Alangkah Seronok Kalau Ada Rumah Gua

Penduduk tempatan menggelar rumah ini sebagai Rumah Gua, dan ianya kelihatan amat sesuai sekali namanya yang di bina di Bisbee, Arizona, USA. Bekas kawasan perlombongan satu masa dahulu dan bandar ini sekarang bertukar menjadi syurga untuk golongan yang telah bersara.

Lokasi tepatnya kira-kira 80 kilometer dari Tucson, Chulo Canyon. Rumah Gua ini diukir ke dalam satu batuan granit, memanjang lebih daripada 2,000 persegi ke dalam batuan, seolah gua padang pasir sebenar. Amat sesuai untuk mereka yang mendambakan cara hidup damai, jauh dari hiruk pikuk kotaraya metropolitan.
 




Kediaman yang aneh dan luar biasa, kini untuk di jual dan boleh menjadi milik anda dengan harga kira-kira USD 1.5 juta. Dilengkapi dengan 2890 kaki persegi ruang tamu, dengan sebuah lagi rumah kecil bersaiz 890 kaki persegi untuk tetamu. Terdapat bilik permainan bawah tanah di bawah rumah tetamu ini. Sebuah bilik perpustakaan, ruang bengkel bersendirian, pejabat di rumah yang berasingan dan tempat meletak kereta.

Rumah utama mempunyai dinding kaku kasar, batu dan kemasan siling simen. Air yang digunakan dalam rumah ini hasil air yang dikumpul dari mata air semulajadi. Ada satu sunroom berdinding kaca, satu dapur komersial gred dengan kabinet kaca bernoda dan jubin mozek. Satu meja makan memuatkan 8 orang, satu bilik utama, dua bilik mandi, satu loteng tidur dan bilik belakang yang kini digunakan sebagai satu bilik latihan senaman juga bilik yoga.

Rumah Gua padang pasir ini telah dibina oleh pemilik asalnya bersama suami yang baru meninggal dunia dan tidak dinyatakan namanya. Ianya sebuah gua buatan manusia yang sebenarnya hasil diletupkan batuan sedia ada di sana. Menurut broker jualan rumah ini Jean Noreendari Bisbee Realty, rumah ini mempunyai semua kualiti yang baik untuk tinggal terutama suhunya yang kekal sama sepanjang tahun. Suhu rumah ini tidak pernah melebihi 66 darjah Fahrenheit sepanjang tahun.

 MASIH INGAT KISAH RUMAH POKOK INI?




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Januari 18, 2012

20 Komen:

  1. salam..
    cantik la rumah gua ni..
    lengkap.. tpi tak bahaya ke??
    huhuu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      rasanya tak bahaya kut
      tepi gua je nih..lagi pun
      pasti arkiteknya dah kaji
      awal-awal lagi..

      Padam
  2. Salam, mmg menarik tmpt kita banyak
    gua boleh juga mencuba nie yak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      koi pasti tak senang kalau
      kita di sini nak buat rumah
      tepi gua/bukit..ada pihak
      yang akan bantah :(

      Padam
  3. Kalau kreatif macam2 boleh buat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kreatif tapi saya
      pasti ianya memerlukan
      belanja dan masa nih

      Padam
  4. nampok sejuk je kat dalam tu yak
    nak buat juga dulu kat kota gelanggi
    ok tak kasik huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah tidur dalam Gua Kota Gelanggi
      dulu.memang sejuk..tapi mimpi macam2
      adehh...

      Padam
  5. Erkk??? cam takut jer nak duduk...rasa cam tak bernafas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha..takut baik jangan
      nanti tak pasei je..huhu

      Padam
  6. addda... sapa nak sewa kat sebelah batu caves tu ada kososng!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepi Batu Cave koi memang tak mboh
      takut...sure banyak iblis..tempat
      orang puja mende pelik2 nih :)

      Padam
  7. Assalam..
    Cantik la.
    Tapi takuk pulak runtuh nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      laaa..majoriti yang perempuan
      semua takut berumah tepi gunung
      ye..apa sebab agaknya..?

      Padam
  8. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lawa ke blog nih..
      terima kasih :) :)

      Padam
  9. Saya ingatkab adiwira Batman sahaja tinggal didalam gua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ini real Bro
      bukan adiwira dah
      he he..layan :)

      Padam
  10. salam
    binatang buas ke haiwan liar ke
    macamana bro?
    selamat ke ni?

    BalasPadam
  11. tapi kalau jauh dari bandar, tak guna gakk..

    BalasPadam