Cara Memohon Skim (SARA) Amanah Rakyat 1 Malaysia




Skim ini merupakan suatu skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa. Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

Sebelum memohon Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA 1 Malaysia) ini, pada anda yang yang berminat, sila pastikan anda benar-benar layak sebagai pemohon. Sila ke LINK ini untuk mendapatkan syarat-syarat kelayakan sebagai pemohon, dan pastikan hanya seorang sahaja dari isi rumah anda yang layak memohon.

Para pemohon yang berminat hendaklah mendapatkan borang permohonan di salah satu cawangan bank-bank terlibat mulai 30 Januari 2012**. Empat bank iaitu Maybank, CIMB, RHB dan BSN. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.

Permohonan dibuka selama satu (1) tahun dari tarikh pelancaran skim atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan. Yang mana lebih awal, siapa cepat dia dapat. Ada beberapa dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan. Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti berikut:
a.Kad pengenalan pemohon (2 salinan);
b.Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan);
c.Bukti pendapatan:
  - 1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini
  - 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini
Sekiranya anda tiada penyata gaji atau penyata bank, borang ini nanti perlulah di tandatangan di hadapan saksi samaada Majikan, Penghulu, Ahli Parlimen atau ADUN dan diperakukan. Para pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak bank. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web SARA 1 Malaysia. Anda juga boleh menghubungi talian HOTLINE 03-20573065 dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

 **Tertakluk kepada pindaan


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Januari 31, 2012

18 Komen:

  1. Harap golongan sasar dapat memanfaatkan peluang ini. Segeralah ke bank-bank yang terlibat untuk memohon.

    Post Terbaharu Saya - Skim SARA 1Malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapan saya jua begitu
      janganlah ada pihak yang
      nak cuba seleweng atau
      menipu pula nanti.

      Padam
  2. nak juga tapi
    kalau digabung x leh pulak

    biar dapat pada yg layak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada peruntukan berapa
      juta RM je..jadi kira
      sapa cepat dia dapat

      Padam
  3. salam en.zul...
    bekpes ape hrni??
    saya mkn pau sambal...

    sy ingat nak mohon skim ni...
    cuma blum berkesempatan ke bank sbb bz keje...
    klu keluar time rehat pun blum tentu sempat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      saya sihat alhamdulillah..
      belum makan lagi nih..he he
      okeylah tu Zella..selamat
      memohon..simpanan masa tua
      juga nih..saya tak layak
      rasanya..

      Padam
  4. Tu la, ingat nak apply jugak =)

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apply jangan tak apply
      mesti ada pulangan yang
      lumayan..cuma..takut tak
      layak je..he he

      Padam
  5. assalam, bagus jugak ni...

    BalasPadam
  6. alhamdulillah..pada siapa yang layak, mohonlah kerana perkara ini sgt bagus pd pandangan saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang bagus..melabur
      demi masa depan yang
      lebih berduit..ada simpanan
      hari tua anda selain epf

      Padam
  7. gunakan sebaik mungkin...


    http://ch000tz.blogspot.com/2012/01/oh-welli-know-you-are-such-damn.html

    BalasPadam
  8. Assalam zul, bagi yang berkelayakkan boleh mengejas yak :)

    BalasPadam
  9. Salam
    Belum tahu saya layak atau tidak sebab belum baca syaratnya

    BalasPadam
  10. Assalam...
    Sesungguhnya..
    tak layak la..huhu...

    BalasPadam
  11. bayaran bulan betul ke rm84 atau rm 134...disini saya keliru....jelaskan

    BalasPadam
  12. halal ke skim ni tu yg penting

    BalasPadam
  13. macam saya yang di senarai hitam oleh pihak bank boleh memohon tak

    BalasPadam