Perodua Alza Baru Smart Ride (Alza SR) : Gambar



PERODUA hari ini memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak yang dipertingkatkan, Alza Smart Ride (Alza SR) baru dengan harga atas jalan antara RM53,013.50 dan RM56,513.50 seunit. Model ini disasarkan kepada golongan muda berkeluarga yang mahukan MPV yang fleksibel dengan ciri-ciri model sedan.

Alza SR adalah sesuai untuk mereka yang mahukan ruang lebih besar untuk kegunaan harian serta untuk perjalanan jarak jauh berkeluarga. Pengenalan varian baru ini akan meningkatkan keupayaan dan keselesaan pengguna di Malaysia yang berhasrat mendapatkan kenderaan lebih luas dan selesa.



Model Alza SR  kini ada dipamerkan di 178 bilik pameran PERODUA seluruh negara dan boleh ditempah bermula hari ini. Ianya juga didatangkan dengan tiga warna pilihan menarik iaitu Glittering Silver, Ivory White dan warna baru Mystical Purple.

Selain itu, model baru yang dipertingkatkan ini juga ditawarkan dengan ciri transmisi yang boleh didapati dalam varian automatik, selain turut menawarkan jenis tempat duduk hadapan berasingan berbanding jenis yang bercantum sebelum ini.

Pada anda yang berminat bolehlah ke bilik pameran PERODUA berhampiran anda dan mendapatkan gambaran serta penerangan yang lebih jelas di sana. Setahu saya melalui pengalaman rakan-rakan yang menggunakan model Alza terdahulu, mereka benar-benar berpuas hati.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Februari 02, 2012

6 Komen:

  1. Salam Zul, ttp anggung bergaya yerk :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam Yassin..
      bergayaa juga nih..tapi nak
      berutang dekat RM60 K juga
      la nanti..he he

      Padam
  2. kalau x ambik exora lagi
    kome mungkin sambor juga nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minyak jimat ni wehh..
      sambor ler se.. tukor
      Wira aok tu..he he

      Padam
  3. salam
    rasa minat juga nak tukar alza ni dengan kancil
    tapi bila mengenangkan hutang tu yg buat tak sedap rasa
    hehe

    BalasPadam
  4. Menarik juga ni.. Kalau boleh mahu yang manual :D

    Post Terbaharu Saya - Kalender Penuh Perlumbaan Formula 1 (F1) Musim 2012

    BalasPadam