Penyanyi yang bakal ke jinjang perkahwinan pada 25 Februari ini, Ana Raffali, mengambil keberkatan Maulidur Rasul untuk mengenakan hijab
serentak kehadiran hari besar junjungan Nabi Muhammad SAW. Sebelum ini, Ana biasanya memakai tudung untuk
majlis-majlis keagamaan dan sepanjang zaman persekolahannya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Tolong Ingatkan Aku' ini menegaskan
keputusan diambil bukan atas desakan sesiapa namun keinginan itu lahir
atas kesedaran diri sendiri. Tanpa berselindung Ana juga menjelaskan dirinya semakin tenang walaupun
kini sibuk menguruskan majlis perkahwinannya yang berbaki dua minggu
sahaja lagi.
Ana juga menjelaskan tiada sebarang keraguan yang bermain dalam fikiran
untuk bertudung malah bersyukur keinginan itu mendapat sokongan ramai
terutama daripada keluarganya. Ibu bapa Ana turut gembira melihat anak perempuan mereka berubah
menjadi lebih baik.
Alhamdulillah.. ada hikmah setiap yang berlaku.. :)
BalasPadamAlhamdulillah atas perubahan yang dilakukan
BalasPadamالحمدلله
BalasPadammoga berkekalan selamanya
Alhamdulillah :D
BalasPadamassalam, syukur di atas taufik dan hidayah NYA...
BalasPadamComel pula apabila mengenakan tudung. Mungkin seri hendak kahwin kot. :-)
BalasPadamalhamdulillah :-)
BalasPadammakin lawa la pulakk...
Alhamdulillah......
BalasPadamComel2...elok ler tu,nanti bakal suami tak byk sgt dia nak tanggung dosa :)
BalasPadamalhamdulillah.. ^_^
BalasPadamalhamdulillah dan syaabas kepada ana raffali
BalasPadamsejuk mata tgok
BalasPadam