Persoalan Cinta Ini : Luahan Anonymous

Sy bercinta.. niat di hati mmg nk kwen... xnk la buat dosa dn maksiat... tp mksiat yg sy sbutkn di sini bkn la mksiat persetubuhan x hll tu.. Saya banyak bt dosa maksiat. Dosa2 tu saya buat bkn kerana jahil, tapi kerana ikutkan nafsu. Saya tahu apa yang saya buat tu salah, berdosa, dan mendatangkan murka Allah, tapi saya buat jugak. Family n kenalan mungkin xtahu pun dosa2 yg sy bt coz saya ni gadis yang sopan, menutup aurat walaupun masih belum sempurna (xbertudung labuh). 

Saya ni jugak agak menjaga ikhtilat dengan lelaki. Tapi, itu semua luaran saya. Dalaman saya amat kotor. Kadang2 saya menyesal, dan mohon ampun, berjanji dengan Tuhan untuk tidak mengulangi tapi akhirnya saya ulang lagi dan lagi. Sekarang, saya selalu memikirkan tentang dosa2 saya. Saya nak kembali pada Tuhan. Saya nak bertaubat dengan taubat nasuha. Tapi, bila saya dekatkan diri dengan Allah, saya rasa Allah jauh sangat dengan saya. 

Saya nak bertaubat, tapi hati saya belum membenci kemaksiatan yang saya lakukan. Saya berdoa supaya allah lindungi saya, matikan niat say untuk melakukan maksiat, tapi saya tewas dengan nafsu saya. Saya tengok ada orang betol2 menyesal atas dosa mereka dan membenci dosa2 mereka. Macammana saya nak adakan perasaan tu? Saya betul2 nak bertaubat, tapi bukan taubat seorang pendusta. Saya nak banyakkan amal ibadat macam solat sunat tapi badan ni rasa malas sangat. 

Saya ada terfikir nak masuk sekolah pondok, mudah mudahan ada orang bimbing saya dengan agama. Tapi masalahnya, saya skrg bljar lagi, untuk diploma dan ada setahun lagi. Dalam tempoh setahun tu, saya takut saya terus mengulangi dosa2 saya. saya takut saya tak sempat bertaubat. Nauzubillah... Sy dn tmn lelaki mmutuskn hbgn kmi, krna dia ingn kmi brubh... sy juga ingnkan pkara tsbut, tp mslh nya, sy sush utk mlupakn dia... 

Pnh sy cdgkn utk bkhwin, nmun krana mngnangkn diri yg msh blaja dn sudh tntu ibu bpa akn mmbntah kptsn ini, kmi hnya bdiam diri... Sy brfkir lbh baik bkhwin dpd mlakukn dosa, nmn ibu bp solh2 x mmhmi keadaan ini.. mrka cuma ingnkn kmi bkrjya, bkn brkhwin... skrg, sy brasa amat runsing...




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Disember 29, 2011

18 Komen:

  1. salam en.zul....
    semoga sihat2 selalu....

    sy rs sy xlayak nak bg komen psl mcm ni...heheh

    tp apa yg girl ni boleh buat...cuba dekatkan diri dr berdua2an dgn lelaki....selalu zikir dan paling penting,doa selalu..minta dilindungi dr melakukan perkara2 yg dilarang...

    BalasPadam
  2. erkk..tak faham luahan nih..tak leh baca.

    BalasPadam
  3. @zella y

    W_salam..
    sihat alhamdulillah..terima kasih singgah Zella..moga anda juga selalu sihat hendaknya..

    BalasPadam
  4. @ohcikgu

    Tulisan remaja ni selalu guna ayat-ayat pendek..tapi saya faham pula membacanya :)

    BalasPadam
  5. Kahwin...cuba jelaskan pada ibu bapa...insyallah mereka akan paham...

    BalasPadam
  6. @jedi

    Tak tentu juga Bro..ada setengah mak ayah memang tipikal..dia nak anak perempuan belajar pandai dan kahwin orang yang baik-baik..berkemungkinan lelaki yang gadis tersebut nyatakan bukan kriteria yang di kehendaki keluarga beliau..mat macho ala romeo gamaknya..gadis mudah terpikat orang sebegitu..

    BalasPadam
  7. sukar juga andai ada ibu bapa lebih mementingkan kerjaya... meraka inginkan pandangan manusia, tapi mereka lupa pandangan Allah swt...

    banyak baiknya jika membenarkan anak muda tersebut yg masih belajar utk berkahwin andai dengan cara tersebut dapat menyelamatkan dari dosa...

    andaikata, anak muda tersebut terjerumus ke dalam dosa yang lebih besar, ibubapa juga harus mengambil tanggungjawab.. jgn salahkan anaknya seorang sahaja..

    BalasPadam
  8. @fuad ansari

    Pandangan yang baik..tetapi alangkah indah dunia ini seandainya semua ibu bapa berfikiran sebegitu kan?

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum saudara...

    Moga saudara sihat hendaknya dengan izin~Nya..

    Untuk makluman saudara, sejak semalam setiap kali saya buka blog saudara ni mesti ada warning dari Kaspersky Internet Security mengatakan Detected : HEUR:Trojan.script.Iframer

    BalasPadam
  10. assalamualaikum abg zul..

    sy tak berani nak beri pandangan tp sy cadangkan beliau pergi berjumpa mana2 ustaz dan bawa berbincang pasal ini..mungkin pandangan ustaz lebih konkrit kerana mereka pakar dalam bidang ini

    BalasPadam
  11. @Abd Razak

    W_salam..
    okey saya dah jumpa masaalahnya
    dan telah di buang..terima kasih
    pemberitahuan..

    BalasPadam
  12. pening bacanya maklum bahasa jaman ni
    ingin bertaubat tapi sayang nak tinggalkan maksiat
    dia perlukan bantuan, kena ada yg membimbingnya.
    peranan ibubapa amat perlu ketika ini.

    BalasPadam
  13. assalamualaikum

    jenguk kawan lama... moga sihat sokmo

    BalasPadam
  14. anak ni dah besar kan?
    mesti dah boleh fikir sendiri.. orang keliling, bantulah dia..

    BalasPadam
  15. salam
    orang kita masih tak boleh terima anak2 yang masih belajar untuk berkahwin
    memang payah nak ubah hal ni

    BalasPadam
  16. jika mendekatkan diri dgn Allah pasti tak buat maksiat lg

    BalasPadam
  17. wah, saya pun tidak selayaknya memberi nasihat. cuma saya sarankan, banyak2 mendekati kuliah agama , dan dengan orang2 soleh.. di you tube pun banyak kuliah agama, dan lagi satu ceramah2 Dr Muhaya , mengajar kita punya jiwa yg besar juga boleh membantu rasanya.

    wallahualam

    BalasPadam
  18. Assalam..
    Ibu bapa mesti nak yang terbaik untuk anaknya. Saya tak pandai nak bagi nasihat juga. Cuma, kalau boleh, fikirkan masa depan dan tumpukan pelajaran. Dekatkan diri dengan Allah, jangan tinggal solat. Solat dapat cegah kita dari melakukan maksiat.

    BalasPadam