Debat Anwar Dan Najib Mungkinkah Menjadi Kenyataan?

The Star pada Isnin melaporkan bahawa Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno, dipetik sebagai berkata Umno sebagai parti pemerintah sekarang,  sentiasa bersedia untuk mengambil bahagian dalam perbahasan (Debat), seperti mana yang dilakukan antara presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng pada Sabtu lalu.

Di pihak Parti Keadilan Rakyat (PKR), menyambut baik cadangan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur yang menyatakan sokongan kepada mana-mana pemimpin parti itu mengambil bahagian dalam debat terbuka. Tengku Adnan dilaporkan sebagai berkata debat terbuka adalah satu perkara yang 'menyihatkan' terutamanya dalam arena politik.

"Saya percaya ini bukan komen secara sambil lewa dan saya sangat mengalu-alukan keterbukaan dan kesediaan pemimpin BN untuk berdebat dengan pemimpin pembangkang. Di pihak Anwar, kami mengulangi jemputan untuk perbahasan. Kami berharap Tengku Adnan boleh bertindak bagi pihak Najib supaya menganjurkan debat di antara kedua-dua pemimpin besar itu," komen Dato Saifuddin.(mStar)

Sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai satu perkembangan yang positif, Setiausaha Agung PKR, Dato Saifuddin Nasution Ismail, mahukan Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno seharusnya merintis jalan untuk mengadakan perbahasan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim demi masa depan rakyat.



NOTA: Rebana ubi dan gong sudah di palu, jemputan telah di hantar. Cuma menunggu empunya diri (PM) memberi kata putus. Jika debat ini berlaku, saya pasti akan terlakar satu lagi sejarah dalam negara kita apabila Perdana Menteri berdebat dengan Ketua Pembangkang secara langsung di tempat terbuka, di saksikan rakyat jelata. Bukan hendak melihat siapa menang atau kalah, tapi mencari titik persamaan agar ianya mampu membantu membina Malaysia yang lebih cemerlang.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Februari 20, 2012

9 Komen:

  1. Pasti banyak orang nak tengok debate itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak sabar menantikan saat
      itu tiba..semua rakyat nak tengok
      dua pemimpin utama negara bercakap
      'face to face' demi masa depan negara
      :)

      Padam
  2. untuk apa debat tu? cari titik kesefahaman?
    yg betulnya nak menjatuhkan seseorang adalah

    kalau sekadar nak tengok dia ni petah bercakap
    yg sorang lagi berbuih mulut nak menjawab
    kesudahan tak de
    last sekali jadi bahan lawak rakyat jelata pulak :)

    berani Najib nak berdebat dgn Anuar, rasanya x mungkin berlaku, kalau berlaku tu dia
    buku bertemu ruas :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu memasing menegakkan mereka yang benar..
      nak juga tengok satu kata "A" dan satu kata "B"
      maka kita tengok boleh jadi "A+" atau "B+" tak?

      Bab petah bercakap tu memang diakui kelabihan
      pada DSAI tapi Najib pun apa kurangnya..mereka
      pernah di satu landasan jadi sedikit sebanyak
      titik sefahaman itu pasti ada demi kebaikan rakyat..

      kalau bangsa lain berani ke tengah gelanggang..jangan
      mereka tersenyum pula bila bangsa kita hanya berani
      di luar gelanggang..bersilat pulut sapa pun boleh..
      tak gitu? he he..ler nih spider man pun dah pandai!

      Padam
  3. Debat yang dinanti-nanti. Sudah pasti ramai akan menyaksikannya.

    BalasPadam
  4. elok juga di adakan debat ni...

    BalasPadam
  5. Tun Mahathir cakap tok sahlah....buang maso ajo.

    BalasPadam
  6. Secara peribadi saya kurang berkenan debat ini dilangsungkan kerana ia tidak memberi impak lebih kepada agenda peribadi. Lebih baik beri tumpuan bekerja untuk rakyat. Cukup-cukuplah serangan peribadi.

    BalasPadam
  7. Kita tunggu dan lihat

    BalasPadam