STUTTGART: Hakim mahkamah Jerman perlu memutuskan satu kes sama ada seorang defendan 'benar-benar berniat jujur' apabila menerima upah daripada plaintif bagi melakukan hubungan seks dengan isterinya supaya mengandung, tetapi gagal selepas 72 kali cubaan dilakukan.
Plaintif dikenali sebagai Demetrius Soupolos, 29, yang memperisterikan seorang bekas ratu, Taute. Pasangan itu amat mengidamkan cahaya mata tetapi malangnya Soupolos dimaklumkan doktor sebelum ini bahawa dia mandul.
Meskipun pada awalnya dibantah oleh isterinya, Soupolos berjaya menenangkan Taute mengenai rancangannya mengupah jiran, Frank Maus, 34, ‘membantu’ mereka mendapat anak. Bagi Soupolos, rancangannya tentu boleh berjaya, lebih-lebih lagi dia baik dengan jirannya itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.
Soupolos memberi upah 2,500 euros dan Maus diberi tugasan menghamilkan Taute menerusi sesi berasmara tiga kali seminggu bagi tempoh enam bulan. Laporan media Jerman menyatakan, Maus ‘berusaha bersungguh-sungguh’ dalam tempoh itu untuk memberi berita gembira kepada Soupolos.
Malangnya, usaha Maus itu tidak berhasil dan dia memutuskan untuk berhenti selepas isterinya pula membantah. Dia kemudian memberitahu Soupolos: “Seperti juga kamu, saya kecewa tidak dapat memenuhi impian kamu. Lagipun, saya lakukannya kerana mendapat upah. Saya harap anda dapat memahami.”
Soupolos, bagaimanapun, menyuruh Maus menjalani pemeriksaan doktor apabila Taute tidak mengandung selepas enam bulan. Doktor membuat pengumuman mengejutkan, Maus juga mandul (kah..kah..kena tipu!). Itu memaksa isterinya menjelaskan kepada Soupolos dan Taute bahawa Maus bukan bapa kepada dua anak mereka (ini lagi satu hal!).
Ia menyebabkan Soupolos menyaman Maus atas dakwaan melanggar kontrak dan supaya wangnya dikembalikan. Tetapi, ia ditolak Maus atas alasan dia tidak memberi jaminan Taute akan hamil tetapi hanya berjanji untuk ‘berusaha bersungguh-sungguh.’Sumber: AGENSI
NOTA : Moral kisah ini, sayangi dan hargailah maruah isteri anda. Peliharalah ianya agar maruah anda sendiri akan dipelihara Allah. Kalau sudah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan zuriat, dan tidak jua kesampaian, pasti ada hikmah Allah di sebaliknya. Tidak perlulah sehingga menggadaikan maruah isteri kerana Allah lebih tahu mana yang terbaik buat hambanya. Wallahualam.
hahahaha, mmg ada terbaca aritu, last2 siasat2 ropanya, anak jiran tu bukan anak sebenar lelaki tu...haruuuuu
BalasPadamNasib baik bukan berlaku di negara kita
Padamentah-entah ada kes macam ni kita pun
tak tahu kan..he he
saye suka catatan nota moral kisah ini...
BalasPadamSallam En Zul,
BalasPadamUntung betul jiran tu ye,
duit dapat, isteri kawan tu pun dia dapat..
Jangan plak ada orang kita yang tiru nanti.
Assalam..
BalasPadamAda terbaca pagi tadi..
Itu lah, sanggup lakukan apa saja semata-mata nak anak.
Tapi orang kita lain pulak sebahagiannya,
anak yang ada dicampak-campak dalam longkang.
gila betul manusia2 terdesak itu kan ...
BalasPadammacam2 jgn tiru udah lah
BalasPadamhuh ! rosak..
BalasPadamem..org Barat mana ada maruah..sbb tu lah jd mcmni..tgok suami Wardina pun cukuplah..berjuang utk maruah Wardina walaupun perompak masuk rumah..kagum sgt..wuwuwu
BalasPadamAduuuuuuh....
BalasPadamLain kali siasat dulu sebelum buat keputusan.
Kay Malaysia ada yang nak buat macam ni ke? Sakit.....
"alasan dia tidak memberi jaminan Taute akan hamil tetapi hanya berjanji untuk berusaha bersungguh-sungguh." - untung mamat ni.
BalasPadamapa la punya laki.
berusaha sungguh2 ker puas sungguh2...haha.
PadamMacam-macam kes di barat sana,,,boleh pulak buat macam tu,,,,
BalasPadamSalam
BalasPadamRosak dan terus rosak
Dari satu kes, tiba2 je jadi dua kes
Memang kerja gila. :-(
BalasPadammemang dasyat la kalo mcm nih..jgn kat negara kita ni ada yg mcm ni dah la..Minta jauh..isteri tu utk kita bkn utk org lain.
BalasPadamhahahaha...amik kau.....dapat sedap dapat duit...untung2
BalasPadam