Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga : Kasihnya Anak?




Salam semua, terbaca keratan akhbar semalam berkenaan seorang ibu yang keluar mencari 2 orang anaknya yang sibuk bermain futsal sehingga tengah malam. Betapa kasih dan sayangnya seorang ibu itu, yang pasti keluh resah apabila berada di situasi sedemikian.

Saya cuba membayangkan bagaimana si ibu yang dalam keadaan yang kelam kabut, dan berserabut akal fikirannya,  tanpa berhati-hati kerana nak cepat, kemungkinan telah dilanggar kenderaan sehingga tercampak ke dalam longkang. Aduhh..sedih saya membacanya.

Tidak dinyatakan pula dilanggar  dengan apa, tetapi sikap pemandu yang melanggar si ibu tersebut, terus melarikan diri adalah sikap manusia yang tidak mempunyai perasaan. Boleh dikira sebagai kes langgar lari, jika di tangkap pasti hukuman berat menanti pesalah tersebut.

Di sini kita lihat, betapa kasihnya ibu membawa ke syurga. Berusaha mendidik anak-anak menjadi manusia berguna, walau anak-anak selalu tidak tahu akan perasan  ibu bapa mereka. Tiada ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka menjadi jahat, sampai tengah malam pun belum mahu balik rumah.

Persoalan saya, kasihnya anak? Sampai ke mana? Terfikirkah kita, Ibu bapa yang membesarkan kita dari sebesar 2 tapak tangan  dengan kasih sayang? Apa dalam fikiran anda bila jam sudah tengah malam dan anda masih berseronok dengan kawan-kawan, pernahkah kita terfikir akan kerisauan ibu  bapa kita?

Nasihat saya buat remaja yang sedang membesar sekarang, walau apa yang anda lakukan, restu ibu dan ayah amat perlu. Setiap perbuatan yang baik mendapat restu ibu dan ayah, pasti diberkati Allah hidup anda dunia dan akhirat (nasihat untuk diri saya sendiri). Wassalam.





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Januari 29, 2012

10 Komen:

  1. Assalm, kasih sayang ibu mmg tiada tandingannya maka benarlah kaih ibu sampai ke syurga.

    BalasPadam
  2. Sedih cara pengakhiran sibu yang sepatutnya gembira mendapat anak tetapi berakhir didalam longkang.

    BalasPadam
  3. tu lah sekarang kasih anak kini semakin luput

    elok benar utk peringatan diri kita ini jgn lupa segala jasa ibubapa kita

    BalasPadam
  4. Sayunya baca berita begitu...

    BalasPadam
  5. Sedih plak baca berita ni. Nak telefon emak ler sekeja lagi....

    BalasPadam
  6. takziah kepada keluarga tersebut. kita doakan agar arwah ditempatan dalan golongan orang yang soleh dan moga keluarga yang ditinggalkan dirahmati Allah sentiasa

    BalasPadam
  7. Assalam...
    Hati ibu mana yang tak risau kalau anak tak balik2 rumah.
    Dah la susah, sakit masa melahirkan, tak kan nak biar anak jadi tak tentu hala..
    Kesian ibu tu..

    BalasPadam
  8. salam
    untuk anak2 remaja yang selalu leka
    hidup akan bahagia kalau dapat buat hati ibu bapa gembira
    mudah je

    BalasPadam
  9. jasa ibu tak ternilai besarnya, kebakan apapun yang dilakukan tidak akan mengimbangi budi baiknya

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama08 Mac, 2013

    memang sngt berharga ksh syg sowg ibu kpda ank nya.. klo cpew xtau nk jga mak dy......... g maty la cpat..

    BalasPadam