Minggu Ke-3 gelanggang Raja Lawak musim keenam (RL6) akhirnya menyaksikan Kumpulan King dan Ketupat menjadi mangsa penyingkiran pertama selepas mendapat peratus undian terendah pada persaingan minggu ketiga yang berlangsung di Pusat Penyiaran Asia Astro, Bukit Jalil, di sini, malam Jumaat.
King mendapat 6.3 peratus undian, manakala Ketupat dengan undian tercorot, 5.7 peratus. Minggu ketiga RL6 mengangkat tema 'Zaman Sekolah' menyaksikan satu lagi peserta yang berada pada kedudukan tiga terbawah iaitu kumpulan Albob (6.5), terselamat daripada penyingkiran kali ini.
Mengulas mengenai penyingkiran dua peserta secara serentak pada minggu ini, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata keputusan itu diambil memandangkan tiada penyingkiran berlaku pada dua minggu pertama.
Selain Albob yang akan terus bersaing, sembilan lagi peserta yang bakal meneruskan persembahan mereka pada minggu hadapan adalah 2Yol, Zero, Skema, Cuit, Gman, Shiro, Riki, Selak dan peserta solo, Kodan.
xpernah tgk raja lawak..
BalasPadamKalau tak pernah tengok tu
Padammaknanya tak minat..baik tak
payah..nanti sakit hati je..
setakat ini belum ada nilai
lawak yang saya nampak..masih
gagah updated minggu ke-3..
tengoklah kalau dah boring..
tak updated dah nanti..he he
Siapa pelawak pilihan bro Zulkbo?
BalasPadamRealiti buat masa ini
Padambelum ada satu pun yang
berkenan di hati..mungkin
belum terbiasa dengan
lawak diaorang :)
tengok rasa mcm x lawak pun
BalasPadamSetakat ini itulah komen
Padamkoi juga..tapi nak buat
goner dah nama Raja Lawak
nak tengok jua sampai mana
lawaknya nih..huhu
Salam
BalasPadamTema zaman sekolah, teringat dengan pengalaman kena denda
Hehe
W_salam..
Padammacam perli kita semua
yang sibuk dengan contest
SEO tu je..he he..layan!
aku dah agak, 2 kumpulan ni yang akan keluar.
BalasPadamRamalan anda menjadi kenyataan
Padamapa nak buat..memang tak lawak
2 kumpulan nih..nasib dapat
beraksi sampai minggu ke-3
Sa;am Zulk,
BalasPadamMusim baru ni belum pernah sekali menonton Raja Lawak.