Salam semua, sepengetahuan saya pusat pengajian tinggi telah mula mengagihkan Baucar Buku RM200 untuk para pelajar yang layak mendapatkannya. Anda boleh semak di pusat pengajian anda, bila tarikh anda boleh mula mendapatkannya. Dengan baucar sebanyak RM200 itu banyak benda boleh beli berkaitan dengan pembelajaran.
Tujuan baucar ini untuk membantu para pelajar membeli buku-buku pelajaran dan kelengkapan pelajaran termasuk juga alatan tulis. Kalau nak beli buku pada yang sedang membuat sarjana, saya rasa tak mencukupi, cukup sekadar pinjam di perpustakaan. Tapi kalau nak beli alatan menulis rasanya cukup pakai setahun dengan baucar ini.
Mungkin ada di antara anda yang belum tahu atau sudah terlupa syarat mendapatkan baucar buku RM200 ini. Anda boleh mendapat maklumat yang telah saya sediakan pada entri saya sebelum ini. Antara syarat utama yang melayakkan anda mendapat bantuan Baucar Buku RM200 ini :
Semua warga Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPT awam (IPTA), IPT swasta (IPTS) dan politeknik serta mengikuti pengajian peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD), matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan, termasuk pelajar Tingkatan Enam, secara sepenuh masa dan separuh masa di IPT dalam negara.
Huh, best tu, atleast Ada gak sumthing.... :)
BalasPadamboleh lah untuk beli sebuah atau dua buah buku...sebab seingat saya sebuah buku dulu harganya dalam RM70-Rm150...Tapi ok lah membantu meringankan beban pelajar...
BalasPadamSalam rodong. anok koi belum masuk U lg..untung bebudok sekrg ni kan..
BalasPadamkalu diberikan juga pada kaki buku pon bagus gak ni
BalasPadamBolehlah kalau nk membantu sikit2 tu yek..
BalasPadamBersyukur...
Salam Zul, semoga bermanfaat buat mereka.
BalasPadamAssalamu'alaikum Zul
BalasPadamAnak kak semuanya dah bekerja..
Minggu ni exam..
BalasPadampas exam boleh ambil baucar ni..
:D
Esok kome amik.. baru tingkatan 6 atas ni..
BalasPadamAssalam...
BalasPadamBestnya depa...
Zaman dok ngaji dulu, harapkan photostat buku kawan ja, nak beli mahal..
dah ambik dah.huhu.
BalasPadamsalam
BalasPadamdah orang nak bagi
ambil je la, kan?
rezeki juga tu
Boleh meringankan kewangan ibubapa mahasiswa. :-)
BalasPadam