Lelaki Bogel Culik Kanak-Kanak 10 Tahun Kampung Baru Ditembak Polis ?



Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Kampung Baru di sini, yang di culik dan dijadikan tebusan oleh lelaki bogel lebih lima jam dengan memasuki rumahnya, berjaya diselamatkan polis. Mangsa diselamatkan kira-kira jam 4.05 petang tadi.

Terdahulu, bapa mangsa dengan bantuan pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) memujuk lelaki berkenaan agar membebaskan anak perempuannya yang dijadikan tebusan sejak jam 10.30 pagi tadi.

Menurut Wartawan Sinar Harian yang berada di lokasi kejadian, kanak-kanak perempuan itu dijadikan tebusan oleh lelaki berkenaan yang menyerbu masuk ke rumahnya ketika dia bersama sekeluarganya sedang menonton televisyen.

Pasukan keselamatan mendapatkan bantuan beberapa pakar dari HKL untuk memujuk lelaki berkenaan. Malah, pemerhatian mendapati pasukan keselamatan turut membawa teman wanita lelaki berkenaan ke lokasi kejadian untuk memujuk dan membebaskan mangsa.

Terkini, menurut Berita TV3 lelaki berkenaan telah ditembak pihak polis di rusuknya, setelah segala usaha menemui jalan buntu. Tidak di nyatakan status lelaki tersebut setakat ini. Kanak-kanak perempuan tersebut bagaimana terselamat dan di bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.


FOTO: Berita Harian



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Januari 23, 2012

26 Komen:

  1. Nape tembak rusuk? temabak ajelah kaki yak... mungkin kita tidak mengetahui situasi sebenar gamoknya :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gitulah gayanya..kita pun tak tahu
      kisah selanjutnya..kita tunggu berita
      penuh keluar nanti lah...

      Padam
    2. mungkin susah nak tembak kaki tu..kang kena orang lain lagi niaya.

      Padam
    3. mungkin susah nak tembak kaki tu..kang kena orang lain lagi niaya.

      Padam
    4. dalam peruntukan undang2 boleh di tembak mati so polis wat laa kje dia....kalau kamu masuk kedai makan...takan kamu ingin makan pinggan?...mesti makan nasikan?..mcm tu laa umpanya..so kalau u tak faham juga maknanya singkat betul fikiran kamu tu huhuhu..senang cerita bodoh laa

      Padam
  2. main tembak je yek
    kita apa perkembangan lepas nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Koi cuba bayangkan kekalutan
      yang berlaku dalam situasi
      itu..agaknya polis lebih faham
      apa yang perlu mereka lakukan

      Padam
  3. makin teruk plak orang malaysia ni ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah mental juga salah
      satu puncanya nih..kalau orang
      normal dia tak berbogel di
      khalayak ramai kan..?

      Padam
  4. dgr berita tadi pun tak jelas. Mcam tergantung je berita kat tv!

    Apsal plak tetiba lelaki tu masuk umah mangsa. Pesal la lelaki tu buat camtu. Gila ke hape. Apapun, alhamdulillah sbb budak tu selamat

    BalasPadam
  5. salam, aku ade kt tmpt kejadian semase g melawat sedare kt kg baru pg td, citenyer lelaki tu berbogel kt pasar pg di kg baru..org2 kt kg baru suruh dia pakai seluar semula tp dia enggan pastu budak2 kt kg baru belasah dan mengejar si mamat tu lalu sampai kt rumah si mangsa si mamat tu terus mengambil pisau dan bawa mangsa masuk ke bilik dan mengunci dr dlm, katanya si mamat tu penagih ais

    BalasPadam
  6. ok la tuh klu polis tembak kat rusuk ker. klu tembak terus kasi mati pun apa salahnya klu dah sampai tahap membahayakan org lain. jgn la dlm hati asyik berprasangka polis ni main tembak suka ati jer. aku bukan la polis tp kekadang kesian tgk ramai yg jadi anti polis sbb politik.

    BalasPadam
  7. Elok la mati!!!.... Nasib baik dak kecik tu xde apa2... Semua dadah yer pasal!!!!

    BalasPadam
  8. elokla kena tembak,,setimpal dengan perbuatannya,,,

    BalasPadam
  9. Tembak jer kalau membahayakan nyawa orang.

    BalasPadam
  10. kalau dah bahaya.. terpaksa buat keputusan yang cepat.. dan selamat..

    BalasPadam
  11. salam
    ada juga dengar berita tadi
    apa juga masalah dia ni sampaikan telanjang je kat tempat awam

    BalasPadam
  12. jgn ada yang kaitkan jadi isue politik udah le

    BalasPadam
  13. Salam sejahtera,

    Kesian budak perempuan tu, trauma agaknya dia.

    Selamat istirehat sahabat & keluarga. Terima kasih sudi lawat blog umi ya.

    Jazak Allah Khairan
    Umi

    BalasPadam
  14. Owh.... Ini rupanya cerita semalam tapi tak diberitahu lelaki tu mati ke tidak kan?

    BalasPadam
  15. banyaknya orang yang "menyakitkan jiwa" dengan dadah

    BalasPadam
  16. adaceritanya24 Januari, 2012

    kes ini sama seperti yang berlaku di Lahad Datu Sabah 7 tahun yang lepas. bezanya polis Lahad Datu tidak cekap menyebabkan kanak-kanak maut bukan dibunuh oleh penculik tetapi terkena tembakan polis ketika polis menembak penculik.

    BalasPadam
  17. Kesiannya kanak2 tu jadi mangsa tebusan.

    BalasPadam
  18. Salam saudara zulkbo,

    Teruklah kalau dalam rumah sendiri pun dah tak selamat lagi. syukur budak perempuan tu selamat.

    BalasPadam
  19. kalau dah kena dadah ni, mcm2 perkara pelik2 boleh jadi.

    BalasPadam
  20. Tentu peristiwa hitam ini akan meninggalkan trauma kepada mangsa.

    BalasPadam