Sentap Mengkarung : Cara Mudah Menangani

Jika anda pernah rasa sakit yang berlaku secara tiba-tiba pada bahagian betis ketika duduk, berdiri atau baring terlalu lama pada satu kedudukan. Buat beberapa saat, otot betis bagai ditarik dengan tegang sehingga menimbulkan kesakitan bahagian otot yang amat sangat. Tetapi ia semakin reda apabila bahagian tersebut diurut-urut seketika.


Orang Melayu menamakan ini "Sentap Mengkarung", dan ianya selalu di anggap tidak merbahaya. Kekejangan berlaku disebabkan pengecutan otot secara tidak terkawal yang dikenali sebagai noctunal leg cramps yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan berasa sakit. Tetapi jika kekejangan tersebut dibiarkan tanpa dilakukan urutan, ia mengambil masa lebih lama untuk kembali kepada asal.

Kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki atau betis sahaja malah mungkin boleh berlaku di bahagian-bahagian lain seperti paha, perut, tumit dan juga tapak kaki. Penyebab utama adalah kerana keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan.

1- Cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut.

2-  Membengkokkan kaki atau betis ke arah badan. Pada peringkat awal semestinya ia amat menyakitkan, namun ia akan memberi kelegaan yang paling segera.

3- Ketika itu juga, urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.

4-  Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan.

5- Tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.Selain itu pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.

6-Imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot. 

Bagaimanapun, kekejangan itu turut berlaku kepada wanita-wanita yang hamil apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang. Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar.

Kaki yang penat membawa beban akan mudah menjadi lenguh dan menyebabkan kekejangan. Malah, tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.

Wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama. Sebaliknya, cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur. Selalulah menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Januari 17, 2012

37 Komen:

  1. Salam,
    Oh, terima kasih atas usaha perkongsian ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam Dato'
      saya pun selalu kena time tidur
      memang tak tahan bila kena sampai
      keluar air mata kadang kala

      Padam
  2. Sekarang ini pun rasa sengal-sengal sebab jatuh motor semalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menunggang motor memang banyak risiko
      jatuhnya Bro..berhati-hatilah..nasib
      baik tak teruk kan..?

      Padam
  3. Salam Zul ditmpt saya di sebut "Patah mengkarung" mmg sakit kalau tiba2 kena tu... Terima kasih diatas perkongsian info diatas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      Memang ada pelbagai versi Yassin
      ada yang panggil "simpul mengkarung"
      yang nyata ada nama mengkarung.. tu lah
      heran juga..salah ke MENGKARUNG..he he

      Padam
  4. Balasan
    1. Selamat mencuba kalau
      kena lah..dapatkan nasihat
      pakar/doktor jika sakit
      berlarutan :)

      Padam
  5. saya biasa kena tiome tdo..tetiba jer kena terus sedar,,besenya sy dok diam2 jer....lurtuskan kaki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm..cuba membayangkan..sebab
      saya pun selalu kena time tidur
      nih..memang sakit ;(

      Padam
  6. Err.. Sejajar dengan peningkata usia, makin kerap terkena!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah realitinya sekarang Bro..
      signal tu tanda dah berumur :)

      Padam
  7. sakit kalau kene tarik mengkarung ni!

    BalasPadam
  8. yatie baru kena sekali...ya Allah..tak tahu nak kata

    BalasPadam
  9. salam en.zul...
    bz ke??

    ooo..thanks for sharing..
    sy pernah gak kena lagi2 klu byk berjalan2..

    BalasPadam
  10. Dulu selalu kena bila cuaca sejuk,tgh2 malam pulak tu.

    BalasPadam
  11. kome panggil kren je
    time kena pepalih weh

    BalasPadam
  12. perkongsian yang menarik ni, nice sharing en.zul

    BalasPadam
  13. Bahaya kalau tengah mandi sungai,kolam atau laut tetiba kene "krem" mcm nih....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu,
      di antara punca orang yang tau berenang tapi boleh lemas tiba-tiba

      Padam
    2. ermm..tak sangka juga ye?
      kalau nak berenang tu bawa la
      kengkawan lain yang tahu berenang
      stanby :)

      Padam
  14. Salam,

    Oh, saya panggil tu simpul biawak. Tak tahu pula kena kenapa. Tahun lepas dalam bulan November kena, dibiarkan sampai akhirnya bengkak. Dah bengkak baru pergi doktor. Hehe. Ingat tak da apa2, sebab tidur malam rasa macam nak kena "cramp", tapi "cramp" yang tak jadi.

    Last2 doktor bagi ubat sapu, ubat makan dan satu ubat kalsium yang sebiji kalsium bersamaan dengan 7 gelas kalsium susu. hehee

    BalasPadam
  15. Assalam..
    Orang Kedah sebut, tarik mengkarung, orang Perlis panggil apa tah, tergelak juga dengar orang Perlis sebut.
    Lebih kurang macam kebas kaki la ni cuma rasa sakit tu lain sikit.

    BalasPadam
  16. Salam,
    selalu terjadi dan salah satu sebab tak boleh pakai kasut tumit tinggi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      jangan pakai tumit tinggi
      jatuh tergolek pulak nanti
      he he..

      Padam
  17. Assalam
    Apa khabar sahabat...topik menarik..mmg saya pun selalu kena...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      sihat alhamdulillah..
      moga anda juga begitu..

      realiti ramai yang kena nih
      nak kena jaga pemakanan
      lepas ni jawabnya :)

      Padam
  18. Salam.. terima kasih info ni. Selalu gak kena, tp tak lah panik sgt. Tp yg kebas semut2 tu selalu kena. Bila org sekeliling tau, dorg nak goyang2 kaki. Sakit perut tergelak2 lari dari dorg smbl menahan kebas hihi .

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      Ha ha..nak malu apa Bro
      dah sakit tu pedulikan je :)

      Padam
  19. salam
    aku banyak kali juga kena mengkarung ni
    walau pun bukan selalu
    memang sangat sakit

    BalasPadam
  20. info yang sangat berguna. Bagus ni.

    BalasPadam
  21. koi pggl "simpul biawak". sakit amat klu kena. kdg2 kena sbb terlalu sejuk kat betis.

    BalasPadam
  22. Saya selalu kena..at last kena buat operation...

    BalasPadam
    Balasan
    1. berapa kos operation.kat mana.ada no tel doktor tu tak?

      Padam
  23. saya selalu jadi di jari kaki... adakah itu sentap mengkarung jugak?

    BalasPadam