Laman web Wikipedia gelap seketika manakala Google pula mengeluarkan logo dan laman web popular lain yang merancang protes hari ini, dan menyuarakan kebimbangan mengenai rang undang-undang yang cuba dibawa oleh Kongres Amerika Syarikat yang bertujuan menyekat cetak rompak internet.Wikipedia mogok dengan menggantungkan perkhidmatannya dalam bahasa Inggeris selama 24 jam hari ini, sebagai bantahan terhadap Akta Menghalang Cetak Rompak Dalam Talian (SOPA) atau versi Senat dikenali Akta Melindungi Protokol Internet (PIPA)
Draf undang-undang ini bagaimanapun mendapat sokongan daripada beberapa pihak yang berkepentingan antaranya Hollywood, industri muzik, Business Software Alliance, Persatuan Kebangsaan Pengilang dan Dewan Perniagaan Amerika Syarikat.
Namun ia dibidas oleh pertubuhan yang memperjuangkan hak digital dan kebebasan bersuara kerana didakwa merintis jalan bagi pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk menutup laman web yang dituduh melakukan cetak rompak di internet, termasuk laman asing, tanpa proses yang sewajarnya.
NOTA : Jangan terkejut jika satu hari nanti blog/laman web anda di delete secara tiba-tiba apabila rang undang-undang ini di luluskan oleh dewan senat Amerika. Nampak gayanya tiada yang percuma lagi di dunia ini termasuklah dalam mencari ilmu di alam siber.
Bagaimana kedudukan laman blog seperti blogspot nanti?
BalasPadamErmm..kita tunggulah perkembangannya
Padamnanti..tak de yang free dah lepas nih
tak relaaaaa ~~~
BalasPadam:D
ermm..tak rela gak you :)
PadamHampa ni ... kalau semua free dah tak der :(
BalasPadamBenjy berpendapat ini bukan sahaja berkisar dengan hak cipta tetapi disebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyalah gunakan laman web sosial ..
BalasPadamBenjy rasa blogspot bukan medium muat turun hak cipta seseorang ia hanyalah medium platform blog sahaja ... jadi tak der sebab ia akan ditutup
BalasPadamkalau pendapat seperti anda di ambil kira
PadamSenat Amerika..saya rasa Blogspot tak jadi
hal la nanti..bagaimana dengan gambar yang
kita copy paste dari laman web/blog orang lain
pasti akan sedikit sebanyak sebahagian dari
akta ini nanti yang akan menyebabkan pengguna
laman blog/web di ambil tindakan tanda warning
bahaya nih :(
Tetapi kalau blogspot ditutup sedihnya benjy sebab platform inisangat simple berbanding wordpress ...
BalasPadamKena masuk kebun semula nampaknya..
BalasPadamGetah tengah mahal nih...
Padamokey juga kalau kita menoreh
semula yak..?
yang tak ada kebun getah, macam mana pulak?
PadamMulai sekarang, Saya mula berkira-kira untuk mengenakan bayaran bagi pengunjung blog Saya! Haha.. :D
BalasPadamItulah yang terbaik
Padamsebagai jalan pintas
agaknya..he he..PAY PAL?
wah... ramailah yang akan kecewa nanti, kalau benda free dah tak ada. saya antara yang menjadi statistik tersebut :(
BalasPadamTerpaksalah keluar duit sikit
Padamdengan domain berbayar jawabnya
aduiii..SBPA pun tangguh ni..nasi dagang pun dah naik 50sen..eh..lari topik sikit, tapi ada kaitan..hehe
BalasPadamHa ha..memang ada mengena tu Bro..
Padambuat-buat lah faham kan..?
salam
BalasPadamharap2 ada jalan penyelesaiannya nanti
takkan la nak tutup semua yang ada ni
W_salam..
PadamMesti ada punya saya rasa..
tapi bersyarat lah lepas nih
Salam Zul, kalau blog kita ditutup tiba2 maka gelap
BalasPadamgelitalah dunia blogger kita :(
W_salam..
Padamkoi pasti ada penyelesaian
walau bukan semuanya percuma
Kita pakat2 buat rumah sendiri la jawabnya...
Padamassalam, lepas ni terpaksalah tinggalkan dunia blog...
BalasPadamW_salam Bro
Padammasih ada harapan kalau kita
tak kesah berdomain sendiri
kena keluar duit sikit lah
he he..
aku tak kisah. takde wikipedia pun takpe. janji ada kamus dewan dan pustaka. itu lagi kacak.
BalasPadamDan yang kacak itu, pastinya orang yang suka membaca..
Padamish, x suka la macam ni
BalasPadamdah bersedia awal2
BalasPadamkena bukak kamuslah pulak nak cari maklumat pasni
Sudah bersedia kah?
BalasPadamDunia gelap tanpa cetakrompak.
Bagi penulis dan pengkarya senyum lebar.
Bagi pengguna, panas membara.
Kalau membantah bermakna kita setuju semua harta intelek kita adalah harta orang lain juga.
Kalau menyokong, kita perlu sedia dalam kegelapan.
lepas ni kalau blog didelete kena cari ilmu macam orang dulu2 (pergi library) dan mestinya library kembali penuh=)
BalasPadam