Jabatan Pendaftaran Negara telah mengumumkan yang rakyat Malaysia boleh menukar My Kad (Kad Pengenalan) baru yang lebih ciri keselamatannya bermula 3 Januari 2012. Anda semua tahulah, entah berapa banyak My Kad yang palsu sekarang ini? Semakin canggih penyangak dan penipu ini berjaya meniru My Kad yang ada sekarang. Jadi dengan langkah penukaran My Kad yang baru, diharap dapat mengatasi masalah "warganegara beli" yang berleluasa sekarang ini.
1-Diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.
2-MyKad baru ini juga mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku.
3-Tidak mudah rosak - ie dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.
4-Menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang ditambahbaik.
My Kad/Kid anda juga perlulah diberi penjagaan yang rapi dan baik, agar ianya mampu bertahan lama. Kerosakan My Kad/Kid anda, pasti akan memberi masalah apabila anda berurusan, contoh bank dan sebagainya. Di sini diberikan beberapa tip-tip penjagaan yang disarankan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
1-Elakkan My Kad/Kid terdedah kepada suhu yang melampau (terlalu panas atau terlalu sejuk).
2-Elakkan dari pada aktiviti yang boleh merosakkan cip My Kad/Kid.
3-Elakkan My Kad/Kid terdedah dengan air, bahan kimia dan asid yang menjejas ketahanannya.
4-Elakkan dari merosakkan permukaan My Kad/Kid.
5-Elakkan daripada risiko yang boleh mengakibatkan My Kad/Kid anda bengkok.
NOTA: Pada anda yang hendak menukar My Kad yang baru, sila semak waktu yang di khaskan bermulanya tarikh penukaran My Kad baru di kawasan anda, jadi tidaklah perlu berpusu-pusu pula nanti kan?
JPN PutraJaya - 3 Januari 2012
JPN Shah Alam - 3 Januari 2012
JPN Kluang- 10 Januari 2012
JPN Ipoh - 10 Januari 2012
JPN Johor Bahru - 14 Januari 2012
JPN Kuantan - 15 Januari 2012
JPN Melaka - 17 Januari 2012
JPN Kuching- 20 Januari 2012
JPN Kota Bharu - 20 Januari 2012
JPN Kuala Terenggan - 29 Januari 2012
JPN Pulau Pinang - 29 Januari 2012
JPN Alor Setar - 2 Februari 2012
JPN Miri - 6 Februari 2012
JPN Kota Kinabalu - 7 Februari 2012
Cawangan-cawangan lain - 7 Februari 2012
Cawangan di Wilayah Persekutuan - 15 Februari 2012
Tip dan alasan yang diberikan oleh JPN seolah-olah pengguna MyKad sengaja merosakkan kad itu sendiri. Secara fikiran waras siapalah hendak merosakkan kad indentiti sendiri yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. Saya percaya antara pengguna MyKad tidak menyimpan didalam beg dompet tetapi mengunakan beg khas. Kepada JPN tolonglah cari alasan lain.
BalasPadamMaaf yer bro Zulkbo, saya agak emo.
Buatlah kad secanggih manapun:
BalasPadamTidak termasuk MyKad palsu buatan individu,
selagi rasuah berleluasa, selagi itulah 'MyKad segera' bertebaran terutama di musim pilihanraya. hahaha...
maaf en zul, menyakat je! mana ada semua tu. Malaysia Bagus!
banyak perubahan baru untuk my kad baru nih... alamak mesti ramai yang berpusu-pusu nak buat....
BalasPadamSalam,
BalasPadamKalau kad baru ini lebih baik (segi keselamatan) drpd yg dahulu, maka usaha ini harus disokong. Di samping itu, usaha2 pencegahan dan penguatkuasaan yg lain juga perlu diteruskan.
aku nak tukarlah. biar kacak sikit mykad aku. haha..
BalasPadamdh byk kali tukar tapi masalah sama
BalasPadamcip dia x leh baca
suruh tukar dah tu kena bayar
bukan kita yg sengaja rosakkan
buat benda x bermutu
hok baru ni sama agaknya gitu jugak
maaf emo jugak, sbb byk kali kena
tak larat jugak rasanya kalau asyik nak tukar i/c.. selalu kena ambik cuti semata2 nak tukar i/c..
BalasPadammasuk ini berapa kli mau tukar dah huhu...
BalasPadamtitan
BalasPadamhaa kacak ke tahu pic tak clear sgt kan heeee
KITA PATUT SOKONG YANG KERAJAAN BUAT UNTUK MEMAJUKAN NEAGARA KITA MALAYSIA
BalasPadamLawa juga mykad tu nnt nak tukar laa..
BalasPadamsalam
BalasPadammudah cerita, kita tukar je bila ada kesempatan
cuma masa yang kadang2 membataskan tindakan
slm en zul!
BalasPadamsmlt tahun baru jugak
bilalah ada masa nak tukar kad baru nih ye..
BalasPadamوعليكم السلام ورحة الله
BalasPadamTerima kasih semua kerana
sudi singgah dan mencoretkan
komen anda di sini..amat saya
hargai..jazakumullah khair..
K/P baru ni x wajib tukarkan ?
BalasPadamyg ada dah kurang elok, ada masa boleh tukar.
Mykad saya masih elok , cip pun boleh digunakan , saja nak tukar dengan wajah baru boleh kan ? hihi
BalasPadamkena bayaran x nak tukar kp baru nie?
BalasPadamLaluan......da xreti nk jaga.letak plak ikut dan je.klo timah pun boleh jd cairrrrr.....
BalasPadamler ada masalah ke,mungkin bagi sesetengah orang tapi bagi saya sebagai rakyat malaysia semua tu tak jadi masalah bila2 pun boleh buat takkan dalam satu tahun langsung takda cuti..mustahilkan.sebagai rakyat malaysia kita harus menyokong kepada perkara yang bermanfaat kepada kita semua untuk membanteras pendatang asing yang hanya tahu menyogok duit sedangkan di negara sendiri jadi papa kedana
BalasPadamkena bayaran tak untuk tukar kepada mykad baru ni?
BalasPadam