Pembebasan Pertuduhan Anwar : Komen VIP




Selepas pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya semalam, pelbagai komen yang datang dari pemimpin-pemimpin yang saya anggap sebagai VIP dalam kancah politik tanahair dan ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Antara yang menarik perhatian saya ialah komen yang datangnya dari :

TUAN GURU NIK AZIZ


DATIN SERI DR WAN AZIZAH
Isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata suaminya masih belum bebas daripada pendakwaan lanjut kerana beliau juga cuba diheretkan dengan skandal video seks. Skandal seks itu didedahkan oleh gandingan 'Datuk T' (Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim.) Ia memaparkan seorang lelaki yang  menyerupai Anwar melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur.(Malaysiakini)

DATUK SERI NAJIB
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan mahkamah pada Isnin yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat telah dapat membersihkan sama sekali kerajaan daripada tuduhan tidak berasas berhubung campur tangan dan konspirasi kerajaan terhadap pemimpin pembangkang itu."Keputusan pada Isnin sekali lagi menunjukkan bahawa di sebalik apa yang telah didakwa, sistem kehakiman Malaysia adalah sebuah institusi bebas di mana baik politik mahupun ahli politik tidak mempunyai sebarang pengaruh berhubung pelaksanaan keadilan,"(Mstar)

KARPAL SINGH
Ketua pihak pembelaan, Karpal Singh berharap pihak pendakwa tidak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah daripada pertuduhan kes liwat kerana tiada asas yang kukuh. Dalam pada itu Karpal yang juga Penasihat DAP berkata, keputusan berkenaan merupakan petunjuk kepada masa depan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang."Ini adalah petunjuk kepada apa yang akan berlaku nanti terutamanya dalam pilihan raya. Anwar akan jadi Perdana Menteri seterusnya dan kita akan berada di Putrajaya sedikit masa lagi," (Mstar) 

TUN MAHATHIR
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Isnin berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya membuktikan satu perkara iaitu tidak pernah wujud sebarang konspirasi untuk memenjarakan Anwar sama ada dahulu mahu pun sekarang.“Segala-galanya tentang teori konspirasi ini hanyalah pandangan serong Anwar bahawa dia akan disabitkan dengan kesalahan untuk membuat dia hidup sengsara. Tetapi keputusan mahkamah hari ini (Isnin) adalah bukti bahawa tidak wujud sebarang konspirasi sebelum atau sekarang untuk mengenakannya,”(Mstar)




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Januari 10, 2012

18 Komen:

  1. Salam Saudara Zulkbo,

    Terima kasih berkongsi.

    BalasPadam
  2. uhuk..macam ada agenda lain je nie....

    BalasPadam
  3. assalam, harapan kita agar lepas ni mahkamah rakyat juga telus dan bebas..

    BalasPadam
  4. OMG!! Saya xnk Anwar jd perdana menteri Malaysia!!

    BalasPadam
  5. haha..macam-macam la vip nih..

    BalasPadam
  6. Nasib kita tak jadi VIP dok puas juga nok jawab yak hehehe...

    BalasPadam
  7. Pelik aku... hakim tak menyebelahi kerajaan dlm kes ini. Tak tau la pulak kalo kes ini masuk Mahkamah Rayuan. Adakah nak bagitau yg badan kehakiman bebas dr pengaruh politik atau baru sedar bahawa badan kehakiman mesti bebas dan dilihat bebas dr pengaruh politik...

    Badigol So'od

    BalasPadam
  8. koi suka baca jek citer2 gini.. :)

    BalasPadam
  9. Seorang Budak Kampung (SBK)10 Januari, 2012

    Bismillahirahmanirahim..
    assalamualaikum w.t.b.
    sgala puji hnya bagi Allah tuhan semester Alam dan isi2nya...
    tuan/puan

    dri analisis umum pndgan sy terhdap komen2 yg diberikan smada VVIP or VIP adalah sama dgn pndgan msyarkat luar. Tetapi perlu diingat suatu perkara yg mudah benar kita lupakan apbila kita terlalu mengagongkan kehbtan dunia, iaitu kita lupa tntang pndangan Allah dlm menntukan kebenran. Tua/puan, dunia ini hnya tempt ujian dn semua itu akn berakhir bila mna usaha yg kita buat berkubur bersama dgn jsad yg tdk bernyawa. Berkenaan dgn pndangan mereka2 ini, pd sy hnya tidk lebih bersifatkan politik shja.
    Apa yg cuba diketengahkan adlh perkara yg biasa utk megembangkan lgi arena politik kolot ini. Ini politik manusia yg sudah lali dgn peredarannya. Sy tidk pasti akan bila berakhirnya semua ini. Polimik kotor dan salah dr peradabannya. Semua org sudah menjadi kabur dgn pendirian yg dicipta masing2 dan akhirnya mereka tenggelam dgn kekaburan itu. Dikala itu bru kita tergadah menentukan hala tuju sebenar perjuagan suci. Baru hujan berhnti kalu nak angkat jemuran, itu satu usaha yg sia2
    Wahai kaum sekalian ummat, ayuhlah kita bergerak mendewasakan politik ini supaya ia berlandaskan syariat yg betul, bukan politik PAS, Politik UMNO, politik BEBAS, bukan politik NGO, bukan politik DAP,BN dan sebagainya tetapi politik yg Hakiki iaitu politik NABI MUHAMMAD S.A.W.

    BalasPadam
  10. Assalam...
    Hanya mereka dan Allah sahaja yang tau kisah sebenar...

    Bila baca komen VIP tu, rasa macam kerajaan nak tegaskan bahawa Mahkamah adalah badan bebas. Apa motif di sebalik tu?

    BalasPadam
  11. berpendapat dengan iza....agak tertanya-tanya motif mereka menekankan mahkamah bebas dari apa2 sogokan dengan keputusan mahkamah...macam banyak pula agenda berkenaan kes ni..errr....apa2 jer lah...hmm..politikkkk politik

    BalasPadam
  12. seolah2 macam ada sesuatu pulak disebalik pembebasan ini.
    hanya Allah yang Maha Mengetahui

    BalasPadam
  13. haih..karpal..karpal...jangan over-confidence...belum tentu 'petunjuk' tu..

    BalasPadam
  14. salam
    pakat2 kita baca
    dan pakat kita faham

    BalasPadam
  15. Mahkamah da buat keputusan kita terima dengan hati terbuka,suka atau tidak itu hak masing2...yg penting kita jangan pandai2 buat andaian sendiri...Allah maha mengetahui.

    BalasPadam
  16. Mahkamah telah dibuat keputusan. Hanya Allah SWT yang mengetahuinya.

    BalasPadam
  17. Komen vip dari sudut yang berbeza. Nampak kepelbagaian pentafsiran. Begitu juga rakyat. Pasti macam2 komentar yang dikeluarkan berdasarkan persekitaran pengomen. Kita tunggu dan lihat je cerita selanjutnya.

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan/Puan, Saya adalah hamba Allah yang ingin berkongsi pandangan. Namun saya memohon jutaan kemaafan seandainya pandangan saya ini tidak boleh diterima pakai. Bagi pendapat saya, pembebasan DSAI adalah satu keputusan yang tepat. Ini membuktikan bahawa negara kita masih mengamalkan teras keadilan yang tinggi tanpa berpihak mahupun mempolitikkan isu-isu semasa. Sekalung penghargaan kepada Mahkamah yang telah membuat satu pengadilan yang tepat. Keputusan ini bakal membuka mata rakyat Malaysia bahawa sistem penghakiman negara kita adalah adil dan saksama. Cuma kadang-kadang saya sedikit terguris apabila mendengar dan melihat sendiri rakyat bangsa kita yang saling mencari kesalahan sesama kita tidak kira pemimpin atau sesama rakyat. Apakah antara kita sebagai Islam dan Melayu sudah tiada perpaduan? Kenapa ini mesti terjadi Tuan-Tuan dan Puan-Puan? Sama ada percaya atau tidak, kalau ini berterusan, bangsa kita akan kehilangan sokongan dan rasa hormat dari kaum lain. Bukan bangsa lain yang menindas kita sebenarnya. Tetapi sesama kita. Dan dengan ringkas saya memohon kepada Tuan/Puan agar marilah kita sama-sama memupuk perpaduan antara kita. InsyaAllah kita akau terus melangka setapak demi setapak ke hadapan.

    BalasPadam