Siapa Yang Layak Mohon Skim Sara 1 Malaysia?




Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) yang bakal memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan rendah. Perlaksanaan Skim Sara 1Malaysia yang dilancarkan setelah diumumkan terdahulu oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2012 tahun lalu.

Melalui skim tersebut menurut Perdana Menteri, mereka yang layak akan diberi peluang membuat pelaburan sebanyak RM5,000 dalam Amanah Saham 1Malaysia iaitu salah satu produk Permodalan Nasional Berhad (PNB) sama ada melalui simpanan peserta atau dalam bentuk pinjaman. Kelayakan pemohon skim tersebut adalah seperti berikut:

a. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun;
b. Pemohon mesti mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah antara RM500 hingga RM3,000;
c. Pemohon tidak diisytiharkan muflis semasa memohon serta sepanjang tempoh penyertaan dalam skim;
d. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB iaitu "Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)", "ASB Sejahtera" dan "ASW2020-Bandar";
e. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana tabung unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul adalah bersamaan atau kurang dari RM10,000.


NOTA: Maklumat lanjut berkenaan dengan Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (Sara 1 Malaysia)  ini anda boleh dapatkan di mana-mana cawangan Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran anda, Selamat melabur!



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Januari 13, 2012

29 Komen:

  1. salam en.zul...
    bz ke harini??

    saya rs berminat juga nak melabur ni...tp utk org bujang boleh ke?? hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam Zella..
      alhamdulillah saya sihat..harapan
      anda juga begitu hendaknya..

      Nampak gaya dari syarat pertama tu
      maca tak tak layak kerana perlu
      berkahwin atau pernah berkahwin..
      cubalah tanya di cawangan yang
      terpilih ye untuk maklumat lanjut?

      Padam
    2. kita yg bujang tak layak.....:(..sungguh tak adil....

      Padam
  2. cam menarik je tawaran tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh lah cuba kalau
      melepasi syaratnya..
      saya percaya skim ni
      pasti menguntungkan

      Padam
  3. Balasan
    1. W_salam Yassin..
      jangan ushar labur je Bang :)

      Padam
  4. Bagus ni.. :D Buat menambah pendapatan!

    BalasPadam
  5. Elok ada skim simpanan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membuat simpanan.

    BalasPadam
  6. macam benda keluar, mula BR1M, SBPA semua kelam kabut
    hok ni pulak
    harap menjadi betul2 la
    nak juga nih :)

    BalasPadam
  7. Assalamu'alaikum Zul

    Nampaknya kak tak termasuk ke dalam yang layak. Kalau nak laburpun rasanya kena lihat pula kaedahnya.

    BalasPadam
  8. salam... yang baik itu dari Allah

    BalasPadam
  9. ala..org bujang tak layak ker....baru nk apply jugak...

    BalasPadam
  10. salam sahabat...lama tak menjenguk...

    menarik jugak benda ni kan...malangnya saya tak layak la plak...miss sikit jer...

    BalasPadam
  11. @Sham

    W_salam Sham..
    saya pun lama tak ke sana..
    insyaallah saya balas nanti..
    sibuk sikit kebelakangan ni..
    terima kasih singgah Bro :)

    BalasPadam
  12. salam..
    tak layak plak nih, belum kahwin. maybe mak bleh kot.

    BalasPadam
  13. klau bujang...dok satu rumah ngan adik beradik yg ramai bleh mohon ker???

    BalasPadam
  14. pulangan sebanyak RM134 sebulan dari RM5,000 pokok simpanan bermakna 2.68% sebulan atau 32.16% setahun. Jika difikir secara banyak, memang banyak yang bakal didapati oleh pelabur. Setakat ini adakah syarikat pelaburan lain yang mampu berbuat demikian? dari segi islamik pula, dibolehkah 'fixed rate' mcm ini, takut-takut pula terjebak ke dalam riba. Dan juga kita sebagai pelabur kena tahu dengan detail dimana wang kita dilaburkan ...

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum.. Saya seorang isteri bekerja dgn pendapatan rm1300 sebulan. Saya bayar pjman rumah rm580 Suami tak bekerja. Adakah saya layak untuk dapat skim saham 1 malaysia?

    BalasPadam
  16. kalau tengok yang no 3 tu, rasa macam tak berapa elok untuk umat islam. sebab terang dan jelas statement tu cakap pulangan dari pelaburan 'DIJAMIN' imbuhannya. kalau dah dijamin macam tu, dah termasuk dalam kategori fixed rate ni. Wallahua'lam. Kena tanya ngan Ustaz Azhar Idrus dulu ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yelah camne halal tak klu halal tak sy nk masuklah

      Padam
  17. salam..oh untuk orang yang berkhawin jelah...berapa ye tempoh dia

    BalasPadam
  18. salam zul..aku ni budak lagi..baru 19 tahun..boleh ke aku melabur jugak arr??aku masih bujang..apa mcm??boleh ke..sudah bekerja sebagai buruh kasar..pendapatan kasar dalam sebulan cuma rm600 jerr..sudah x tinggal dgn org tua lagi..apa mcm??layak ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      ermm..kalau bujang setahu saya
      mesti ada tanggungan lah..tapi
      sebaiknya anda refer di bank..

      Padam
  19. salam,,nak pastikan yg skim ni perlu keluarkan duit poket tiap2 bulan ke camane?konfiusla

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      ada yang keluar duit dulu
      dan simpanan yang di kira
      sebagai pelaburan macam ASB
      ada yang pinjaman..tapi kalau
      tak silap saya bulan-bulan
      dapat RM50, tapi tak payah
      bayar bulan-bulan pun..apa
      pun baik tanya di bank yang
      ada skim ini untuk pertanyaan

      Padam
  20. hai kaawan2 camne dr segi halal skim ni jawablah teman2 oii ni yg paling penting......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di mana wang itu di laburkan tidak di ketahui
      tapi saya yakin ianya bukan dari sumber arak
      atau judi..selebihnya kerajaan ada pakar bahagian
      agama yang menilainya..kalau saudari rasa was-was
      baik jangan melaburlah..itu yang terbaik bila ada
      rasa was-was...

      Padam