SBPA Ditangguhkan Perlaksanaannya Sehingga 15 Januari 2012



Rundingan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs yang diadakan Jumaat, bagi menentukan sama ada pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) serta tarikh mengembalikan borang opsyen untuk dilanjutkan, telah berjaya di lanjutkan ke tarikh 15 Januari 2012.

Semalam hasil pertemuan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri, yang turut disertai pegawai tertinggi Cuepacs, anggota kesatuan serta wakil daripada JPA telah membawa kepada pertemuan hari ini antara Cuepacs dengan JPA.

Bagaimanapun tarikh menghantar borang opsyen persaraan kakitangan awam pada umur 60 tahun tetap berakhir pada hujung tahun ini 31 Disember 2011. Jadi buat anda yang bercadang hendak bersara pada umur 60 tahun segeralah menghantar borang opsyen anda.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Disember 23, 2011

7 Komen:

  1. Elok juga diberi tempoh macam "direct selling" pun ada tempoh bertenang. Ini membabitkan masa depan penjawat awam.

    BalasPadam
  2. salam, elok jugak ditangguh supaya golongan yg tertinggal dapat diseimbangkan...

    BalasPadam
  3. gitulah seeloknya

    nampaknya mengayakan yg bergaji besor
    meminggirkan yg bergaji kecik
    memang x adil sebenarnya

    BalasPadam
  4. buat rushing, ada yg tak tepat tu..

    BalasPadam
  5. @blog-tips-kurus

    Tu lah macam kelam kabut mengejar
    sesuatu je..mesti ada udang di sebalik mee kari nih :)

    BalasPadam
  6. salam
    kami dah tandatangan semua minggu lepas
    tak tahu la guru besar nak hantar bila

    BalasPadam