Apa Yang Sinonimnya Angka 8 Dengan Kehidupan Kita


Salam semua, kalau bercakap pasal angka 8 ni, masyarakat Cina amat menggemarinya dan ianya dianggap satu angka yang membawa tuah dalam kehidupan mereka. Kalau beli rumah nak angka 8,88 atau 888, begitu juga kereta dan sebagainya.

Tapi hari ini saya bukan nak ambil berat pasal soal tuah atau 'ong' masyarakat Cina. Yang ingin saya kongsikan berkenaan angka 8 ini ialah, ianya amat sinonim dengan kehidupan kita yang sihat jika kita amalkan beberapa perkara.

1-  Berhenti makan apabila perut anda sudah 80% di penuhi:
Saya pernah terbaca satu artikel yang ditulis menceritakan bekas PM kita, Tun Mahathir ada mengamalkan petua ini untuk kekal sihat. Beliau akan berhenti makan apabila mula terasa sedap makanannya itu. Anda ingat kita boleh tak? Bukan ke kalau dah sedap nak bertambah kan?

2-  Makan malam sebelum pukul 8 malam:
Amalan ini telah lama disarankan oleh doktor perubatan, makan malam yang terbaik adalah sebelum 4 jam anda tidur. Kalau dikira anda tidur pukul 12 tengah malam, makan malam yang disarankan adalah sebelum pukul 8 malam.

3-  Minum 8 gelas air sehari:
Untuk memudahkan perkumuhan badan kita dari sisa toksik adalah di sarankan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari. Toksik akan keluar dari badan melalui peluh atau ketika anda buang air.

4-  Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari:
Demi kesihatan minda dan tubuh badan, kita pasti sudah sinonim bahawa tidur yang cukup akan mengurangkan tekanan hidup, terutama di tempat kerja mahupun sekolah. Jadi digalakkan agar anda tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

5-  Berjalan 80,000 langkah sehari:
Nampak angkanya memang banyak kan? Tapi cuba kira langkah anda pergi balik ke jamban pun dah nak 20 langkah. Bagi yang kurang bersenam, adalah di sarankan anda berjalan sekurang-kurangnya 80,000 sehari demi kesihatan jantung anda.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Januari 22, 2012

20 Komen:

  1. tak tau pulak kita sinonim dgn angka lapan nih
    walaupun minat kat nombor 8 nih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau angka selain 8 koi
      suka nombor 6,2 dan 3 tak
      tahu nape, tapi angka 8
      kalau nak beli pun tak dapat
      nak letak kat kereta..mahal woo!

      Padam
  2. sinonim ngan saya ialah masuk opis sebelum pukul 8,,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ha..terima kasih tambahan
      anda itu..saya tak perasan sebab
      saya masuk opis 10 pagi-6 ptg :)

      Padam
  3. Wah bro Zulkbo ia adalah nombor 8 yang mempunyai unsur nasihat yang baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..
      yang baik ambillah buat
      amalan..moga menjadi :)

      Padam
  4. kalau dibaringkn no 8, jadi no infiniti. maksud infiniti boleh dipanjangkan bermacam perkara2 yg xterhingga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kira-kira ni kurang sikit !
      cuba memikirkan maksud saudara itu
      he he..

      Padam
  5. Entah apa yang istimewa sangat tentang angka 8 ni. Kalau boleh Saya tidak mahu taksub dengan apa-apa nombor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..
      jangan jadikan angka, benda dan
      sebagainya melebihi kekuasaan
      Allah..

      Padam
  6. ohooo x dpt jd pengomen yg ke-8
    huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha..sorry dah ada yang
      booking dulu..tak sempat :)

      Padam
  7. salam
    banyak juga kebetulannya tu
    rasanya dah cukup kalau dapat tidur 5 atau 6 jam sehari

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      realiti saya pun dah lama
      tak dapat nikmat tidur 8 jam
      sehari nih..

      Padam
  8. saya , kalau bangun tidur pagi terlajak hingga pukul 8 pagi, alamtnya seharian itu saya akan sakit kepala. :( migraine

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena jaga tidur tu Cikgu
      bila dah ada sakit kepala
      nih..

      Padam
  9. Salam Zul, satu perkongsian tips nombor 8 yang bagus:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam Yassin..
      mana yang molek kalau
      berkenan boleh lah ikut
      :)

      Padam
  10. Hehee..betul juga, biasanya kita kalau rasa sedap memang payah nak berhenti,
    minta nasi tambahan plak, ekekee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah adanya bila badan tengah
      lalu nih..makanan jarang di tolak
      kena makanan yang sedap..he he

      Padam