Dua tokoh politik masyarakat Cina di negara ini iaitu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng telah bersedia untuk bertemu muka dalam satu debat panas dan sensasi berhubung masa depan politik kaum itu pada Sabtu petang di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur .
Debat yang dijadualkan bermula pada jam 5 petang itu akan turut disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro AEC (301) dan akan diulang tayang pada jam 11 malam hari yang sama. Moderator debat ini ialah Ketua Pegawai Operasi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.
Rangkaian Astro Awani (501) akan turut menyiarkan debat tersebut dalam bahasa Malaysia melalui alih bahasa. Pihak Astro telah pun mendapatkan khidmat seorang juru alih bahasa profesional untuk tugas tersebut.
Sebanyak 600 kerusi telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Asian Strategy And Leadership Institute (Asli) dan Insap yang mana setiap parti iaitu MCA dan DAP diberikan peruntukkan 200 kerusi. Selebihnya adalah terbuka kepada orang ramai.
Debat tersebut dijangka berlangsung selama sejam. Bagaimanapun orang awam yang ingin menyaksikan debat itu di dalam dewan mestilah terlebih dahulu mendaftar sebagai peserta seminar yang berlangsung di sebelah pagi.
Debat kalau ada perubahan lepas tu ok lah.Tapi kalau lepas debat tak ada tindakan apa2 baik jgn buat.Betul tak bro!
BalasPadamUndi kaum ini juga penting buat masa depan negara
Padampasti PM kita akan dengar sedikit sebanyak permintaan
atau luah kesah kaum ini..tapi agak menarik kerana
mereka berani tampil face to face..bagaimana pemimpin
bangsa kita yang khabarnya jua di cadangkan membuat
debat politik juga sebelum ini tapi masih tiada jawapan
dari pengalaman lampau,mereka akan sokong kerajaan jika ia member manfaat kpd kaumnya.. sudah banyak isu yg jadi teladan..terkini adalah isu 'Interlok'...
Padammenarik ni
BalasPadamtapi biarlah ada tindakan selepas tu, betul kata Azman tu
teringat debat anwar dgn sabri dulu :)
Memang menarik, tapi jangan lupa
Padamsediakan air..tidak, berbuih juga
mulut nanti :)
Rajin dia orang ni berdebat sekarang ni. Mudah2an ada hasil dari perdebatan ni.
BalasPadamDah semua pakat cakap sendiri betul maka
Padamcara terbaik adalah bersemuka dan berdebat
yang lain keputusan terletak pada yang
mendengar untuk menilainya :)
Salam zul, berdebat ok jangan nyer beramuk sudah...
BalasPadamW_salam Yassin..
Padamhe he..sembang molek-molek
jangan bertumbuk udah kan?
rasanya debat tersebut tidak menambah undi kpd BN ponn..percayalah..
BalasPadamSaya suka melihat bila akhir
Padamdebat itu nanti baru nak komen
pasal kesannya ke atas undi BN
Bior ade kebaikan.
BalasPadamKebaikan seluruh rakyat
Padambukan hanya segelintir
Bosanlah berdebat kerana buang masa, buang tenaga, buang air liur. Sebaliknya saling nenunding jari. Apa yang kita mahukan adalah nasib rakyat terbela. Sedap lagi sembang politik kedai kopi.
BalasPadamWow ! ini panas ni ... mesti diaorang fight gila-gila punya ni ... fight cakap tak per jangan sampai kaki tangan naik ... rasanya kaki tangan akan naik tu nanti ... percayalah :D
BalasPadamHa ha..tak kut?
Padamsemua dah besar tu :)
salam
BalasPadamterpaksa tunggu berita je
astro tak ada, youtube pula broadband slow
huhu
W_salam..
Padamitulah yang terbaik..lagi pun
tengok updated di laman blog
pun cepat Bro..blogger ramai
sekarang nih :)
berdebat dlm bahasa Cina..? Bahasa Melayu..? translate saje, begini la nasib bahasa kebangsaan... tu ler, Melayu gaduh sgt, harap dpt ambil ikhtibar...
BalasPadamSudah berdebat, ayuh kita fikirkan.. Mana yang betul mana yang salah tak penting. Takkan bangsa melayu masih mengamalkan politik hentam menghentam lagi. Tak berani berdebat live camtu. Asik bagi alasan je.. Pilihanraya dah dekat. Ramai-ramai buat pilihan.
BalasPadam