TOKOH : Tan Sri Hashim Bin Yeop Abdullah Sani



INSPIRASI: Mengubah tradisi hakim-hakim di Malaysia apabila pemakaian "wig" (rambut palsu) oleh majistret dan hakim di Malaysia digantikan dengan pemakaian songkok untuk para hakim lelaki. Akhirnya pemakaian songkok ini menjadi satu tradisi pula bagi hakim-hakim di Malaysia sehingga kini.

Beliau juga mengubah cara memanggil hakim. Beliau mencadangkan panggilan "My Lord" seperti lazimnya dalam mahkamah baik di Malaysia mahupun di negara-negara Komonwel yang lain digantikan dengan panggilan "Sir" sahaja. Di mahkamah di Malaysia sekarang hakim dipanggil dengan gelaran "Yang Arif".

    TOKOH: Tan Sri Hashim Bin Yeop Abdullah Sani

    TARIKH/TEMPAT LAHIR: 20 Ogos, 1928, di Ipoh, Perak.

    PENDIDIKAN : (1) Sekolah Anderson, Ipoh, Perak 1934 – 1944.(2). Universiti Malaya, Singapura dan lulus Sarja Muda Sastera. (3). Lincoln’s Inn, London, United Kingdom, dan lulus Barrister at Law, 1961.

    KERJAYA: (1). Penolong Pegawai Daerah,Muar, Johor, 1955 - 1956. (2). Circuit Magistrate Muar, Johor, 1957 – 1958. (3). Pemangku Presiden Mahkamah, Seremban, Negeri Sembilan, 1962 -1963. (4). Presiden Mahkamah, Johor Bahru, Johor, 1963. (5). Penolong Penggubal Undang-Undang di Pejabat Peguam Negara, 1964. (6). Penolong Penggubal Undang-Undang Kanan dan Senior Federal Council, 1966. (7). Timbalan Penggubal Undang-Undang, 1967. (8). Penggubal Undang-Undang Parlimen, 1968. (9). Hakim Mahkamah Tinggi, 1973. (10). Hakim Mahkamah Persekutuan, 1982. (11). Hakim Besar Malaya, 1989 – 1992.

    PENCAPAIAN: (1). Beliau diterima untuk mendapatkan latihan lanjutan secara penempatan (training within industry) di pejabat Penggubal Undang-Undang Parlimen Victoria, Melbourne (Victoria Parlimentary Draftsman’s Office), Australia pada tahun 1965. (2). Pengiktirafan oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong kerana khidmatnya memulihkn undang-undang dan perintah selepas Peristiwa 13 Mei, 1969. (3). Terpilih untuk dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyemakan Semula dan Pembaharuan Undang-Undang, 1979 -1980. (4). Menjalani tugas dengan cemerlng ketika menjadi Parlimentary Daftsman di Parlimen Malaysia, 1969 – 1973.

    KEGIATAN/PERLANTIKAN: Selepas bersara pada tahun 1992, beliau masih memegang beberapa jawatan penting. Antaranya (1). Ahli Suruhanjaya Perundangan dan Kehakiman. (2). Ahli Suruhanjaya polis selaku Pengeusi Lembaga Rayuan di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Arkitek dan Akta Pendaftaran Jurutera.

    PENULISAN/PENERBITAN: (1). How Our Laws Are Made, oleh Hashim bin Yeop A. Sani, DBP, Kuala Lumpur, 1974. (2). Our Constitution, oleh Hashim bin Yeop A. Sani, Jabatan Penerangan Malaysia, 1970

    ANUGERAH/GELARAN: (1).Anugerah bintang kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri. (2). Anugerah bintang kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Johr (DPMJ) oleh Sultan Johor yang membawa gelaran Dato’, 1973. (3). Anugerah bintang kebesaran Johan mangku Negara (JMN) oleh Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. (4). Anugerah bintang kebesaran Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Seri Paduka yang Dipertuan Agong. (5). Sijil Penghargaan oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong atas khidmatnya memulihkan undang-undang dan perintah selepas peristiwa 13 Mei 1969. (6). Anugerah bintang kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri, 1990.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Februari 15, 2012

13 Komen:

  1. Skolah Anderson tu byk melahirkan org bijok2... :)

    BalasPadam
  2. Antara personaliti atau tokoh yang dikenang sepanjang zaman..

    Post Terbaharu Saya - Version 2.0 - Wordless Wednesday #26

    BalasPadam
  3. Menukar lebih kepada islamik adalah lebih baik.

    BalasPadam
  4. Assalam...
    Bagus Tan Sri ni...sebagai perintis..
    Saya pulak dari dulu lagi dok berharap suatu hari nanti akan ada tokoh yang bakal gantikan tie (tali leher), cara ikat tu.....(maaf ye bercakap) nampak lebih pada orang dok buat lambang salib. Tapi kita tak perasan pun.

    BalasPadam
  5. hakim dulu lain dgn hakim sekarang
    dulu kerana rakyat
    sekarang ramai kerana duit

    BalasPadam
  6. Lawo juga kalau bersongkok pada
    pakai rambut beruban tu yak :)

    BalasPadam
  7. sama level tun suffian nih!

    BalasPadam
  8. Banyak lagi 'peninggalan' penjajah
    yg belum diubah...Belum merdeka sepenuhnya
    kita nih,,

    BalasPadam
  9. Setuju dengan cik shinju
    Masih banyak yg perlu kita ubah untuk menjadikan kita sebagai diri kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tak boleh berubah adalah....amalan 'PHD'...

      Padam
    2. Dengki sesama bangsa
      pulak tu..sakit hati tengok
      anak bangsa sendiri berjaya..
      mulalah PHD menebal...

      Padam
  10. Kekalkanlah identiti kita sendiri lagi baik OOooo :D

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, beliau punya jasa sendiri dalam sistem kehakiman negara..
    moga Allah merahmati beliau dan kita semua, amin

    BalasPadam