Lisa Surihani Ratu Facebook Dan Twitter Artis Di Malaysia




Pelakon Lisa Surihani masih lagi kekal mendahului senarai artis Malaysia yang mempunyai jumlah pengikut yang paling ramai di laman sosial Facebook iaitu sebanyak 1,902,487. Graduan Undang-Undang dari Aberystwyth University di Wales, United Kingdom ini boleh dikira sebagai salah seorang pelakon wanita tempatan yang paling popular sejak memulakan kariernya pada tahun 2007.

Menurut Lisa Surihani, dia bersyukur kerana mempunyai pengikut yang ramai dan sebagai tanda penghargaan, dia akan berinteraksi dan berkongsi perkembangannya sekerap yang mungkin untuk peminat. Lazimnya, laman Facebook adalah medium untuk saya berkongsi perkembangan kerjaya manakala Twitter pula lebih bersifat peribadi untuk berkongsi pandangan dan kehidupan.

Manakala pelakon Scha Al-Yahya yang menduduki tangga kedua iaitu sebanyak 1,339,837 pengikut sekaligus membuktikan keutuhan Lisa sebagai antara bintang muda yang paling popular. Selain Lisa dan Scha, pelakon Awal Ashaari menduduki di tangga ketiga dengan jumlah pengikut sebanyak 979,678 diikuti pula dengan Shaheizy Sam (932,412), Diana Danielle (862,557), Farid Kamil (658,595) dan Datuk Siti Nurhaliza (440,504).

Sementara itu, Lisa juga adalah artis yang menjadi selebriti paling ramai pengikut menerusi laman Twitter miliknya dengan jumlah sebanyak 507,813 diikuti dengan Scha (273,916), Awal (243,501), Sam (347,501), Siti (286,150) Diana (121,103) dan Farid Kamil (48,636). Lisa akan mengakhiri zaman bujangnya dengan Yusry KRU pada Februari depan berkata,  
"Saya pun tidak sangka akan diikuti dengan jumlah peminat seramai itu. Apa pun, saya bersyukur kerana ramai yang ingin mengikuti perkembangan kerjaya saya".

Sumber : mStar



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Januari 31, 2012

6 Komen:

  1. rasanya sy tk folo Lisa sebab dah ramai sgt...
    cantiknya lisa bertudung gitu....mudah2an lepas nikah dgn yusry dia tampil dgn imej bertudung pulak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju, manis sungguh gambar lisa yang ini :)

      Padam
  2. dah namapun artis..cantik plak tu. siapalah tak suka..

    BalasPadam
  3. kalau kekal gitu kan comai

    BalasPadam
  4. Bila sudah menjadi isteri orang nanti perlulah kurangkan aktiviti laman sosial. Kesian kepada cik abang nanti. :-)

    BalasPadam