Setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan pasti anda pernah melakukannya, sama ada kesilapan besar mahupun kecil. Setiap manusia juga pasti mempunyai perasaan marah dan benci terhadap kesalahan dan kesilapan yang dilakukan orang lain ke atas dirinya(menjadi mangsa) bahkan sampai berdendam.
Ini kerana Allah SWT telah mencipta manusia dengan pelbagai jenis perasaan dan emosi dalam dirinya. Ada yang berbentuk positif dan juga negatif, ia saling berkait antara satu sama lain. Sifat pemaaf adalah antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia dan ia adalah lawan kepada sifat pemarah dan dendam kesumat.
Maka satu sikap yang baik dalam menangani masalah ini ialah masing-masing mesti bersifat lapang dada dan bersedia untuk memberi kemaafan. Allah SWT telah menggalakkan Rasul-Nya dan telah menjadi arahan kepada umatnya agar bersifat dengan sifat ini sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya: "Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh." [Al-A'raf: 199]. Pemaaf adalah satu sifat mulia yang perlu ada dalam diri setiap Muslim. Banyak sekali ayat al- Quran dan hadis yang menekankan keutamaannya dan disebut sebagai salah-satu sifat yang disukai oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." [Ali-Imran: 134].
Allah SWT juga berfirman yang bermaksud: "Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima), Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun."[Al-Baqarah: 263].
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, tidak akan bertambah ke atas seorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk merendah seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." [Riwayat Muslim no. 2588].
Rasulullah s.a.w. juga menekankan betapa pentingnya sifat menahan marah ini sebagaimana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:"Seorang lelaki datang bertemu Rasulullah saw dan meminta agar Baginda berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, Baginda menjawab ringkas iaitu: "Jangan marah".
Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya lagi beberapa kali mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi jawapannya: "Jangan marah". [Riwayat Bukhari no. 6116].
Memang sesuatu yang tidak dapat dinafi kan, sifat pemaaf ini bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Bahkan, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: "Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan." [Asy-Syura: 43]
Sumber: Halaqah
Setuju.. Meminta maaf dan memaafkan memang sesuatu yang sukar dilakukan..
BalasPadamHati perlu betul-betul bersih & buang semua ego.
Mulut mungkin cakap maaf..
Padamtapi hati hanya dia dan
Allah sahaja yang tahu
Kata Dato Dr Fazilah Kamsah,
BalasPadamMaafkan isteri,anak,jiran,saudara-mara,kawan-kawan sebelum tidur nescaya hati kita tenang.
Setuju sangat tu :)
PadamAssalamualaikum...
BalasPadamMoga sdra sihat hendaknya..
Memberi maaf kepada orang yang meminta maaf merupakan sedekah, maka berilah kemaafan kerana jalan itu merupakan perbuatan yang mulia di sisi Allah SWT
memaafkan sesuatu kesalahan
BalasPadampasti hati menjadi tenang
Betul tu, memohon maaf & memberi kemaafan sesuatu yg sukar utk dilakukan jika egonya melangit...
BalasPadamDi mulut lain, di hati lain, hanya Dia yg tahu....
mereka yang hati keras memang susah utk minta maaf..tapi ada juga yang amat suka meminta maaf walaupun tdk bersalah hehehehe..kalau mcm tu mcm mana bro..;)
BalasPadamSallam En Zul.
BalasPadamkalau berdendam hati tak tenang
Kalau nak memaafkan
mesti dengan hati yang ikhlas,
baru tenang jiwa.
Ada orang kata "can forgive but cannot forget". Kalau dah forgive trylah untuk forget, barulah ikhlas kemaafan kita tu.
BalasPadamWalaupun bukan senang melakukannya.
salam en.zul..
BalasPadammoga sihat2 selalu...
kdg2 sukar untuk meminta maaf dan sukar memeaafkan...and kdg2 boleh maafkan tp sukar melupakan... ;)
Dosa sesama manusia hanya boleh diampunkan oleh manusia itu sendiri.
BalasPadamSaya pula tidak faham apa maknanya maaf jika parutnya masih ada?
BalasPadamBagi saya.. bila memberi kemaafan.. parutnya turut hilang juga..
Itu baru maaf dalam erti kata yang sebenar..
Assalam...
BalasPadamMemang sukar untuk memaafkan orang andainya perbuatannya itu amat melukakan hati dan sangat2 mendalam. Tapi, kalau situasi tu tak serius, saya mudah maafkan seseorang dan lupakan apa yang terjadi.
Salam Zul, memafaatkan seseorang adalah sifat yang sgt mulia.
BalasPadamsori seems to be the hardest word...cewah...
BalasPadamAssalamualaikum, barakallahufik..
BalasPadamwalaupun ringkas sahaja namun dalil yang dibawakan tepat lagi sahih,
saya memuji penulisan ini, kerana menggunakan dalil hadith yang sahih, berserta nombor nya untuk rujukan lanjut..
tahniah kerana berjinak-jinak dalam method penulisan sebegini..teruskan
moga Allah memuliakan akhi..
لا تغضب.(Muslim no.6116)
Penjelasan Syubhah Dalam MLM
W_salam..
Padamalhamdulillah..
terima kasih doa tersebut..
barakallahufik aidhon..
tapi bila hati btul2 sakit dgn kwn ,,,macamane nk memaafkn...kalau untuk pertame kali,,boleh lah..tapi lau brlaku lg...sabar je lah....sikap maaf tetap kene tetapkan dalam hati
BalasPadam