Ikan Sebesar Bas Sekolah Di Temui Nelayan Pakistan

Nelayan di Pelabuhan Karachi, Pakistan semalam menemui bangkai seekor spesis hidupan laut antara yang terbesar di lautan, paus jerung (whale shark). Spesis ini antara yang dikategorikan sebagai spesis terlindung kerana semakin pupus sejak tahun 2008.




Menurut The Express Tribune sebuah akhbar tempatan, ikan ini dilihat pada mulanya 10 hari sebelumnya kira-kira 150 km dari Pelabuhan Karachi. Menurut saksi seorang nelayan, ikan ini dilihat dalam keadaan cedera dan seperti sakit ketika itu, sebelum ditemui mati semalam.

Tidak dinyatakan, sama ada bangkai ikan ini hanyut sehingga ke Pelabuhan Karachi atau ditunda oleh nelayan tersebut. Proses menaikkan ikan ke daratan memerlukan penggunaan kren dan beberapa kali gagal. Bangkai ikan ini akhirnya di jual dengan harga 1.7 juta Rupees.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Februari 09, 2012

13 Komen:

  1. Salam en.zul…
    Sihat ke??
    Sy kurang sihat la….
    Smlm br je gi klinik…

    Amboi…besarnya ikan tu….
    Subhanallah…besarnya kuas Illahi…

    BalasPadam
  2. huh buat lauk kenduri satu kampung tu mau sebulan boleh makan

    BalasPadam
  3. Sayang dah jadi bangkai,kalu tak boleh buat kenduri 1 kg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita boleh makan 2 nenis bangkai..
      satunya bangkai ikan..

      Padam
  4. boleh buat kenduri kat daerah tue...

    BalasPadam
  5. Assalam..
    Boleh makan ke?

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. salam
    memang sangat besar tu
    orang yang beli pula nak buat apa agaknya ya
    takkan nak makan

    BalasPadam
  8. Subhanallahb, besarnya ikan ni...
    Kuasa Allah tiada siapa menduga, berapa tan lah agaknya ni ye...

    p/s- dijual harga semahal tu? ada orang nak beli ke?? buat simpan dalam muzium ke? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah converted duit kita dalam RM13K je
      kemungkinan kulit dan tulang ada kegunaan
      selain lemak di gunakan dalam industri
      cat etc :)

      Padam