Sahar Gul Didera Mertua Kerana Enggan Jadi Pelacur


 
Sahar Gul
 
Seorang remaja Afghanistan berusia 15 tahun diseksa dengan teruk selain dikunci di dalam tandas oleh keluarga suaminya beberapa bulan lalu selepas enggan menjadi pelacur, kata pihak berkuasa semalam. Sahar Gul berada dalam keadaan kritikal ketika diselamatkan daripada sebuah rumah di wilayah utara Baghlan minggu lalu, selepas jiran melaporkan mendengar tangisan Sahar yang merintih kesakitan.
 
Keluarga mertua Sahar Gul, mencabut kuku dan rambutnya serta menguncinya di bilik air bawah tanah yang gelap kira-kira lima bulan, tanpa memberi makanan dan air yang mencukupi. Keluarga suaminya turut menderanya dengan mencucuh api rokok dan menggunakan playar untuk merobek dagingnya. Mangsa berkahwin tujuh bulan lalu dan berasal dari wilayah Badakhshan. Keluarga mertua cuba memaksanya melacur untuk mendapatkan wang.
 
Walaupun sukar bercakap, Sahar Gul berupaya memberitahu media mengenai pengalaman ngeri yang dilaluinya selama dikurung keluarga mertua.“Selama beberapa bulan saya dikurung dalam tandas oleh keluarga mertua terutama ibu mertua saya,” katanya. Sahar ditemui dengan keadaan tubuhnya dipenuhi parut dan lebam manakala sebelah mata masih bengkak dan tertutup enam hari selepas diselamatkan.(BBC)


 
Gambar hiasan

NOTA: Perkahwinan di bawah umur adalah perkara biasa di Afghanistan. Penderaan mertua ke atas menantu perempuan juga perkara biasa di sana. Cuma kes seperti ini agak melampau dan lari dari nilai-nilai kemanusiaan. Bersyukur kita di bumi Malaysia, belum kedengaran lagi menantu perempuan yang di dera sebegini oleh mertuanya.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Januari 02, 2012

16 Komen:

  1. SALAM,
    Mengarut betul mereka ni ! Mereka ni penganut Islam atau apa?

    BalasPadam
  2. di m'sia mmg kita tak dgr menantu di dera oleh mertua secara fizikal
    tapi kalau di dera secara mental ada rasa2nya...

    BalasPadam
  3. islam pada tu lah jadinya

    BalasPadam
  4. Apa ? ... mak mertua marah menantu tak nak jadi pelacur ... Aduhhhh !!! ...

    BalasPadam
  5. Ini bukan gila ni ... orang gila tak kan dera orang dan kurung orang ... tak tahu ini kategori apa Ni ....

    BalasPadam
  6. Tak diceritakan pula ... adakah suaminya juga bersekongkol dengan keluarganya atau suaminya tak tahu ....

    BalasPadam
  7. @Benjy

    Suaminya pun tahu kalau ikut
    sumber yang saya baca dalam
    Berita Harian sebentar tadi..
    apa punya orang nih..??

    BalasPadam
  8. kejam betul dunia sekarang

    BalasPadam
  9. salam
    macam2 kes penderaan kat dunia ni
    mereka tak pikir ke kalau diri sendiri didera macam mana rasa
    pelik

    BalasPadam
  10. assalam zulkbo

    manusia tiada lagi sifat belas ihsan. dunia makin hampir kepenghujungnya

    BalasPadam
  11. @wachak

    W_salam..
    barat memandang sinis isu ini
    dan memperbesarkannya seolah
    islam menggalakkan kekejaman
    wanita..iktibar buat kita semua
    muslim di dunia.

    BalasPadam
  12. @tehr

    W_salam..
    mula saya baca kisah ini..
    mengucap panjang juga saya
    melihat wanita muda itu..
    kenapa ada manusia yang gamak
    buat begini..pada menantu,malah
    isteri sendiri..

    BalasPadam
  13. @luahfikiran
    W_salam..
    susah nak jawab bab agama nih..
    tapi setahu saya, islam jauh
    sekali menghalalkan kekejaman
    sesama manusia..apatah lagi
    pada seorang wanita kan..?

    BalasPadam
  14. adehh..
    manusia ni makin lama makin zalim..

    BalasPadam
  15. Sallam,

    melacurkan menantu perempuan dah menjadi budaya
    hidup mereka ini. Tak kira ugama apa mereka demi mendapatkan duit.

    BalasPadam
  16. Kejam sungguh perbuatan manusia Jahiliah. :-(

    BalasPadam