Farah dan penyanyi Hattan telah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Rumahtangga yang dibina oleh pasangan ini pada 11 November tahun lalu cuma bertahan dua bulan selepas pelbagai spekulasi tersebar mengenai perceraian mereka seminggu setelah mereka bernikah.
Ketika ditanya wartawan Utusan kesahihan perkara berkenaan gambar intim itu menjadi punca perceraian beliau dengan Hattan, seperti yang heboh diperkatakan sebelum ini, Farah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar tersebut menjadi punca kepada penceraian mereka.
"Memang benar itu gambar saya. Tapi bukan sebab gambar tu saya bercerai dengan Hattan. Saya tahu ramai yang percaya dan sudah tiba masanya untuk saya menjelaskan perkara yang sebenar. Itu gambar peribadi saya yang diambil lebih kurang lima tahun lalu. Kenapa setelah saya kahwin ada orang nak sebarkan gambar tu?"(Utusan)
“Lepas ni saya akan ke Hong Kong untuk urusan perniagaan. Bila balik nanti saya mahu membersihkan nama saya. Saya sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa blog hiburan yang menyiarkan gambar saya,” kata Farah.
wah, kita yang jadi penulis blog ini kenalah banyak memuhasabah diri bila menyiar gambar2 orang lain. aib orang lain dan kisah lama perlulah dielakkan .. semoga kita menjadi penulis blog yang berintegriti
BalasPadamAdehh..terkilan juga sebab ada terbaca ramai
Padamblog di kalangan rakan blogger yang buat dan
siar gambar berkenaan isu ini baru-baru ini..
saya tak sanggup nak siar gambar sebegitu..
nasib baik :)
Assalamualaikum.
BalasPadamApabila 'kita' dengan sesuka hatinya turut sama mahu kongsikan gambar ataupun isu yang tidak sepatutnya sebagai bahan gosip orang ramai, inilah akibatnya.
Wallahua'lam.
W_salam..
Padamharapan tidak berulang lagi
perkara-perkara sebegini lagi
nanti kan..?
Fikirkan dulu sebelum buat sesuatu.Kelak nanti ada yang derita....
BalasPadamYe lah..koi setuju sangat
Padamnak nulis pun fikir la mana
baik mana buruk masa mendatang
Salam buat goner jodoh sampai situ kena menerima hakikat juga yak...
BalasPadamMoralnya juga bender tak tak elok usah dicerita kepada umum :(
salam
BalasPadamgambar lama
cerita lama
tapi kesannya sentiasa baru
moga2 kita sentiasa beringat
jangan cari pasal. Dah kantoi..cari peguam plakk..
BalasPadamTitan...bukan cari pasal.....dah citer lama,buat apa nak heboh....kalau terkena kat diri sendiri...macam mana....
BalasPadam