Kini rata-rata pasangan akan memasuki gerbang
perkahwinan pada usia sekitar pertengahan 20-an, yakni ketika usia mencecah 25
atau 26 tahun selepas tamat pengajian di universiti dan sudah memiliki kerjaya yang
stabil. Jarang muda-mudi yang berusia awal dari
itu mahu melangsungkan perkahwinan. Kalau ada pun ramai ibu bapa yang
akan membantah dan meminta mereka berfikir seribu kali sebelum bernikah.
Tak
bolehkah berkahwin pada usia muda jika keinginan dan persediaannya
sudah mencukupi? Perlukah menunggu tiga atau empat tahun lagi sebelum
melaksanakan hasrat itu? Sebenarnya individu yang masih muda juga boleh
menggalas tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri. Bagi pasangan muda
yang berada dalam dilema ini, ada beberapa perkara mengenai
perkahwinan di usia muda yang boleh anda jadikan panduan.
1. Berupaya Galas Tanggungjawab
Berkahwin di usia muda mencipta tanggungjawab yang lebih besar buat suami. Apa tidaknya, mereka perlu menyara anak orang dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa serta makan pakai yang mencukupi. Sebab itulah suami wajib mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap bagi menyediakan semua yang diperlukan. Inilah perkara paling utama dan perlu diberi perhatian. Namun, sekiranya suami bekerja sendiri maka dia harus pastikan bahawa pendapatan hasil dari perniagaan yang dijalankan stabil untuk tempoh beberapa bulan. Barulah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.

2.Periksa Status Kewangan
Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, periksa dahulu status kewangan anda. Adakah mempunyai simpanan wang yang tetap untuk masa satu tempoh yang panjang atau sekadar cukup-cukup makan sahaja. Berdasarkan kajian yang dijalankan, pasangan yang ingin berumah tangga perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga bulan simpanan wang perbelanjaan harian dalam mana-mana akaun simpanan harian. Seandainya syarat tersebut dipenuhi maka tidak salah untuk kalian membina mahligai bahagia yang diidamkan selama ini.

3.Matang Membuat Keputusan
Salah satu elemen penting yang perlu ada dalam diri pasangan muda ialah berfikiran matang. Ingat, perkahwinan bukanlah mainan atau bahan uji kaji untuk mengukur sebuah kebahagiaan. Suami terutamanya perlu miliki sikap kepimpinan dan bijak membuat keputusan. Oleh itu mereka perlu berfikiran lebih matang dari usia sebenar agar bahtera yang dilayari tidak jauh terpesong dari arah yang sepatutnya. Ini kerana, kehidupan rumah tangga mempunyai banyak cabaran dan dugaannya. Susah untuk di ramal apa yang akan berlaku di hari mendatang. Jadi sentiasalah berfikiran jauh sebelum memutuskan sesuatu perkara.

4. Dapatkan Restu Orang Tua
Kata orang, restu ibu bapa sangat penting untuk mencapai sebuah kebahagiaan. Tak kiralah hidup sendiri atau berkeluarga, redha mereka memberikan lebih tenaga dan semangat untuk mencipta sesuatu yang lebih bermakna. Tidak dinafikan, ada segelintir ibu bapa yang menentang keras apabila anaknya ingin berumah tangga tetapi bila keperluan kewangan, tanggungjawab dan bijak membuat keputusan ini dipenuhi nescaya mereka akan merelakan hubungan tersebut satu hari nanti.

5. Tolak Ansur Kunci Bahagia
Dalam rumah tangga, sikap saling memahami dan bertolak ansur adalah satu dari berpuluh rencah mencapai kebahagiaan. Hidup bersendiri tidak perlu memikirkan orang lain tetapi bila berdua sedarlah bahawa ada hati yang perlu dijaga. Kawal kemarahan dan janganlah cepat melatah bila ada silap dan salah dan cubalah berbincang dalam menangani masalah bersama.

6. Sentiasa Berfikiran Positif Pada Pasangan
Amalkan sentiasa berprasangka baik terhadap pasangan setelah mendirikan perkahwinan. Cemburu boleh tetapi kata orang biarlah berpada. Bukankah itu tandanya sayang. Jadi, apabila ada permasalahan atau curiga tentang sikapnya maka bersemuka dan tanya secara baik. Maklum sahajalah, risiko untuk cemburu buta itu tinggi kerana masing-masing masih muda, perjalanan pun jauh lagi. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari individu yang lebih berpengalaman untuk tunjuk ajar yang lebih berkesan.

lagi satu....
BalasPadamsila pastikan selepas berkahwin nanti:
-tidak menyusahkan ibubapa samada dari segi kewangan mahupun jaga anak
-tidak menyusahkan adik beradik lain khasnya yg belum berkahwin
-hahahaha
yang ini akan saya tulis
Padamdi siri akan datang..ha ha
Sekarang ini sudah menjadi trend, apabila pasangan berkahwin memindahkan bebanan menjaga anak-anak kepada ibu bapa. Saya sebenarnya kurang bersetuju dengan cara ini.
Padamdalam sebuah keluarga tu kena lah ada pengorbanan..apa salahnya menyusahkan keluarga ckit utk masa depan yg lebih baik..huhu
Padamkebanyakan pasangan muda yang tidak bekerja dan berkahwin awal kemudiannya akan berakhir dengan penceraian, jadi saya rasa kekukuhan kewangan itu memang penting.
BalasPadamKalau hidup di bandar berkemungkinan..
Padamkerana banyak cabaran dan dugaan..
kalau di kampung setakat cukup makan
banyak kerja boleh buat dan ramai yang
berjaya mengharunginya :)
Assalamualaikum Zul..
BalasPadamBagaimana pula tips untuk pasangan yg nak mendirikan rumahtangga buat kali kedua..?(bukan kawen 2 tau)kena cari juga tu...
walaubagaimanapun tips di atas boleh juga dijadikan panduan sesetengahnya lebih2 lagi yg no 2..
Apa yang dikatakan oleh bro Zulkbo itu betul. Cuma jangan cepat melatah kerana disebab darah muda dan masing keras kepala mahligai yang dibina tidak dapat bertahan.
BalasPadamterima kasih utk panduan ni..
BalasPadammasing-masing ada perancangan masing2, lambat cepat kawin mesti ada rancangannya tu..hahaha
Bagus info ni...
BalasPadamApapun yg amat penting kesabaran... Maklumlah dua2 darah muda, bertindak ingin selalu cepat, terkadang bertindak tanpa fikir panjang.
Antara kriteria yang penting juga ialah sekufu. Memang cinta itu buta, tapi selepas kahwin barulah advencer itu bermula. Sekufu dari banyak segi, status sosial, kerjaya, corak pemikiran dsb. Tak semestinya serupa, tapi ada banyak persamaan. Kalau tak, selepas kahwin akan jadi kes seperti tuduhan suami menumpang kekayaan isteri dan macam-macam lagi.
BalasPadamkalau bergaduh sikit tu adatlah
BalasPadamrencah alam perkahwinan
sedangkan lidah lagi tergigit ini pula
suami isteri :)
*cuti balik kg, baru dpt ronda2 :)
kesabaran amat penting dalam berumah tangga nie,,,,
BalasPadammaklumat yang berguna ni untuk kita yang masih bujang ni
BalasPadamKalau belum bersedia baik jgn dulu.Banyak dah tgk khawin muda lepas tu ada masalah selepas 3/4 tahun usia perkahwinan.
BalasPadamKalau sudah bersedia seperti point diatas,silakan,rugi tau.....hahaha...
Entri yang bermanfaat untuk saya yang masih belum berumah tangga, jazakallahuu khair :)
BalasPadamassalam, byk bersabar dan berpandukan syariat...InsyaAllah bahagia hingga ke akhirat.
BalasPadamSalam Zul , nak digonerkan kalau jodohnya dah sampai yerk...
BalasPadampada buat keje tak pasal baik nikah aje jgn tangguh2:)
yang mana dah lengkap ciri-ciri di atas cepat-cepatlah bernikah :)
BalasPadambetul tu...setuju juga tapi kalau boleh biarlah dapat berbakti pada ibu bapa dulu...
BalasPadamtapi tips yang baik ni...
Apa yg penting saling mempercayai,bertolak-ansur...kerjasama.
BalasPadamJangan lupa berdoa kpd Allah