Anda Bangga Tak Pelacur Melayu Ranking No-2 Malaysia?


Kegiatan pelacuran membabitkan golongan wanita tempatan dikesan meningkat hampir 70 peratus iaitu daripada 1,060 orang pada 2010 kepada 1,801 orang pada tahun lalu.

Statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan kaum Cina merekod jumlah seramai 333 orang diikuti Melayu (213 orang), India (83 orang) dan lain-lain kaum (430 orang). Baca seterusnya

Kajian mendapati faktor kesempitan hidup dan keinginan untuk meraih pendapatan tinggi dengan cara mudah dan cepat selain kepincangan dalam institusi kekeluargaan merupakan punca utama menyumbang kegiatan pelacuran membabitkan wanita tempatan.

NOTA: Saya tak setuju sangat kalau faktor kesempitan hidup di jadikan alasan untuk melacur oleh wanita Melayu yang sudah tentu beragama islam di Malaysia ini. Saya yakin, tak mungkin langsung tiada sektor pekerjaan yang memerlukan khidmat mereka selain melacur. Saya andaikan, faktor perempuan miang yang mahukan keseronokan di samping inilah cara paling mudah mendapat wang menjadikan mereka pelacur! Orang begini selalunya tidak takutkan dosa.

My Inspiration
Rasulullah s.a.w bersabda:"Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam."Riwayat At-Tabrani



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Januari 31, 2012

17 Komen:

  1. Semuanya pasal mahu dapat wang cara mudah! Rasanya tiada alasan lain yang difikirkan sesuai!

    BalasPadam
  2. Sallam En Zul,

    Banyak lagi kerja lain yang lebeh glamour dari jadi pelacur tu, cumanya tak nak usaha, tak nak bersusah payah sikit, tak ada didikan agama yang sempurna dari mak ayah, tak tau dosa dan miang yang terlampau,itulah faktor utamanya.

    BalasPadam
  3. memang tak nafi kesempitan hidup sekarang ini yang membuatkan ramai nak cari jalan mudah untuk dapat duit tanpa mengira halal haram.minta kita dijauhkan

    BalasPadam
  4. Betul tu, banyak lagi kerja halal yang boleh dibuat. Nie tidak, jalan haram jugak yang dipilih. Senang tu .. memang la senang. Tapi utk long term tu. Mungkin akan lebih sengsara. Kena penyakit kelamin, moral dan lain² lagi.

    p/s: Semoga diorang ni dibuka pintu hati mereka untuk bertaubat ! Amin !

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  5. hurm...dah makin hanyut orang kita...

    BalasPadam
  6. memalukan
    meningkat sbb permintaannya meningkat jugak
    yg pasti permintaan tu dari sang jantan

    BalasPadam
  7. Salam Zul, dulu pernah juga dengar ada pihak kata boleh melakukan hal sedemikian sekiranya kalau terpaksa... apakah ada juga kaitan perbuatan ini dengan kenyataan tersebut... Moralnya mmg amat mendukacitakan bila melihat bangsa kita jadi macam itu.

    BalasPadam
  8. Assalam..
    Betul tu en. Zul..
    Kalau takutkan dosa, sesempit mana pun hidup,
    mereka tak akan buat dosa.

    BalasPadam
  9. dua dalam satu, duit dan keseronokan dan yang lain tayah fikir!

    BalasPadam
  10. http://wanwidget.com
    saya setuju dengan entry ni

    BalasPadam
  11. InsyaAllah... Byk lagi cr lain utk menyara keluarga.... Nak duit senang & mudah punye kes la ni....

    BalasPadam
  12. lol..napa jadik pelacur..masukla money drops huhuhhh

    BalasPadam
  13. kan ari tu ada ustazah cakap tak salah jadi pelacur kalau darurat...?

    BalasPadam
  14. Faktor kesempitan hidup ada yang mengambil jalan pintas untuk kesenangan dunia.

    BalasPadam
  15. MALAYSIA BOLEH...hahaha....

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama19 Mac, 2012

    Tgk diri sndiri dlu sblm nk ckp psl keburukkan org lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama30 Mei, 2012

      nie mesti pelacur kan...

      Padam