Ini Antara Puncanya 150 Buah Kereta Dicuri Setiap Hari




Salam semua, baru minggu lepas saya ada buat entri berkenaan dengan masalah kecurian kereta yang semakin melampau sekarang. Saya sendiri ada memberi pandangan peribadi saya berkenaan,  sebab dan ke mana kereta-kereta curi ini akan di gunakan selepas itu. Sangkaan saya hanya seberapa sebab sahaja, rupanya banyak sebab.

Anda jangan terkejut, antara salah satu sebab kereta Malaysia banyak dicuri dan dijual di negara luar termasuk, digunakan oleh pemberontak untuk mengangkut senjata api kegunaan pihak gerila di luar negara. Selain itu, kalau yang model 4WD pula kebanyakan paling laku  dijual di negara-negara Pak Arab atau Timur Tengah.




Sementara itu, menurut pihak polis, permintaan tinggi bagi alat ganti kenderaan terpakai antaranya, dasar Polisi Automotif Kebangsaan yang melarang pengimportan kereta potong, menjadi penyumbang kepada kegiatan curi kereta yang didalangi pihak tertentu dan menggunakan budak-budak muda sebagai pencurinya.

Perkara ini perlu diambil perhatian oleh pihak yang berwajib, agar gejala curi kereta untuk dijadikan kereta potong dapat diatasi secepat mungkin. Kalau kita sebagai pengguna perlu memainkan peranan kita mengelak dari membeli komponen kereta curi, pihak penggubal dasar juga perlulah melakukan yang lebih drastik untuk mengatasi masaalah ini.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Januari 30, 2012

7 Komen:

  1. Pernah kereta MPV pakcik dibawa lari dan kurang dari 24jam sudah berada di pelabuhan Klang untuk dihantar ke luar negara.

    Dekat sini berapa cekap penjenayah melarikan kenderaan itu belum dibaraikan lagi.

    BalasPadam
  2. mereka macam terlatih sungguh utk menjalankan kegiatan ini
    macam ada satu sekolah mengajar semua ni pulak

    BalasPadam
  3. kereta mahal kena beli security yag bagus..adeh..klu kereta murh pun kena sayag gak sb kalu tak de kete camner nak gerak ke sana sini

    BalasPadam
  4. Assalam..
    Kena pasang alat keselamatan lebih lagi ni...
    Mertua saya ada pasang alat ni. kalau ada kunci di kereta pun, tak boleh nak hidupkan enjin kalau tak sentuh alat tersembunyi ni...

    BalasPadam
  5. kawan abg sy dekat tgh2 highway boleh hilang Honda..baru beli pulak tu..meleleh lah bayar bulan2 pada kereta yg dah tak de..nk buat mcmana..rezeki xde..

    rasanya pakai kereta yg tak seberapa pun dah cukup..risau hilang nnt meroyan dibuatnya..uhuu

    BalasPadam
  6. salam
    ni semua kerja pro ni
    bukan curi biasa2 je

    memang kena bagi hukuman berat kepada mereka ni

    BalasPadam