Salam pembaca semua, hari ini saya bekerja dan seperti biasa, dalam perjalanan ke tempat kerja, saya akan menggunakan laluan jalan Ampang - Bukit Belacan. Punya la sesak jalan hari ini di hadapan Banggunan Umno Ampang bertentangan dengan Sekolah Jenis Tamil.
Mesti ada sesuatu yang menarik di sana dan saya agak ada majlis makan-makan sempena perayaan Tahun Baru Cina yang masih berlangsung. Selalunya kalau orang kenamaan yang datang, sambil ada jamuan makan percuma memang sesak jalan tu, adehh!
Kelihatan ada banner di hadapan Banggunan Umno tersebut yang menarik perhatian saya yang tengah memandu itu, "PENYERAHAN RM500 WANG BR1M" (antara yang saya nampak). Tak boleh pula nak ambil gambar tengah memandu ni, BAHAYA!
Patut lah orang ramai, duit BR1M diserahkan oleh petugas Kerajaan Malaysia di Banggunan Umno, Ampang hari ini. Saya pasti, kebanyakan yang beratur panjang itu adalah warga sekitar Ampang yang dikira layak mendapat bantuan RM500 tersebut.
Kebanyakan yang beratur untuk mendapatkan wang tersebut, semuanya meletak kereta di bahu jalan yang agak sempit itu, menjadikan trafik bergerak agak perlahan. Saya perhatikan setiap kereta yang diletakkan di tepi bahu jalan tersebut, almaklum trafik pula perlahan.
Ermm..ada yang boleh tahan juga kereta mereka ini. Walau kereta Proton Waja, tapi ada setengahnya "make up" bukan main lagi. Dengan sport rim dan aksesori yang digunakan paling kurang mahu habis ribuan RM juga untuk dimodifikasi sebegitu.
Boleh dikatakan yang saya nampak sepanjang jalan, kereta-kereta yang diletakkan di bahu jalan kebanyakannya bukan tahap kereta yang dimiliki oleh mereka yang layak memohon, maksud saya berpendapatan seisi rumah kurang dari RM3000.
Bukan bersikap buruk sangka, tapi melalui penampilan seseorang kita sudah dapat meneka cara hidup mereka. Baik dari segi berpakaian mahupun kenderaan yang anda pandu. Jika kereta yang anda pandu tersebut bayaran ansuran bank paling kurang RM 700 sebulan, saya tak rasa anda layak?
Setahu saya, pada sesiapa yang telah memohon dan berjaya mendapatkan wang RM500 bantuan BR1M tersebut melalui cara penipuan semasa mengisi borang tempohari, berwaspadalah. Anda boleh didakwa selepas ini, jika di dapati bersalah menipu wang Kerajaan Malaysia.
Kalau saya, walau diberi peluang untuk melakukan penipuan waktu mengisi borang sekalipun, saya tidak sanggup mengambil risiko dipenjarakan selama 2 tahun, jika di dapati bersalah menipu. Saya rela wang ini diberikan pada mereka yang betul layak, seperti warga tua dan orang miskin yang ramai di kawasan Ampang ini.
ASSALAM, BIARLAH YG LAYAK SAHAJA YG BERHAK...
BalasPadamW_salam..
Padamkalau mereka semua faham
apa maksud layaknya itu..
tak payahlah kita nk menipu sekadar nak RM500
BalasPadamkalau kantoi pasni menangis x berlagu lah
biarlah yg betul2 layak menikmatinya
Taak ada yang kena lagi
Padammaka beranilah yang lainnya..
kalau ada sorang yang kena
nanti baru menggelabah pula
yang lain nanti :)
salam Zul...
BalasPadambanyak tempat dah diagihkan wang BRIM tu...saya rasa sy layak..tapi masih belum terima apa2 maklumat yg mengatakn sy dapat..jika tak dapat tak pe lah..mungkin bukan rezeki...malas nk meminta2 sgt.
p/s samalah dgn agihan wang zakat..anak sy anak2 yatim dan sy ibu tunggal berpendapatan tak sampai 2k (lom tolak bersih lagi)tp sejak 2 tahun sy dah tak terima apa2 bantuan dr pusat zakat..dulu2 ada gak.bagi barang dapur saja..peliknya ada sorg rakan ni..senasib dgn sy...boleh pakai keta besar...dapat bantuan dr pusat zakat..baru2 ni jumpa kat melaka siap makan angin lagi...kdg2 terfikir dimana keadilan..tp sy malas nak meminta2..alhamdulillah hingga sekarang anak2 cukup makan pakai....
W_salam..
BalasPadamterima kasih singgah..
harapan saya anda dan
keluarga selalu sihat..
sedih saya membacanya..
harapan nasib anda akan
berubah nanti..SABAR lah
Allah selalu bersama orang
yang SABAAR..
btul3 saya sokong 100%..
PadamTak berkat duit tu kalau diperolehi dengan menipu .. =(
BalasPadamwww.anastasyea.com
Saya layak tapi tak dapat lagi..gaji baru 850RM sebulan..buat blog ingatkan dapat 13k sebulan tapi 6rm sebulan pun payah dapat..hehe!
BalasPadamPemdirian Saya mengenai bantuan ini cukup jelas.. Hanya untuk yang benar-benar layak sahaja patut meomohon.
BalasPadamMalang jika ada pihak yang memanipulasi dan menipu untuk mendaptkannya.
apa boleh buat,,manusia memang tidak akan pernah puas...
BalasPadamSemoga wang tersebut memberi manfaat pada mereka yang memerlukanya yak.
BalasPadammungkin yg menipu tu anggap yg kerajaan lebih byk menipu rakyat kot? huhu
BalasPadamtahniah bagi yang layakk. aku tak layak.
BalasPadamsalam , jangan sebut berkat, jangan sebut kantoi.......sedangkan ke mekah orang sanggup pergi dengan duit haram. Mereka tidak takut kepada neraka.
BalasPadambetul betul betul..sekarang ni pun banyak bencana yang nampak dmata kita,
Padamkerana duit semua sanggup buat apa saja...ish..ish..ish...
wasalam...
Kesian adik ipar ditolak permohonannya atas alasan sudah berkahwin padahal masih bujang dan menanggung adik beradik yang lain.
BalasPadam