Orang Korea Pun Risau Dengan Nasib Tulisan Jawi Di Malaysia



Pensyarah Korea Bimbang Tulisan Jawi Semakin Dilupakan
Sumber: BERNAMA
Prof Dr Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, Korea, mula mengkaji tulisan jawi sejak tahun 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia yang perlu di pelihara. Menurutnya, tulisan jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.
"Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?" kata Dr Kyoung Seok yang fasih berbahasa Melayu.
Walaupun berbangsa Korea, pakar tulisan jawi ini melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia. Beliau yang juga pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, menegaskan, media perlu memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi digunakan secara lebih meluas.
Dr Kyoung Seok berharap akhbar yang masih menggunakan tulisan jawi seperti Utusan Melayu Mingguan diberi nafas baru untuk menarik minat rakyat di negara ini membacanya. Selain itu, pihak yang terlibat seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan utama dalam menterjemahkan lebih banyak buku ke tulisan jawi.

NOTA: Ermm..itu kerisauan yang dilahirkan oleh seorang pensyarah berbangsa Korea, bukan orang Melayu Malaysia. Tulisan jawi sememangnya satu keperluan kepada kita orang islam untuk mempelajarinya dan tahu menulis dengan tulisan jawi. Ini kerana dengan pandai menulis dan membaca tulisan jawi, memudahkan kita membaca Al Quran. Saya pasti ada ramai di antara kita yang mungkin terlupa akan tulisan jawi ini. Apa komen anda di sana pembaca sekalian?


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Januari 30, 2012

17 Komen:

  1. terasa la pulak malu bila orang lain yang risaukan tulisan jawi...kita sendiri xde sape nak mempedulikannya ya dak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gitulah gayanya..
      malu pun apa yang boleh kita buat..buat diam je lah..harapan
      pihak yang berkuasa dan layak, melakukan sesuatu demi masa depan
      tulisan jawi nih..

      Padam
  2. Sallam En. Zul,

    Saya masih boleh membaca tulisan jawi
    tapi tidak berapa lancar. Anak2 alhamdulillah,
    tak adalah yang buta huruf jawi langsung,
    tapi bimbang dan kesal juga, di kelas agama, kelas KAFA
    pun khabarnya masa untuk tulisan jawi dan pelajaran
    agama dah dikurangkan, itu arahan kementerian,
    nampak gayanya makin ketinggalanlah anak2 kita
    dalam tulisan jawi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam LL
      pihak berwajib dan yang mempunyai
      kuasa dalam hal ini perlu mengambil
      perhatian dan tindakan bermula dari
      sekarang.

      Padam
  3. Alhamdulillah..masih belajar bahasa Arab hingga kini jadi tak ada masalah utk baca dan tulis tulisan jawi..

    kesedaran diri sendiri haruslah ada dalam setiap diri individu..utk ibu bapa galakkan lah anak2 belajar bahasa arab sekaligus memahirkan jawi.. jgn asyik duk ajar anak bahasa inggeris je..global lah katakan sedangkan bahasa Arab tu lebih aula kita pelajarinya ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..
      suka saya mendengarnya...
      boleh lah mengajar anak-anak anda
      membaca dan menulis jawi sekali
      bahasa Arab ye Adilah :)

      Padam
  4. malu weh orang luar yg sayangkan jawi
    inilah madah yg kome ajar kat pelajar tahun 1 hingga 5
    mudah-mudahan ia xkan hilang akan kekal ke generasi seterusnya

    مرابن تافي برانفورماسي
    درفد انق اولو جكا

    BalasPadam
  5. Sib baik kecik2 dl ayah tekankan bahasa jawi, smpi skang ni leh baca.. InsyaAllah menulis juga... :)

    BalasPadam
  6. Elok2 ande surat kabo jawi habih di berhentikan penerbitannye.Dah ke gone.

    BalasPadam
  7. suruh kerajaan buat jawi sebagai satu subjek wajib di sekolah rendah dan menengah.

    BalasPadam
  8. Teringat semasa kecil jiran saya akan membeli surat khabar Utusan Zaman.

    BalasPadam
  9. terkedu pulak bila orang luar yg risaukan. setakat ni alhamdulillah, anak2 pun boleh baca dengan baik.

    BalasPadam
  10. saya setuju jawi perlu dikekalkan

    BalasPadam
  11. salam
    aku sekadar boleh membacanya saja
    nak menulis memang sangat sukar

    BalasPadam
  12. jgn stakat media jer berusaha publish entri dlm tulisan jawi..kita smua ni yg org awam pun kene slalu praktis tulis tulisan jawi ni sama mcm kita tulis tulisan rumi..biar sampai sebati dlm darah daging..ustaz saya kata dulu, tulisan jawi ni spirit kpd al-quran...

    BalasPadam
  13. dulu orang tua aku tulis nota beli barang barang runcit di kedai dalam tulisan jawi

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama25 Julai, 2012

    Bukan salah siapa. Macamna nak mahir baca jawi kalau hanya buku ugama saja yang ditulis dalam jawi. Nasib baik masih ada sisipan Utusan Melaysia tiap2 Isnin dalam Jawi.

    Kalau nak tulisan jawi berkembang pengunaan nya perlu di perluaskan.

    zuljb

    BalasPadam