Salam semua, selalu saya menyinggah di blog rakan blogger yang lain dan pelbagai kisah suka duka yang di paparkan di blog mereka saya temui. Ada yang lebih kepada kisah peribadi dan ada yang suka menulis isu semasa dalam dan luar negara.
Walau apa pun penulisan anda, itu adalah blog anda dan terserah pada anda hendak menulis apa pun kan? Jadilah diri anda sendiri dan tak perlulah terikut-ikut dengan cara dan penulisan orang lain, asal tidak menyakiti hati orang lain sudah.
Sakiti hati orang lain satu isu, bab fitnah juga menjadi trend blogging masa kini. Kalau kisah yang panas dan tak berapa sahih sumbernya paling banyak para blogger memanjangkan kisah tersebut. Agak terkilan juga bila saya membacanya di sana sini.
Bercakap soal trend semasa ini, saya ternampak sesuatu yang menarik di blog Bro Denaihati apabila nama blog saya menjadi TRENDING NOW di blog beliau. Teruja sekejap, apa yang menjadikan blog ini trend di sana? Musykil betul hati ini ?
Ada sesiapa boleh tolong jawab? Bukan apa, bila dah jadi trend di blog besar seperti Denaihati.Com tersebut, menjadikan saya kelam-kabut sekejap nih..he he. Bukan apa, saya takut trend yang saya bawa, bukanlah trend yang membawa kebaikan untuk di tiru semua.
Kalau ada trend kebaikan dari blog zulkbo.com yang anda dapat dan amalkan, alhamdulillah..sahamnya saya bawa hingga ke akhirat. Tetapi kalau yang tidak baik, harapan saya janganlah ada yang menirunya, malah teguran dari anda semua amat saya hargai untuk menjadikan saya manusia yang lebih baik, insyaallah.
Kira OK la tu.. Hebat! :D
BalasPadamPost Terbahari Saya - UniFi Sudah Sampai Ke Johor Bahru
Tahniah
BalasPadamdeme memang terbaeekkkk :)
Tahniah juga dr saya...aok mmg terbaik bro...
BalasPadamTahniah... Suka singgah Dan baca... Ada 'ISI' :D
BalasPadamhebat... tahniah
BalasPadamwah, trend dekat denai hati tuh.hehe
BalasPadamtahniah bro..insyallah akan bawa kebaikan...
BalasPadampeh untung tu.. terbaek bro :D
BalasPadamKalau tak salah,DH ada buat posting pasal....lupa..tapi ada sebut zulkbo.com dalam 2/3 mingu lepas rasanya.
BalasPadamowner dia visit zulkbo juga kot...
BalasPadamassalam, kira hebat tu...tahniah!
BalasPadamLepas nie jadi trend carian dekat Google Malaysia pulak .. tahniah² =)
BalasPadamwww.anastasyea.com
smlm sy ada klik komen sahabat affan di laman blog saya.pastu sy klik koemn dia dan terus ke lawan web sahabat affan tu.dan tetiba sy d bawa ke web site denai hati. siap ada gambar2 skli kt tepi site ulr dia hee..saya rasa itu cma blog shbt denai hati bukan blog affan ruslan tu..
BalasPadamerk..entalah saya tak tahu ke sy yg mmg tak pernh ambil thau sb tka pernah joit contest blogger pro denai hati tu he..
apa yg thu sapa jejak saya insyallah saya akan jejak owner tu balik.
perkara baik bgus d kongsi yg kurang tu payah nak ckp..bab fitnah tu klu blh tolak tepi heee
BalasPadamHehe. Mungkin ada org search zulkbo.com, jumpa blog denaihati :D
BalasPadamsyabas abg zul..teruskan penulisan sebegini :-)
BalasPadamSalam Zul, blog aok mmg hebat tahniah!
BalasPadamRasanya "keyword" yang merujuk di blog DenaiHati. Bukan calang-calang tuh. :-)
BalasPadamAssalam...
BalasPadamTahniah en. Zul.
Apa yang selalu saya lihat, (maaf ye kalau tersilap penilaian)Bro Denaihati sentiasa share post yang dikeluarkan oleh en. Zul di Facebook dan twitter.
perghhhh.....cograt la bro...ok la tu sekurang2 membantu meningkatkan blog bro juga kan....
BalasPadamSalam ziarah,
BalasPadammaaf agak lama tak ke sini memandangkan banyak menghabiskan masa dalam pelajaran, blog akhi Zulkbo ni popular, hehe..
barakallahufik