Melegakan penduduk kampung, bukan hanya orang minyak yang masuk perangkap, gangguan sampingan oleh jin-jin lain turut tumpas. Kesudahan misi, 25 botol digunakan untuk memerangkap jin-jin terbabit, termasuklah jelmaan jin orang minyak yang menjadi ibu gangguan misteri di kampung tersebut.
Pengamal Perubatan Darul Muhsinin, Ustaz Othman Mohd Salleh ketika ditemuramah wartawan berkata, dia yakin makhluk dikaitkan dengan kehadiran orang minyak di kampung itu dapat diperangkap. Menurutnya, lima jin utama yang berada sekitar kawasan kampung itu telah diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.
“Orang minyak itu adalah jelmaan jin, jika pengamalnya menggunakan minyak maka jin atau khadamnya akan muncul dalam bentuk itu dan dengan kuasa ALLAH, saya yakin salah satu daripadanya jelmaaan makhluk yang dikatakan orang minyak itu dapat diperangkap ,” katanya.
Upacara pembersihan dengan doa dan ayat suci al-Quran dilakukan jam 11.30 malam semalam, di sebuah rumah dibantu seorang wanita yang menjadi pengantara. Program bermula dengan soal jawab dilakukan Ustaz Othman melalui jin yang memasuki tubuh wanita sebelum satu persatu jin diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.
Perjalanan upacara terganggu seketika selepas jin-jin yang hadir terlalu banyak di dalam rumah itu menyebabkan dua lagi ustaz daripada Perubatan Syifa’ Al-Ikhlas dipanggil. Kehadiran dua ustaz nyata membantu, apabila satu persatu jin yang dikatakan mula memenuhi segenap pelosok rumah berkenaan berjaya diperangkap.
Berkat dari kesabaran dan pengabungan tiga pakar ilmu Islam beserta pengalaman serta ilmu mereka yang digunakan sepenuhnya. Biarpun terpaksa berhempas pulas lebih dua jam, tepat jam 1.45 pagi upacara tersebut selesai dan terdapat 25 jin berjaya diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.(Sinar Harian)
Perjalanan upacara terganggu seketika selepas jin-jin yang hadir terlalu banyak di dalam rumah itu menyebabkan dua lagi ustaz daripada Perubatan Syifa’ Al-Ikhlas dipanggil. Kehadiran dua ustaz nyata membantu, apabila satu persatu jin yang dikatakan mula memenuhi segenap pelosok rumah berkenaan berjaya diperangkap.
Berkat dari kesabaran dan pengabungan tiga pakar ilmu Islam beserta pengalaman serta ilmu mereka yang digunakan sepenuhnya. Biarpun terpaksa berhempas pulas lebih dua jam, tepat jam 1.45 pagi upacara tersebut selesai dan terdapat 25 jin berjaya diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.(Sinar Harian)
NOTA : Misteri di sebalik gangguan "Orang Minyak Gombak" ini akhirnya terjawab dengan penangkapannya secara batin. Saya percaya ilmu jahat sebegini tidak pernah habis dan akan ada kisah "Orang Minyak" lain pula di tempat yang lain, dengan kisah yang lain pula.
teringat kisah org minyak kat kome, kg ulu cheka dulu
BalasPadamkena tangkap oleh pawang nong ketika itu.
setiap yg jahat pasti akan binasa :)
Assalammualaikum
BalasPadamDalam zaman moden sekarang, memang tidak boleh dinafikan pengamal ilmu-ilmu hitam tetap ada. Bahkan semakin banyak yang mendapatkan khidmat sebegini terutamanya yang melibatkan perniagaan. Semoga kita dijauhkan dari terkena perkara-perkara sihir.
Selamat hari Isnin yang baik : )
Ada lagi pengamal ilmu-ilmu macam ni ye. Mereka ni sebenarnya kurang percaya kepada Takdir Allah. Tu yang bela jin. Sindrom takut dah melanda mereka. Takut dengan masa depannya.
BalasPadamBolehlah penduduk kampung boleh menarik nafas lega.
BalasPadamAlhamdulillah .. dapat tangkap juga akhirnya =)
BalasPadamwww.anastasyea.com
jelmaan jin? oooo...
BalasPadamsemoga kita sentiasa dilindungiNya.
kdg2 jin ni belaan turun temurun.. memang menakutkan..
BalasPadamkakyong dulu bertahun tak balik ke kg mak, sbb di kg tu ramai atok kawan2 yg 'membela'.. tiap kali balik sana, mesti lah 'benda' tu mengikut kami..
Alhamdulillah, skrg ni dah tak dengar sgt pasal ni..
Assalam...
BalasPadamMasa sekolah rendah dulu, pernah tengok dari jauh bomoh buang dan bawa botol (jin la kot)tu nak tanam tepi laut tengah2 malam...
Orang tua2 dulu tak bagi ke tepi laut sorang2...takut.
Tapi sekarang ni, jumpa laut mesti nak mandi..
salam
BalasPadamharap2 la mereka dapat hidup dengan aman lepas ni
nak tanya sikit....pada zaman Nabi S.A.W. ...tak pernah dengar citer jin kena tangkap dan disumbat dalam botol...betul ke ni...
BalasPadamKalau di ikut rasa hati, saya memang kurang percaya perkara sebegini..tapi terus terang saya katakan saya kurang arif untuk menjawab pertanyaan anda..alangkah baik sekiranya ada yang lebih arif menjawabnya?
Padam