1 Januari 2012 Gempa Kuat Berskala 7.0 Landa Tokyo



Gempa bumi berskala 7.0 telah melanda bandar Tokyo pada Ahad ketika semua orang bergembira dengan sambutan tahun baru 2012 yang di sambut di seluruh dunia. Malapetaka pertama yang mungkin dihadapi rakyat Jepun seawal tahun baru 2012.

Gegaran itu melanda pada tepat jam 2.28 petang waktu tempatan dengan pusat gempa dikesan berlaku 370 kilometer di bawah dasar bumi berhampiran Pulau Torishima lebih kurang 560 kilometer dari sini, kata Agensi Meteorologikal Jepun.

Jabatan Geological Amerika pula meletakkan pusat gempa itu berlaku 348 kilometer di dalam perut bumi. Masih belum ada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa atau sebarang ancaman tsunami.

Pada 11 Mac tahun lalu, gempa bermagnitut 9.0 pada Skala Richter telah mencetuskan tsunami di Utara Jepun dan mengorbankan lebih 19,000 mangsa dan kerosakan loji tenaga nuklear yang telah menyebabkan kebocoran radiasi paling buruk dalam sejarah dunia selepas Chernobyl.(CNN)




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Januari 01, 2012

7 Komen:

  1. salam singgah 2012 bro zul

    BalasPadam
  2. salam
    orang lain bergembira, mereka pula ditimpa bencana
    moga2 negara kita sentiasa bebas dari bencana

    BalasPadam
  3. Susah hatilah rakyat Jepun

    BalasPadam
  4. huh apakah petanda tahun 2012 ni lebih dahsyat lagi....
    mintak kita semua dijauhkan dari segala malapetaka

    BalasPadam
  5. salam, harap gempa kali ini tidaklah menyebabkan malapetaka buruk buat rakyat Jepun.....

    BalasPadam
  6. rakyat Jepun sangat terlatih dalam m'hadapi sabarang musibah..

    BalasPadam
  7. Makin kerapa gempa bumi berlaku. Menandakan bumi sudah tua.

    BalasPadam