Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan All England buat kali ketiga berturut-turut apabila beliau memutuskan untuk menarik diri ketika permainan akhir (final) memasuki set kedua, awal pagi ini (waktu Malaysia). Chong Wei mengambil keputusan memberi laluan mudah kepada Lin Dan dari China disebabkan masalah kecederaan di bahagian bahu.
Pada set pertama, Chong Wei kalah 19-21 dan turut ketinggalan 2-6 ketika mengambil keputusan menarik dari meneruskan persaingan. Keputusan itu mengejutkan ramai pihak, kerana ramai meletakkan harapan beliau boleh memburu gelaran hatrik (3 kali berturut) kejuaraan All England di Birmingham.
Pertemuan antara Chong Wei dan Lin Dan adalah yang terakhir dalam jadual perlawanan akhir Kejohanan All England kali ini. Tahun lepas Chong Wei mengetepikan musuh ketatnya itu untuk mempertahankan kejuaraan dan hanya mengambil masa 52 minit untuk menundukkan Lin Dan 21-17, 21-17.
NOTA : Satu pengorbanan dan langkah yang bijak oleh Datuk Lee Chong Wei kerana kecederaan yang teruk pasti berlaku jika beliau meneruskan permainan itu. Persiapan dan kecerdasan dari segi kesihatan amat perlu untuk beliau menghadapi Sukan Olimpik bulan Jun nanti dan target utama negara adalah kilauan pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik yang menjadi keutamaan.
Pemenang Giveaway Sulung Miecyber's Blog telah di umumkan
BalasPadamhttp://www.miecyber.com/2012/03/pemenang-giveaway-sulung-miecybers-blog.html
Terima kasih Mie
Padamnanti koi email
Mudah2an Datuk Lee Chong Wei cepat sembuh.
BalasPadamMudah-mudahan hendaknya
Padamharapan saya juga Kak
Harapan saya kecederaan ini tidak menganggu persiapan DLCW untuk sukan Olimpik.
BalasPadamharap di olimpik dia akan cemerlang.
BalasPadamHarap2 begitu laa...biar kalah skg jangan kalah di Olimpik nanti...olimpik lg penting.
BalasPadamberundur untuk ambil langkah ke depan
BalasPadamharap2 datuk lee segera sembuh