Salam semua, hari ini nak bagi pendidikan moral sedikit, bab menghormati guru/cikgu di sekolah. Entri ini sebenarnya sebagai panduan buat anak lelaki saya yang baru melangkah ke darjah satu tahun ini. Pada anda yang hendak ikut pun, tidaklah menjadi hal. Kerana menghormati guru, adalah salah satu cara untuk kita mendapat ilmu dengan lebih cepat dan di berkati Allah.
Panduan Mudah Menghormati Guru Di Sekolah:
- Bila bertemu atau bertembung dengan guru, berilah salam kepada mereka. Jika guru beragama islam, sebaiknya ucaplah "Assalamualaikum Cikgu". Kalau yang bukan islam, ucaplah " Selamat Pagi/ Tengah Hari/ Petang Cikgu".
- Ketika guru memasuki kelas, bersedialah mata dan telinga kita untuk mendengar apa yang ingin guru sampaikan.
- Setiap yang guru sedang mengajar , dengarlah dengan penuh sabar dan minat . Sekiranya tidak berminat , jangan mengganggu orang lain yang sedang belajar.
- Duduklah dengan sopan dan tenang ketika guru mengajar. Sekiranya mengantuk minta izin dari guru untuk ke tandas mencuci muka. Jangan tunjukkan muka bosan ketika guru mengajar.
- Sekiranya ingin bertanya soalan, angkatlah tangan atau tunggu sehingga guru memberi peluang untuk murid-murid bertanya.
- Gunakan bahasa yang baik dan lembut ketika bercakap dengan guru. Guru sentiasa bersedia membantu menyelesaikan sesuatu masalah murid.
- Sekiranya guru memberikan teguran, terimalah dengan hati yang tenang. Malah ucapkan terima kasih atas sikap prihatin mereka itu.
- Sekiranya berhadapan dengan guru yang bersikap kasar dan keras, hendaklah kamu sabar. Jangan dendam atau marah terhadap cikgu, kerana membenci guru akan menyebabkan kita susah mendapat ilmu dari mereka.
- Carilah kesempatan untuk berbuat baik kepada guru. Misalnya menyusun buku untuk guru, menolong membawa begnya dan sebagainya.
- Hargailah jasa guru setiap masa, meskipun mereka sudah tidak mengajar kita lagi, apabila terjumpa tetap panggil dengan panggilan "Cikgu".
- Berilah hadiah kepada guru pada masa yang sesuai, misalnya pada hari jadinya, pada majlis perkahwinannya, pada masa dia bersalin , Hari Guru dan sebagainya.
- Doakan guru semoga Allah SWT, memanjangkan dan memberkati umur guru supaya mereka dapat terus menyumbang bakti.
NOTA: Paling utama, merendah dirilah terhadap guru. Kita perlu merasakan sentiasa memerlukan guru untuk memberikan tunjuk ajar kepada kita. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan murid lain terganggu ketika guru sedang mengajar (contoh: membuat bising). Contohilah akhlak Imam Syafie ketika belajar di hadapan Imam Malik, ada ketikanya sewaktu beliau membuka halaman bukunya, beliau membukanya dengan perlahan-lahan ketika takut mengganggu gurunya.
Menghormati guru untuk mendapat keberkatan. :-)
BalasPadamjasa guru akan ku kenang sampai bebila...
BalasPadamsesuai untuk diberi kpd anakanda2 saya yg sedang belajar...Thanks info menarik ini!
BalasPadamrindu la cikgu kat sekolah dulu :)
BalasPadamKenangi jasa guru2 kita dan sedekah alfatihah pada yang sudah tiada amin.
BalasPadambagus panduan spt ini
BalasPadamSalam,
BalasPadamsaya nak print dan tampal dalam kelas..
:D
tapi ramai murid x hormat guru dah
BalasPadamramai yg bersikap kurang ajar
moga panduan ini menjadi ikutan semua
thanks for the panduan ni bro. :)
BalasPadamsalam
BalasPadamnasihat terbaik untuk seorang anak
tahniah dan terima kasih, bro
hakim rashid:saya bangga ade guru mcm cg herdawati
PadamBanyak sudah kes yang saya jumpa murid / ibu bapa yang tak menghormati guru mendapat balasan dalam berbagai-bagai bentuk - cash lagi!
BalasPadamsemoga berkat ilmu yg di ajar..
BalasPadamjadi, hormatilah guru-guru disekolah. :)
BalasPadamJangan nakal-nakal ye..
Assalamualaikum..
BalasPadamMoga saudara sihat hendaknya dengan izin~Nya..
Bersedialah untuk diasuh oleh guru dan sebarang tegurannya jangan sampai bawa ibubapa bergaduh dengan guru..
jadi, hormatilah kami semua ye. Hehe..
BalasPadamوعليكم السلام ورحة الله
BalasPadamTerima kasih semua kerana
sudi singgah,dan mencoretkan
komen anda di sini..amat saya
hargai..jazakumullah khair..
guru: terimaa kasihku ku ucapkan, pada guruku yang luhur.
BalasPadam