Kena Denda Di Sekolah : Pengalaman Memujuk Cikgu



PENGALAMAN kena denda di sekolah, kalau nak pujuk cikgu yang telah mendenda kita adalah dengan berkelakuan baik. Berjanji dengan guru yang telah mendenda anda, tidak mahu melakukan kesalahan yang sama lagi. Berusaha mengubah tingkah laku anda ke arah yang lebih baik. Jika bermasalah lagi, silalah jumpa guru tersebut atau guru yang anda percayai, dan mintalah nasihat berguna dari mereka.

Satu lagi, bila tibanya sambutan Hari Guru cubalah pakat ramai-ramai dengan rakan sekelas anda menambat semula hati para guru anda. Ciptalah satu lagu yang pasti akan dikenang oleh para guru sekolah anda sampai bila-bila. Walau di mana pun mereka mengajar selepas itu, kenangan manis lagu nyanyian anda akan di simpan di sanubari mereka hingga akhir hayat.



NOTA: Seingat saya dulu, ada juga cipta lagu untuk memujuk semula hati guru yang telah mendenda saya. Tapi, tak berani pula nak nyanyikan di depan beliau, takut kena tambah pula dendanya nanti..he he.(Cikgu Ipun Shamsudin-di manakah anda kini?)

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Contengconteng.com, LelakiAcai.com, Ohbuku, Abrablog.com dan PanduanTNX.com


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Januari 29, 2012

23 Komen:

  1. sy selalu ingat cikgu2 yg denda sy..haha so sweetsss. .sy sayang beliau!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah tu..
      sayangi guru anda
      sebagaimana anda
      menyayangi ibu bapa

      Padam
  2. Salam,
    Teringin juga nak tahu ... Z dulu kena denda atas kesalahan apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      kesalahan nakal seorang
      kanak-kanak..kalau jumpa
      sekarang entah ingat ke lagi
      cikgu dengan kesalahan saya..
      saya pasti mereka semua telah
      memaafkan kesalahan kami :)

      Padam
  3. Sungguh buat lagu untuk memujuk guru. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha..mesti di ingati
      lagu itu oleh siguru
      selama-lamanya kan..?

      Padam
  4. Hehehe...tang buat lagu special tu yg tambah saya rasa nk tergelak...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Layan lagu di atas Bro
      kalau tak gelak pun mesti
      senyum sikit..he he

      Padam
  5. Pandai ambik hati Cikgu, Cikgu sayang nanti...

    Kekekke kelakor tengok youtube tu...

    Jom join Giveaway Sulung Miecyber's Blog

    http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah..
      di sayangi cikgu...
      berkat dapat ilmu :)

      Padam
  6. Saudara Zulkbo.. t.kasih utk entry ni, teringat saya dulu masa di SMKM, KRK 1989, separuh kelas kami diketuai oleh saya dan Norsyam pergi memujuk Guru Kelas, arwah Pn Siti Esah yg merajuk tidak mahu mengajar n ingin melepas title guru kelas krn kenakalan kami. Tebalkan muka di dlm bilik guru berjanji utk tidak mengulangi lagi. Kenangan terindah kami, dipuji oleh guru2 lain. Hope, bro Azman Ismail @ azmanisma.com tidak lupa pd kenangan ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm..mesti kenangan lama
      mengusik jiwa nih..kesian
      sampai merajuk guru kelas..
      apa pun pasti menjadi kenangan
      yang terindah untuk di kongsi
      satu hari nanti :)

      Padam
  7. Betul tu....
    Dulu bila masa berjumpa dengan bekas guru saya, kenakalan kita itu yang menjadi bahan cerita dengan mereka. Mereka tahu kita masih budak, tak boleh berfikir lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa mengubah segalanya..
      bila dah besar pasti merindui
      saat bersama guru dahulu kan..?

      Padam
  8. hmmm betul tu guru sebenarnya terasa setiap kesalahan yg kita lakukan,
    merajuk tanda protes jg terhadap kita.

    pelajar jg kena bijak utk memujuk guru ni, kalau tak, tak berkat ilmu yg kita belajar weh

    BalasPadam
  9. Hehehe, tang buat lagu tu sweet nye... Kalau nyanyi, mesti cikgu tu Akan ingat smpi bila2... :)

    BalasPadam
  10. Rasanya, setiap tahun mesti ada sekurang-kurangnya seorang guru yang menangis dalam kelas saya. Sekarang baru faham apa yang dia rasa

    BalasPadam
  11. Sallam En Zul,

    Masa sekolah rendah,
    kalau nak pujuk cikgu,
    kami selalu datang dekat cikgu,
    pas tu buat2 tanya tentang pelajaran,
    pas tu cikgu terus suka,
    siap ajak borak lagi.

    Masa sekolah menengah pernah jumpa cikgu
    yang denda saya, terus terang dia kata,
    saya bukan nak sangat rotan awak semua,
    tapi peraturan sekolah macam tu,
    saya kena buat, kalau tak budak2 naik tocang.
    hehe.

    BalasPadam
  12. haha..cikgu aku semua ganas-ganas. takde masa nak kena pujuk diorang. haha..

    BalasPadam
  13. Teringat pelajor junior sekoloh koi buat lagu mujuk cikgu pade hari guru.Ngekek cikgu gelok.

    BalasPadam
  14. salam
    pelajar sentiasa ingat denda dari cikgu
    cikgu pula selalunya lupa akan denda yang telah diberi
    begitulah selalunya

    BalasPadam
  15. yup . . sy dulu pun ad wat lgu jgak utk ckgu lpas kna denda . niat nk pujuk . . last2 kna pekena ngn cgu tu nyanyi ats pntas , hehe . .

    BalasPadam
  16. hehe..comellah budak-budak tu..

    BalasPadam