Salam semua, bila bercakap tentang debat politik antara pemimpin dalam negara kita, pelbagai alasan dan jawapan yang diberikan oleh pelbagai pihak. Sama ada ianya dilihat seolah seorang tentera, yang belum berperang sudah mengaku kalah atau kelihatan seperti seorang pemimpin yang suka bercakap 'syok sendiri', seolah semuanya pandangannya betul tanpa boleh disanggah oleh orang lain. Mari kita hayati pandangan penulis Saifuddin Abdullah sumber Sinar Harian yang saya kongsikan buat pembaca di sini.
Alasan 1: Tiada apa hendak didebatkan.
Jawapan 1: Takkanlah tokoh politik tidak punya idea. Banyak perlu didebatkan, contohnya dalam bidang politik apakah politik baru, transformasi politik, inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif untuk masa depan? Bidang-bidang lain juga ada isu yang wajar didebatkan.
Alasan 2: Tidak perlu debat, ucapan mencukupi.
Jawapan 2: Ramai boleh berucap. Adakalanya teks ucapan disediakan orang lain dan yang menyampaikannya tidak fahampun kandungannya. Kekurangan ucapan ialah idea itu tidak dapat diuji kebenaran dan kekuatannya. Sebaliknya, melalui debat, pendebat bukan sahaja perlu menyampaikannya, tetapi lebih penting lagi perlu mempertahankannya.
Alasan 3: Ia lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Jawapan 3: Ia menimbulkan keburukan jika tidak dilaksanakan dengan bijaksana. Sebenarnya, ia lebih banyak kebaikan sebab itu ia sebahagian daripada pendekatan dakwah Islamiah, iaitu seperti yang dicatat dalam al-Nahl:125, “...berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik”.
Alasan 4: Ia menyebabkan lawan memanipulasi masalah kita.
Jawapan 4: Pertama, siapa suruh mendebatkan masalah kita? Kedua, memang kerja lawan memanipulasi kita, tidak kira diadakan debat ataupun tidak, dan ketiga, debat adalah gelanggang untuk menunjukkan kebaikan kita.
Alasan 5: Tidak perlu ikut format debat pemilihan Presiden Amerika Syarikat.
Jawapan 5: Siapa kata mesti ikut format itu? Terdapat banyak format debat. Peserta boleh menentukan formatnya.
Alasan 6: Rakyat belum bersedia.
Jawapan 6: Rakyat telah lama bersedia. Rakyat inginkan keterbukaan dan ketelusan, pemimpin yang berilmu dan artikulatif, yang punya pendirian serta pandangan, dan bukannya sekadar pandai mengampu dan meraih undi semata-mata. Soalnya ialah adakah tokoh politik telah bersedia?
Alasan 7: Debat bukanlah jawapan kepada masalah negara. Apa yang penting ialah usaha membangun negara.
Jawapan 7: Siapa kata debat adalah jawapannya? Ia adalah satu daripada jalan terbaik untuk mendapatkan jawapannya.
Alasan 8: Kita perlu pemimpin yang pandai bekerja dan bukannya hanya pandai berdebat.
Jawapan 8: Siapa kata kita hendak pemimpin yang hanya pandai berdebat? Adakah pemimpin yang pandai berdebat tidak pandai bekerja? Adakah pemimpin yang tidak berdebat semestinya pandai bekerja? Pandangan ini adalah pelarian daripada realiti bahawa antara kualiti pemimpin yang baik ialah kebolehannya berhujah. Kerana ia mencerminkan pemikirannya yang rasional dan kritis. Bukankah lebih baik memiliki pemimpin yang pandai kedua-duanya, iaitu berhujah dan bekerja?
Alasan 9: Debat di dewan legislatif memadai.
Jawapan 9: Agenda dewan legislatif mengehadkan peluang untuk debat yang sepatutnya. Lagipun, dunia demokrasi hari ini tidak terhad kepada dewan legislatif semata-mata.
Alasan 10: Debat bukan budaya kita.
Jawapan 10: Kalau begitu, tidak perlulah mengamalkan demokrasi!
NOTA: Pandangan penulis asal adalah selari dengan pandangan peribadi saya, jadi ternyata debat boleh menghasilkan sesuatu yang lebih baik kerana dengan debat kita boleh menegakkan apa yang kita rasakan betul selama ini. Pandangan sendiri belum menggambarkan pandangan ramai, jadi 2 pandangan lebih baik dari satu. Sebagai seorang pemimpin, kita perlu berani menangani pelbagai situasi termasuk situasi dalam debat.
Rakyat dah makin celik..debat perlu diadakan.
BalasPadamsetuju sgt dgn pendapat penulis tersebut
BalasPadamsebenar rakyat tertunggu2 debat sebegini
Debat untuk jawatan tertinggi dalam negara i.e Jawatan Perdana Menteri perlu dilakukan..
BalasPadamPost Terbaharu Saya - Kegagalan Sistem Barat
assalamualaikum abg zul.....
BalasPadamsaifuddin abdullah tue timbalan menteri pengajian tinggi kan ????
Salam Zul, Perkara yang mendatangkan kebaikan tidak salahnya...
BalasPadamassalam, sokong ada debat...rakyat boleh nilai.
BalasPadamSalam Zulkbo,
BalasPadamElok juga debat ni. Boleh kita dengar tentang masalah yang dihadapi ataupun apa saja yang sepatutnya rakyat tahu.
Owhhh...ckLah baru selesai berhempas pulas dengan pasuka Debat Ala Parlimen ckLah di pentas debat peringkat akhir. Semoga ilmu debat berhemah yg mereka dapat tak dilupakan andai suatu hari nanti mereka menjadi orang politik....
BalasPadamAssalam..
BalasPadamTertunggu-tunggu juga debat secara sihat. Debat ni boleh buka minda kita untuk melihat dari pelbagai sudut.
Berdebat dengan tindakan tak apa jangan sudah dekat Pilihanraya baru nampak batang hidung meraih undi. Rakyat memilih pemimpin untuk mewakili mereka bukan mereka jadi kuda tunggangan untuk agenda peribadi.
BalasPadamdebat lebih terhormat dan terpuji berbanding menabur fitnah di kaca tv
BalasPadamSetuju dengan zulkbo
BalasPadam