Keluarga yang memerlukan khidmat pembantu rumah Indonesia boleh mendail talian bebas tol dan mendaftar dengan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) yang akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 28 Februari 2011.
Pertama, majikan boleh menghubungi 1-800-222-000, kemudian mereka akan menerima SMS meminta mereka untuk membalas SMS tersebut dengan nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan email.
SMS tersebut turut menyediakan mereka dengan nama pengguna dan kata laluan bagi membolehkan mereka mengakses masuk ke dalam akaun email khas yang disediakan oleh setiap majikan yang berdaftar dengan sistem itu.
Terdahulu menurut pemangku Presiden Papa, Jeffrey Foo, "sebaik saja kita mengetahui jumlah pendaftar yang memerlukan pembantu rumah, kita akan memaklumkan kepada agensi di Indonesia untuk memenuhi permintaan itu". (The Star)
Papa menganggarkan kira-kira 35,000 keluarga memerlukan khidmat pembantu rumah dan sesiapa yang masih berdepan masalah dalam mendapatkan pembantu rumah boleh terus menghubungi Jabatan Buruh untuk penjelasan lanjut.
Bagus kalau ada 1 hub yg menyediakan pembantu rumah macam ni.syabas Papa!
BalasPadamBagus ada perkhidmatan pusat sehenti memudahkan.
BalasPadamBelum mampu lg nak gn bibik... Ehehehe
BalasPadamsaya sendri jadi pembantu rumah utk rumah sy tu lebih membahagiankan segal kudrat termampu
BalasPadamjadi ejen bagus juga ni bro heee
BalasPadammasih mampu mengawal semuanya, walaupun dibebani kerja
BalasPadambelum terlintas lg utk mengambil bibik
biarlah susah payah macam mana pun, anak2 dan rumah tangga kita harung bersama :)
Setuju sangat..saling bekerjasama..
Padamjangan pula semua beban di letak
pada isteri je kan..sebab keduanya
bekerja..sesekali kena juga tolong
cuci baju dan sidai selain lipat baju
wehh..he he
waaa
BalasPadamkan senang mcm nih
dh ader 1 badan yg bertanggungjawab..
tidaklah tangan kemana kaki kemana kepala kemana...
ader ajerr publem ngan bibik nih hehehehe
ini yang sebaik-baiknya daripada contact ejen yang kita sendiri pun tak tau betul ke tak prosedurnya
BalasPadamsemoga memudahkan urusan sesiapa yang nak mengambil pembantu rumah, info yang bermanfaat sekali :)
BalasPadambgs x ek ambil pembantu rumah? nanti mcm xde privacy je..
BalasPadamAssalam...
BalasPadamRasa macam nak ambik pembantu bila rasa letih sgt2 tapi fikir2 balik, banyak buruk dari baik...
W_salam..
Padamkalau rasa mampu uruskan..baik
uruskan sendiri..lagi pun anda
tidak bekerja kan..?
kawin bayar mahal2..last kena byr lagi orang gaji..hemmm..beranak ramai2, tapi orang lain pelihara...ibubapa 21century
BalasPadamErmm..mana ada yang murah lagi sekarang ni
PadamBro..jadi kena bersedialah..paling kurang
RM20,000 semua belanja majlis kahwin...
Kalau keduanya mencari nafkah..tak salah
kita cari pembantu buat isteri kita..
meringankan beban isteri yang bekerja..
bagus juga ni...mungkin senang sedikit urusannya
BalasPadambukan masalah susah nak jaga, tp x larat dengan kos taska sekarang.. 3 anak hantar taska dah 7 ratus lebih, kerja rumah x settle kalau amik bibik 600 settle semua.... harap2 kali ni betul2 la dapat bibik nie...
BalasPadamKalau itu mampu menjimatkan
Padamapa salah cuba kan..?
rasa janggal pula jika ambil pembantu rumah, macam tiada privasi, banyak juga kes berkaitan suri rumah, harap berjaga-jaga :)
BalasPadamSeharusnya majikan juga di interview biar tidak ada kasus HAM
BalasPadamSungguh suatu opportunity nih.
BalasPadampeluang yg baik utk org yg mencari pembanu rumah, perkara lain pembantu rumah yg bermasalah atau buat hal(cthnya lari) mungkin lebih dirisaukan, warranty/guaranty dr agen sangat penting. bukan apa duit sudah keluar memang xdapat balik kalau diaorang lari. garispanduan lebih baik mungkin diperlukan.
BalasPadamok juga senang sikit urusanya kan..
BalasPadamOrang bilang pembantu rumah tangga juga memberikan devisa buat negara
BalasPadamSekarang memang susah nak cari pembantu rumah.
BalasPadamdah beribu abih.. maid lari, kn tipu ejen, sampai serik.. dah sthn takde maid, tp skrg tgh garu kpala nak cari maid, tak terkejar ngan keje umah..
BalasPadamsama la dah beribu habis dalam tahun dah 2 org maid lari...tak sampai sebulan terus lagi...duit burn
BalasPadamHahah...maid aku br lari td..
BalasPadam