Salam pembaca semua, terjumpa gambar kad jemputan majlis kahwin Lisa Surihani dan Yusry KRU dalam blog beautifulnara.com, yang kelihatan agak simple sahaja untuk majlis perkahwinan 2 selebriti terkenal negara. Majlis perkahwinan yang bakal diadakan pada hari Ahad, 26 Februari 2012 nanti, saya pasti akan mendapat jolokan "Wedding Of The Year 2012".
Tapi berdasarkan pengalaman saya, pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU pasti ada membuat pelbagai versi kad jemputan majlis kahwin mereka. Jenis kad yang diberikan kepada tetamu juga sudah tentu mengikut kategori yang mereka berdua tafsir sendiri, memandangkan harga kad jemputan kahwin pun bukan murah sekarang ini.
Selalunya tetamu yang bertaraf VVIP pasti akan mendapat kad jemputan yang pasti lebih menarik dan cantik berbanding kad yang diberi kepada tetamu bukan kenamaan yang lainnya kan? Saya sendiri pun, buat majlis kahwin saudara mara dahulu membuat cara sebegitu, jadi inilah telahan saya tentang gambar kad di atas.
Tapi hari ini jangan terkejut, besok saya mendapat satu jemputan ke majlis kahwin anak perempuan rakan saya, yang bakal diadakan di sebuah dewan serbaguna di Cheras hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja. Ermm..betul-betul jimat rakan saya seorang ini! Tetapi saya pasti beliau ada alasannya tersendiri.
Tapi hari ini jangan terkejut, besok saya mendapat satu jemputan ke majlis kahwin anak perempuan rakan saya, yang bakal diadakan di sebuah dewan serbaguna di Cheras hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja. Ermm..betul-betul jimat rakan saya seorang ini! Tetapi saya pasti beliau ada alasannya tersendiri.
Budaya orang Melayu kalau kehabisan kad jemputan tak apa asal datang jumpa memberitahu. Kalau setakat hantar kad jemputan kahwin tidak cukup perlu dihantar dengan tangan. :-)
BalasPadamPerkahwinan pertama kali tentulah diabadikan sebagai kenangan tetapi bagi yang kali 2 mungkin tidak kisah sangat sekadar syarat penting. Terpulanglah. Jangan nanti mengadu tidak ada apa-apa yang dapat diabadikan nanti untuk anak-anak dan cucu.
Setuju dengan kedua-dua pendapat
Padamanda Bro..orang melayu kalau di
kampung langsung tak kisah sapa
nak datang makan semua di alu-alukan
siap bungkus bawa balik lagi :)
Assalamu'alaikum Zul
BalasPadamElok simple macam ni, kak suka macam ni..tak ada kalimah Allah di kad tersebut, jadi tak perlu risau nak lupuskan.. kak ada banyak kad-kad yang perlu dilupuskan, biarpun dalam tulisan Rumi kalimah Allah tu tetap mulia..
W_salam wbt..Kak.
Padamnampak gaya memang telah banyak
kesedaran di kalangan orang islam
di negara kita tidak meletakkan
ayat-ayat Al-Quran di dalam kad
kahwin mereka..satu perkembangan
yang baik :)
Jemputan kahwin melalui SMS? Kalau dapat kat orang tua saya confirm dia tak pergi tu.
BalasPadamKalau orang tua Saya dapat tentu dia pun tak pergi sebab dia tak pernah baca SMS :D
PadamSamalah dengan ayah saya juga..
Padamdengar telefon pun boleh terbalik
inikan nak baca SMS..he he
slalu kad jemputan nih utk sedara-mara dan kawan2 rapat aje. selebihnya kita gi jumpa dan jemput ke rumah. tak pun kalau jauh, telefon aje.
BalasPadamBetul tu..kalau mak ayah koi
Padamdulu ke rumah sedara mara jemput
kalau hantar kad saja pun tak mboh
mari nya..merajuk la kononnya..he he
dah nak kwin huaa...lis ammg kawa..yusri mmg nak cri yg lawa jer heeee
BalasPadamDah lama Yusry mencari
Padamakhirnya ketemu jua ye..
Lisa pun baik orangnya..
elok la tu..tak de yang
nak marah :)
moga mrka akan kecap bahagia akhir hayat ..
BalasPadamKalau kat tempat saya dtg bertandang mengajak lebih dihargai berbanding kad yang yang diberi. Kadang2 ada yang merajuk kalau setakat bagi kad je tapi tuan punya majlis x nampak muka mengajak..
BalasPadamAssalam...
BalasPadamZaman sekarang pakai jemput dalam Facebook pun dah berlambak...
Moga pasagan tersebut bahagia ke akhir hayat..
la ni yg jauh2 org panggil guna FB jer..
BalasPadamtp di tempat saya ni, masih lagi amalkan cara lama.. dtg bertandang ke rumah jiran.. saya kahwin dulu pun, minta tolong adik2 saya, seminggu sebelum kenduri, tolong jengah ke tiap rumah jiran & jemput jiran2 yg dok lain lorong..
Salam,
BalasPadamakupun fikir yang mungkin ada beberapa versi kad jemputan Yusri & Lisa
Masih ramai yg suka "jemput mulut"
BalasPadam