Nilai Perkahwinan Pasangan Islam Kini Semakin Rapuh




Statistik menunjukkan 137,570 pasangan beragama Islam di seluruh negara atau lebih 20 peratus yang berkahwin dalam tempoh 2005 hingga 2010, kini telah bercerai. 

Data Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan graf perceraian dari 2005 hingga 2010 meningkat daripada 17,749 kepada 28,035.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula mendedahkan, 3,019 atau lebih 52 peratus perceraian di kalangan pasangan muda berusia 16 hingga 40 tahun berlaku pada lima bulan pertama tahun ini.

Perceraian di kalangan pasangan muda meningkat saban tahun akibat gagal menjalankan tanggungjawab, masalah pihak ketiga iaitu campur tangan keluarga serta lain-lain sebab.

NOTA : Salam semua, agak memeranjatkan dan timbul rasa sedih bila membaca statistik oleh JAKIM dan JAIS tersebut. Kadar perceraian pasangan islam meningkat dari sehari ke sehari. Banyak di antara sebab-sebab adalah kegagalan menunaikan tanggungjawab sama ada sebagai seorang isteri atau pun suami. Nampaknya kursus pra perkahwinan yang di jalankan sebelum ini oleh pasangan yang bakal berkahwin tidak membawa apa makna. Pada pendapat pembaca, apa yang perlu kita lakukan untuk mengatasi masalah ini demi masa hadapan institusi perkahwinan pasangan islam di Malaysia?


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Disember 29, 2011

9 Komen:

  1. nampak perkahwinan macam main2
    bukan impaian dah zaman ni

    BalasPadam
  2. nak kahwin. nak kahwinnnn..

    BalasPadam
  3. Sekadar mencari nikmat dunia maka dptlah nikmat itu utk sementara :(

    BalasPadam
  4. harap kita tak masuk dalam list tu kelak

    BalasPadam
  5. salam
    banyak yang nak kena betulkan bila kahwin
    terutama sekali betulkan niat

    BalasPadam
  6. salam bro Zulkbo.

    lama betul Bain tak singgah sini. ni semua sbab FB. I HATE FB! heheee....^_^'

    Bain setuju dgn saudara tehr. Niat tu kene betul. Niat kerana Allah s.w.t. mestilah kene ikhlas betul².

    sama²lah kita semua berdoa agar tidak lagi jadi mcm ni.Amin...

    BalasPadam
  7. Padahal yang pasangan yabg bercerai rata-ratany berkahwin atas dasar suka sama suka. Ini bermakna mereka tidak cukup mengenal pasangan mereka.

    BalasPadam
  8. kene betulkan niat dulu..atas dasar apa kita kawen..kalo nafsu mmg x kekal lama kerana makin lama kita makin tua..

    BalasPadam