Salam semua, hari yang sibuk 2-3 hari ini. Dipenuhi dengan pelbagai urusan dan aktiviti menjadikan blog terasa terbiar biarpun hanya sehari tidak berupdate. Nak singgah ke blog rakan pun saya tak sempat. Jadi rasa bersalah pula bila buka blog list saya lihat rakan-rakan blogger yang tak putus-putus updated blog dengan pelbagai isu baru.
Jumaat lepas, seharian di Toyota Servis, mengelenggarakan serba sedikit apa yang patut kereta Mrs saya. Memandangkan kereta beliau akan digunakan sebagai kenderaan rasmi sempena cuti Tahun Baru Cina nanti. Belum bercadang travel ke mana-mana, berkemungkinan pulang ke utara tanahair di kampung halaman Mrs saya.
Sempat juga mengintai MPV pilihan ramai Toyota Avanza baru yang terletak di showroom bersebelahan. Kelihatan menarik dari segi rupabentuk hadapannya yang baru. Tapi saya tak berapa berkenan dengan pandangan dari belakang yang agak bersegi. Yang lainnya memang kelihatan menarik dan ada penambahbaikan.
Saya diberitahu oleh promoter di pusat jualan Toyota tersebut, bahawa masalah yang sering diutarakan pengguna Toyota Avanza sebelum ini telah di atasi Toyota. Masalah penumpang belakang yang agak melambung bila terlanggar bonggol jalan, khabarnya masalah ini telah di atasi dengan penambahbaikan sistem suspensinya.
Semalam, satu pengalaman yang paling saya takuti bila blog bermasalah, menjadikan otak saya buntu seketika. Sejak Blogger menyediakan komen threadednya tersendiri, blog saya antara yang mendapat masalah. Jika anda pengguna Internet Exprorer (IE), blog saya tidak akan kelihatan di browser anda, sesuatu yang menyedihkan saya.
Saya terpaksa merombak semua yang telah saya edit sebelum ini, memang banyak sekali kerjanya. Antara perkara yang paling saya takuti sekali dalam berblogging ini..he he. Tapi, masih tidak dapat menyelesaikan masalah yang melanda, saya terpaksa menggunakan komen pop up sahaja jalan penyelesaian sementara.
Kalau mengikut statistik kemasukan trafik di blog ini, 14% datangnya dari pengguna Internet Explorer. Bagaimanalah agaknya yang telah datang melalui carian enjin, tetapi tidak dapat masuk ke blog saya? Menjadi pengalaman tidak baik untuk mereka, dan mimpi ngeri buat saya.
Harapan saya ini adalah masalah sementara yang berpunca dari penambahbaikan Blogger kepada pengguna Blogspot. Saya pasti, tidak mungkin ianya berpunca dari blog saya lagi, setelah semua script css yang mungkin bermasalah telah saya buang. Jadi mood berblogging masih turun di tahap terbawah sekarang ini.
Sabarlah..
BalasPadamMungkin blog ini dan penulisnya perlukan rehat secukupnya sebelum boleh melantun semula :D
alhamdulillah blog saya masih ok tk bermasalah bila blogspot upgradekan ruang komen...dan sy pun boleh masuk blog en zul..agaknya sebab saya guna google chrome
BalasPadam@ Encik Anif
BalasPadamBegitulah hendaknya..sabar je lah..
memang nak kena berehat juga nih..he he..terima kasih Bro :)
Mungkin saya tidak perasan masalah mengunakan IE kerana biasnya saya mengunakan Firefox dan Chrome sahaja.
BalasPadamSaya guna google chrome ok jer bro..
BalasPadamSalam Zul, sebenarnya blog saya juga menghadapi masalah yang sama tak tau dimana silap dan kekuranganya disana sini... mungkin ada yang tak perasaan saya pun dah tukar templet baru tapi ttp menngunakan ciri2 sblmnya.. gara2 satu dua masalah yg tidak terduga mmg tension:(
BalasPadamtak perasan pulak ada masalah..
BalasPadamkakyong guna chrome jaer.., kdg2 guna mozilaa. tp internet explorer memang x guna..
@akubiomed@Azman
BalasPadamBrowser lain semua okey..cuma Internet Explorer sahaja..Saya selalu semak paparan blog saya di setiap browser yang ada..SEO juga nih bro..he he
Salam,
BalasPadamSimpati. Harap2 tak berlaku ke atas blog LF
Tarik nafas.....
BalasPadammoga dipermudahkan Allah urusan Zulkbo dalam blog ini. memang haru juga kalau blog bermasalah ...
BalasPadampatutlah 2 3 tak de ;)
BalasPadamselamat kembali ke dunia maya
Faham..
BalasPadamsy dulu masalah domain,
memang sesah hati,hilang mood ;(
Assalam...
BalasPadamSaya pernah cuba masuk guna IE kat blog saya, semuanya jadi kalau bilau, pening nengoknya, mozilla pula bermasalah...hanya Chrome yang tinggal...tak dapat nak check SEO Doktor.
ahah aku ada jugak terbaca mengenai hal blogger dah update sistem threaded komen.. tp aku masih selesa guna Disqus.:D
BalasPadam14% kira tinggi jugak tu.. takpe, bro selesaikan elok2, cari mood dulu nanti lagi kacau bilau plak..
Sambil berblog sempat lagi angkat skrap..meskipun hari hujan tadi..
BalasPadamsalam
BalasPadambiasa dengan chrome je, bro
ie memang sangat jarang guna
Salam,
BalasPadambaru je pergi berjuang seketika.. dah macam2 cerita pasal bblog yang saya baca..
takpalah.. kalau takda cabaran takda pula kenikmatan berblog tu nanti..
:)
sallam En Zul,
BalasPadamBlog saya pun bermasaalah, buka sekali macam ni, buka dua kali macam tu plak, buka tiga kali jadi lain plak. Peningg...
harap dapat selesaikan nya.. pening dibuatnya tuh.. mungkin blogger.com tengah solve kan tuh..
BalasPadamsalam en.zul..semoga sihat2 selalu...
BalasPadamhurm...harap2 en.zul jgn lemah semangat nak berblog ye...hehehhe moga2 cepat dapat selesaikan mslah blog ni...
salam en.zul..
BalasPadamsabarr na jangan tension2..mungkin belog en.zul merajuk dan minta di rehatkan sebentar kot hehe...
biasalah tu. bawa bersabar banyak-banyak.
BalasPadamsekali sekala kena ambil tahu juga hal teknikal. macam kereta. selagi tak rosak selagi itulah kita tak tahu.
BalasPadaminilah asam garam berblogging..
BalasPadamkalau down.. sedialah