Salam semua, realiti saya bukanlah penggemar satay. Tapi kalau tetiba rasa nak makan, saya akan makan secukupnya. Dah lama saya perhatikan restoran menjual satay di Ampang Water Front yang di penuhi pelanggan tak kala malam hari. Setahu saya restoran ini hanya di buka waktu malam sahaja. Memang sesak saya perhatikan setiap malam.
Malas nak menyinggah kerana saya perhatikan kereta berselang seli parking. Dah tentu susah nak mendapatkan parking yang kosong dan kalau ada pun, nak keluar balik nanti tentu macam-macam hal pula. Orang di bandar ni biasa dah, budaya "Double Parking" perkara biasa. Tak pasal-pasal nak kena hon panggil empunya kereta yang menghalang.
Kalau kita tak suka orang hon kita, begitu juga orang tak suka kita hon kan? Tapi nak buat bagaimana, dah mentaliti pemandu di bandar. "Jaga Perut Sendiri" sahaja, lain belakang kira, silap hari bulan boleh bergaduh kerana parking kereta. Jadi saya pendamkan saja niat nak makan satay di sana sekian lama.
Sekarang saya yang sendirian di rumah kerana Mrs dan anak-anak pulang ke utara sempena cuti sekolah, terasa lapar pula perut ini bila pulang kerja. Malas pula rasanya nak masak juadah makan malam. Hairan juga, masa bujang dulu saya cukup ringan tangan ke dapur. Mungkin dah terbiasa makan masakan Mrs saya sekarang, menjadikan penyakit malas nih.
Semalam, saya akhirnya singgah juga di restoran Satay Station ini dan 15 cucuk satay saya pesan. Nafsu manusia ni bila nampak sedap, ingat macam tak cukup je. Ambik ko, bila saya makan isinya yang sebesar jari manis tu, 5 cucuk dah rasa muak. Lebihannya saya bungkus bawa pulang kerana besok pagi, saya sambung makan lagi setelah di microwave kan.
Resit satay di Satay Station Ampang, berpatutan harganya pada pandangan saya. Lain kali bolehlah saya bungkus bawa balik buat Mrs anak-anak. Kalau Mrs saya baca entry ni, jangan marah aaa..saya pekena satay sempena MY BIRTHDAY (1st.Dec). Kesian saya makan sensorang je nih..he he. Burppp..Alhamdulillah!
salam..
BalasPadamsedapnya satay.. feveret saya ni, kenyang macam mana pun kalau satay mmg boleh masuk lagi.. hehee.. pernah makan kat situ ngan family, mmg ramai sangat orang.. order 100 pucuk, campur2.. tak sampai 50 pucuk dah kekenyangan.. wat balik n sampai ke petang esoknya blh makan.. mmg berpatutan..
@HaiDa HiDa
BalasPadamW_salam..
realitinya saya perasan kalau
makan ramai-ramai mesti seronok
dan banyak yang masuk..kalau makan
sensorang memang cepat kenyang..
he he
Happy Birthday ! Emm .. pekena satay pun best gak. Kira lain dari yg lain .. =)
BalasPadamwww.anastasyea.com
@Anastasyea Aida
BalasPadamTerima kasih..
memang lain betul kali
nih..birthday sendirian
apa pun pengalaman :)
hepy birthday bro zulkbo!! wife saya esok..hehe
BalasPadamsemalam pun kitorang pekena satay, tapi satay kajang lah RM0.70 sepucuk
@cikgu Naman
BalasPadamThanks Bro..
ermm..selang sehari ye..
0.70 sen di Kajang memang
murah..nak start enjin kereta
kesana macam tak berbaloi
he he..
happy birthday bro zulkbo. kalau setakat 15 cucuk tu saya tak cukup. sebab saya mmg hantu sate. :D
BalasPadamSalam zul..
BalasPadamHappy birthday..x pe malam kang bini sambut dgn hadiah hehe
Assalamu'alaikum Zul
BalasPadamHarga sate di Cengkihpun RM1.00 juga
RM 1 secucuk??? perghhhh...saya rasa agak mahal....tp kalau sedap apa salahnya mencuba kan, abg zul..
BalasPadamselamat hari lahir ya, abg zul
Selamat hari lahir en.zul , amy baru berhajat nak makan satay baung malam nie hehe..
BalasPadamSelamat ulangtahun kelahiran. Sedapnya satay. Sedap satay lagi dari kek. :)
BalasPadamhepi besday bro...
BalasPadammakan sate sesorang layan kan aje...heheheh
selamat hari lahir boh,
BalasPadamkome tak gemar stay ni
nasik impit ok :)
salam, selamta hari ulang tahun...:) Semoga panjang umur dan murah rezeki hendak-NYA.
BalasPadamSalam Zul janji happy ok tu sesekali pekena satay mmg best selalu ngat mmg muak ... selamat hari lahir juga.
BalasPadamsalam, selamat hari jadi....semoga berbahagia selalu..
BalasPadamوعليكم السلام ورحة الله
BalasPadamTerima kasih semua kerana
sudi singgah, DOA, ucapan dan
komen anda di sini..amat saya
hargai..jazakumullah khair..
salam
BalasPadamkenapa la layan satay birthday sorang2
hehe
selamat hari lahir, bro
moga sentiasa bahagia dan murah rezeki selamanya
@gadisBunga
BalasPadamTerima kasih..
ha ha..berapa cucuk baru
kenyang kalau anda..he he
@tehr
BalasPadamW_salam..tu lah nak
ajak kawan pun semua sibuk
maka saya makan la sendirian
he he..
TERIMA KASIH..
@ozzy
BalasPadamW_salam Ozzy..
orang rumah nun jauh di utara
pulang menziarah mak ayah dia
bawak sekali anak-anak semua..
aku sensorang kat rumah.
Siannya....sorg2 je meraikan hali lahir..yg keberapa ni?hehe
BalasPadamApapun..Selamat ulangtahun kelahiran..
sy mmg tak suka satay. orang makan, sy tak sentuh pun..
Assalam...
BalasPadamhappy belated birthday...
moga sentiasa sihat, murah rezeki dan diberkati Allah selalu.
sedap tengok satay tu..masa kecik2 dulu sekali sekala je boleh makan satay, berbeza dengan sekarang..
hehe.. 1 secucuk, umm... berpadanan lah kot dengan isinya.. hehe kalau di Bota, Perak masih ada sate 30sen secucuk, nak kata kurus taklah kurus nak kata besar tak besar.. sedang2 aja..
BalasPadamtapi memang beratur org membeli, buka khamis jumaat dan sabtu aje, kul 6 - 8 mlm, laris...
erkk layan besday sorang2? haha layan....
kalau dah secucuk RM 1, mahallah..
BalasPadammee rebus disediakan dalam mangkuk besar tapi mee sikit je dan dikenakan bayaran RM 6..CEKIK DARAH ..