Salam semua, bagi pengguna Blogspot pasti perasan yang entri anda lambat terindeks oleh enjin carian terutama Google kebelakangan ini. Saya sendiri tercari-cari puncanya di blog saya, dan saya ingatkan blog saya sahaja, rupa-rupanya ramai blogger Blogspot juga mengalami masalah yang serupa.
Kelmarin, ada seorang blogger yang prihatin dengan blog saya meninggalkan mesej di Facebook menegur perkara ini. Terima kasih buat beliau yang prihatin, walau saya sendiri memang sudah perasan, cuma masih menunggu perubahan yang berlaku dalam 2-3 hari. Ternyata tiada apa-apa perubahan nampaknya?
Entri saya yang terakhir di indeks oleh Google adalah bertarikh 8 Februari 2012, dan mendapat carian hadapan Google (Alhamdulillah!). Google sendiri ada melakukan kemaskini Page Rank yang terakhir mereka bulan ini bertarikh 6 Februari 2012 kalau anda semua perasan. Adakah ini puncanya?
Masih tiada perubahan PR di blog saya yang ber PR 2, tidaklah saya kisah sangat sebab ramai rakan blogger yang hebat pun turun PR mereka, sehingga PR0 pun ada. Simpati dari saya buat mereka. Kalau dulu, paling lambat tidak terindeks pun dalam 3 hari, berbeza dengan sekarang dah hampir seminggu.
Jadi dalam masa entri tidak terindeks oleh Google tersebut, saya melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkannya semua dengan menghantar URLs blog ke enjin carian termasuk mengemaskini peta halaman blog (sitemaps) di webmaster tool. Keputusannya masih sama, walau telah 3 hari berlalu.
Untuk mengekalkan trafik ke blog melalui carian enjin nampaknya tidak menjadi kenyataan, apabila trafik masuk jatuh merudum. Jika sebelum ini, boleh mengekalkan sehingga 8-10 ribu pageview, tapi kini hanya tinggal kurang dari separuh, itupun kebanyakan hanya dari entri lama yang telah terindeks Google sebelum ini.
Apapun, seperti entri saya sebelum ini, langkah menyebarkan entri (Ping) tersebut di laman sosial sedikit sebanyak membantu kemasukan trafik ke blog. Laman sosial seperti Digg, Bloggedmy dan Facebook adalah antara penyumbang terbesar. Anda juga boleh mencubanya, saya pasti anda tidak akan kecewa dengan hasilnya.
Selalunya tidak begitu.. Mungkin ada masalah teknikal..
BalasPadamPost Terbaharu Saya - Sakit Adalah Sesuatu Yang Tidak Dijangka
Kalau teknikal Google saya masih boleh
Padambersabar..jika teknikal blog dan nak kena
rmbak balik..alahai..banyak kerja..he he
Ini semua sementara, yang penting teruskan usaha memasukkan entri baru, publish dan ping. Repeat the process. Gunakan teknik tag and ping.
BalasPadamHarapan saya tidaklah terlalu
Padamlama..tak tahu apa yang tengah
diusahakan oleh jurutera Google
sekarang nih
blogspot je ke?
BalasPadamwordpress jadi gini jugak ke? x tengok pulak
Setakat ini rasanya blog
Padamblogspot sahaja..yang wordpress
koi tak pasti pulak..cuba aok
periksa di Google Search setiap
kali publish entri baru ada tak
di carian entri tu..
saya pon perasan. sebab saya pengguna blogspot.tapi apa boleh buat, kita cuma menumpang,terpaksa terima sebarang kemungkinan
BalasPadamErmm..ada geng :)
Padamapa nak buat Bro
sabar je lah..
Patut la page 1 bro, x sign out akaun profile utk buat pemeriksaan confirm duk page 1. Nak periksa di google, sila sign out dlu. Br kita tau duk di mana sbnrnya blog kita. Lambat indeks mungkin kurang ping submiter. Setiap kali ada post baru, bro g ping je dlu kat artikel submiter. Byk kan.
BalasPadamTerima kasih..nanti
Padamsaya cuba buat..dah
tak larat nak ping
dah nih :)
Ooo, nak kena sign out dulu ek baru check...
PadamTerima kasih atas info tersebut..
terima kasih kerna kongsikan....
BalasPadamBlogging is sharing :)
Padamterima kasih singgah
dan komen anda...
6 februari 2 lagi blog tak terindeks...
BalasPadamhari update PR...
dah seminggu kot nie...
aishhh...
Assalam..
BalasPadamSaya jarang check benda ni...lepas je ping terus tutup laptop...masa tak mengizinkan.
W_salam..
Padamtak pe Iza..utamakan
mana yang penting dulu :)
Benjy baru tahu ni Zulkbo ... terima kasih atas info anda :D
BalasPadamTak banyak tempat Benjy ping mungkin ada dalam 5 medium ping dan yang lainnya submit kat webmaster google dan bing.
BalasPadam5 medium pun letih
Padamjuga nak mengePING tu
Benjy..he he
Untuk index di bing dan yahoo benjy tak cuba lagi ... nanti Benjy try check kat situ ...
BalasPadamEhh, payah la nak paham topic ni... Hehehehe
BalasPadamBlogspot kadang-kadang susah hendak akses.
BalasPadamSusah untuk anda akses atau
Padamsusah untuk Google akses?
kalau Google baru seminggu dua
ni je Bro..tak tahu kenapa?