Salam semua, jemputan pendaftaran bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) Rm500 telah sampai ke kawasan perumahan saya. Sebuah khemah khas didirikan sempena program yang akan di adakan besok bermula jam 10:00 pagi hingga jam 10:00 malam. Surat jemputan telah di edarkan dari rumah ke rumah.
Program yang di jalankan oleh sebuah parti politik, memang sedikit sebanyak adalah tanda keprihatinan parti politik tersebut sempena menjelangnya pilihanraya ke-13 (PRU 13), yang di jangka pada bila-bila masa sahaja. Nampak mesra sekali layanan yang di berikan petugas tersebut.
Harapan saya, keperihatinan ini berkekalan sehingga bila-bila, bukannya bermusim. Kerana sebelum PRU-12 dahulu, kawasan saya ini di perintah oleh sebuah parti besar. Alangkah malangnya kerana tidak peka masalah penduduk, mereka di hukum dengan kalah pada parti pembangkang.
Orang memberi, kita merasa. Musuh jangan di cari, dan rezeki janganlah di tolak. Walaupun agak ketara seperti gula-gula di taburkan pada rakyat, saya sebagai pengundi sentiasa memerhatikan dari jauh perubahan yang cuba di lakukan oleh mereka. Harapan ada keikhlasan yang di curahkan.
Buat penduduk sekitar Taman Mulia Jaya Ampang, jangan lupa besok, 10-12-2011 bolehlah ke Program Pendaftaran/Pengambilan Dan Serahan Borang (BR1M)-RM500 di perkarangan blok A, Antara Apartment Taman Mulia Jaya bermula jam 10:00 pagi sehingga 10:00 malam.
Dah semak DAFTAR PEMILIH anda?
RM500.. sedang berkira kira layak atau tidak layak ni..
BalasPadamnampak sgt nak pancing undi
BalasPadamterang2 logo Be and tu
agok2 laaa buat org bertambah menyampah ada laa...
@relevan
BalasPadamSama la koi..nak gi juga
mana tahu dapat..he he
@Anak Ulu Cheka
BalasPadamTernyata sekali..nak buat
goner..deme pengang RM kita
tolong sampaikan balik..kita
ambik je wehh :)
Assalamualaikum...
BalasPadamMoga saudara sihat hendaknya..
Bagi yang layak sila berbuat...
@Abd Razak
BalasPadamW_salam wbt..
alhamdulillah..
semoga saudara jua sihat
hendaknya..begitulah..orang
memberi ,kita merasa..rezeki
jangan di tolak :)
Salam Zul, Senget aje gambor dacing tu yak :)
BalasPadam@akuanakpahang
BalasPadamW_salam..he he..
goner jadi cenggitu yak?
salam
BalasPadamboleh je gi meriahkan majlis
tak dapat pun tak apa
Wah ! tak sabar menanti saat ini ... ada juga rezeki untuk tahun baru nanti ... terima kasih kepada Tuhan. :)
BalasPadammungkin di LHDN pun boleh juga kan ... esok nak intai2 kawasan terdekat ... hehehe
BalasPadamrezeki ini boleh menanpung minyak motor harian datang bekerja 500 / 10 = 50 ini bermaksud 150 hari bajet minyak motor si benjy dah di berikan oleh kerajaan malaysia kerana dibuka kan mata hati mereka oleh Tuhan.
BalasPadammemendangkan si benjy ni golongan 'di atas pagar' so tak kata pembangkang baik dan tak kata pemerintah baik ... hanya Tuhan yang satu baik.
BalasPadamlepas ni bolehlah tukar sport rim motosikal .. (laa tadi kata nak buat belanja minyak) ... godaan tu ... hehehehe
BalasPadam@tehr
BalasPadamW_salam wbt..
memang niat saya memeriahkan
majlis tersebut..ternyata confirm
tak dapat punya..he he
@Benjy
BalasPadamKalau RM500 memang lepas duit minyak motor setahun tu Bro.
slm sabtu en.zul...
BalasPadamkerja ke hrni?? semoga ceria2 selalu...
kalau bujang and tak tinggal dgn ibu bapa tp still tanggung ibubapa boleh ke en.zul?? ;)
Salam sabtu Abg Zul..
BalasPadamMoga sihat sokmo...
Dapat 500 ter banje koi
makan murtabak mengkasar yep..heheh
Rakan-rakan sepejabat mendaftar secara online dengan mengunakan e-daftar LHDN.
BalasPadam@zella y
BalasPadamW_salam..
anda adalah seorang yang
layak memohon..cepatt!
@Cik SHiNJU
BalasPadamW_salam..
alhamdulillah..sihat bertambah sihat
sokmo koi nih..ermm RM500 jangan kata Murtabak Mengkasar..steak Victoria Station pun boleh Yun :)
@akubiomed
BalasPadamItulah yang terbaik sekali
terus mendaftar di LHDN..
selamat mendaftar..moga berjaya
awok tingei mana? koi kt buki malaysia tp bukit dah kene taghoh nampok gayenya hilang bkt malaysia tingei namanya ye weh!
BalasPadam