SBPA Ditangguhkan 3 Bulan Demi Kepuasan Semua : PM



Perdana Menteri baru-baru ini mengarahkan SBPA disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu kerana ada pihak yang kurang berpuas hati.

Maka, satu pasukan petugas ditubuhkan dan dipengerusikan Tan Sri Ismail Adam yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman luas beliau dalam hal berkaitan perkhidmatan awam.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jawatankuasa khas diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Hari ini, Perdana Menteri berkata skim baru berkenaan mestilah mendapat kepuasan semua pihak sebelum dilaksanakan."Kerajaan akan pertimbangkan sebaik-baiknya agar ianya mampu memberi kepuasan kepada semua pihak,"(Malaysiakini)

Datuk Seri Najib berkata kerajaan juga bersedia menimbangkan pemberian gaji yang lebih kepada penjawat awam, bagaimanapun ia perlukan dikaitkan dengan peningkatan produktiviti mereka dan ianya juga bergantung pada ekonomi semasa negara.

Perdana Menteri berkata, penjawat awam dilihat sebagai kumpulan yang amat penting dalam pentadbiran negara kerana apa jua dasar dan agenda besar bergantung kepada peranan serta sumbangan mereka.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Januari 21, 2012

18 Komen:

  1. Kerajaan bertindak melulu dan tiak membuat homework apabila meluluskan sesuatu perkara.

    Moh join Giveaway Sulung Miecyber's Blog.

    http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wokeh..nanti koi join
      contest aok ter Mie..

      Padam
  2. Harap selepas ini semua isu berkaitan dapat diselesaikan. Memang sukar untuk melaksanakan sesuatu yang melibatkan peserta yang ramai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah rasanya..lepas ni keputusan
      pasti muktamad..mana yang tak setuju
      lagi kenalah memikirkan buat kerja lain :)

      Padam
  3. assalam, lps ni tiada lagi pihak2 yg tak puas hati...semua glgn dapat bahagian masing2 dan yg penting apa yg dapat disumbangkan kepada klien2 masing2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      saya pun setuju dengan anda..
      yang malas kerja dan sumbang
      tenaga lebih..jangan la harap
      nak gaji tinggi pula kan..?

      Padam
  4. hmmmm
    x kesah ler ape jenis skim ponnn
    ape kurang ape terlebih apa dapat apa tertinggal
    yg penting kualiti kojerr mesti mau terbaekkkk....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju..
      kerja jangan tak kerja..
      jangan "mengular" main
      FB time kerja lak..he he

      Padam
  5. Kalau lama sngat nunggu susah juga...
    semoga dapat dipercepatkan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau semua macam
      aok senang kerajaan
      Yassin..betul tak?

      Padam
  6. semoga SBPA nie akan memenuhi kehendak semua penjawat awam .. =)

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapan saya dan
      kita semua lepas nih :)

      Padam
  7. salam
    kalau masih ada yang tak puas hati lepas 3 bulan nati, macam mana pulak?
    maklum saja, dalam ramai2 ni, kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      saya pasti akan ada yang
      tetap tak berpuas hati..bukan
      mudah nak puaskan manusia
      seorang demi seorang kan..?

      Padam
  8. 3 bulan aje? hehe..cukup ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama tu Bro 3 bulan
      berapa ramai dalam team
      kaji selidik tu rasanya

      Padam
  9. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua penjawat awam sepatutnya JPA memanggil Cuepacs ketika berbincang membangunkan SPBA diperingkat awal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam tergesa-gesa sahaja
      mulanya..ingatkan semua PAK TURUT
      rupanya ramai pula yang komplen..

      Padam