakyat dan negara Malaysia.
banyak yg menarik
BalasPadamboleh hasil tangan anak tempatan
abang saya ada jual di sana... permata ilham larik... esok dia gerak kl....
BalasPadammacam biasa..
Padamsetiap tahun Zikr..
insyaallah nanti saya
"ricky"..roger!
Salam...lama tak bertamu dan blogwalking..
BalasPadamW_salam..
Padamselamat kembali bersiaran Bro..
lama menyepi..bertapa ke..?
pagi pagi aku sarapan di kompleks kraf, minggu ni kena parking kat luar, tak boleh masuk di sebabkan persediaan untuk pameran
BalasPadamBoleh cari baju batik. :-)
BalasPadamSaya pun ada plan nak cari
Padamsatu baju batik kain cotton
Salam
BalasPadamTeringin juga singah
Tapi nak buat macam mana, jauh pulak tu
W_salam..
Padaminsyaallah tahun depan ada
lagi Bro..bolehlah ke sini :)
terbaik bro
BalasPadamsalam...dtg ler opis koi te..hehe
BalasPadam